wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Rasional

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Manakah kata kunci berikut yang merupakan salah satu kata kunci bagi nilai rasional?

a)

Bertindak wajar

b)

Mengutamakan kedamaian dan keharmonian

c)

Melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

d)

Perasaan cinta yang mendalam

2.

Apakah keburukan sekiranya tidak mengamalkan nilai rasional dalam kehidupan?

a)

Menjadi suri teladan

b)

Meningkatkan imej diri sendiri

c)

Dihormati oleh orang lain

d)

Menimbulkan konflik dengan orang lain

3.

Apakah contoh tindakan rasional?

a)

Sebagai ketua pasukan, Jason memikirkan cadangan ahli kumpulannya sebelum membuat sesuatu keputusan.

b)

Ali suka membuli kawan-kawannya di sekolah.

c)

Cindy melakukan perbuatan yang melanggar peraturan kerana tidak memikirkan kesan tindakan disiplin yang tegas oleh pihak sekolah.

d)

Penduduk Kampung Damai tidak mempedulikan kes pecah rumah yang berlaku di kampung tersebut.

4.

Apabila anda gagal dalam peperiksaan, apakah tindakan rasional yang boleh anda lakukan?

a)

Berhenti belajar di sekolah

b)

Menyalahkan guru yang menyediakan soalan peperiksaan

c)

Banyak mengulangkaji dan membuat latihan

d)

Meniru dalam peperiksaan selepas ini

5.

Apakah sikap yang diperlukan oleh seseorang yang rasional?

a)

Mudah berputus asa

b)

Boleh menerima pandangan orang lain

c)

Tidak yakin pada diri sendiri

d)

Malas

6.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, apakah pengertian rasional?

a)

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

b)

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

c)

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

d)

Alasan munasabah yang mendasari sesuatu tindakan, perbuatan atau pegangan dan juga berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yang wajar, waras.

7.

Apakah cara-cara untuk mengamalkan nilai rasional dalam kehidupan seharian?

a)

Tidak membuang sampah merata-rata

b)

Mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu konflik

c)

Menggunakan perkataan buruk dalam percakapan

d)

Bersikap tenang ketika berada dalam tekanan

8.

Apakah kepentingan-kepentingan rasional?

a)

Pelajar-pelajar yang bercita-cita tinggi sentiasa gigih berusaha untuk mencapai impian mereka

b)

Hubungan kekeluargaan menjadi utuh

c)

Merancakkan perkembangan ekonomi negara

d)

Semua pilihan tersebut

9.

Ali membuang kertas ke dalam tong sampah kitar semula yang berwarna jingga. Adakah tindakan Ali ini rasional?

a)

Ya

b)

Tidak

10.

Abu dan Aini tidak pandai berenang. Mereka mendapati bahawa kawan mereka mengalami kekejangan otot di bahagian kaki semasa berenang di tepi pantai. Abu segera terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan kawan manakala Aini cuba meminta bantuan daripada orang yang pandai berenang. Siapakah yang mengambil tindakan yang rasional?

a)

Abu

b)

Aini