NEW
Font size
WorksheetsMitosis-Meiosis BM
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Rajah menunjukkan satu peringkat mitosis.
Tentukan peringkat dan ciri yang kelihatan dalam peringkat ini.
Telofasa : Kromosom homolog tertarik ke kutub sel yang bertentangan oleh pengecutan gentian gelendong.
Profasa : Kromosom homolog ditolak ke arah satu sama lain oleh pengembangan gentian gelendong.
Metafasa : Kromatid kembar ke arah satu sama lain oleh pengembangan gentian gelendong.
Anafasa : Kromatid kembar tertarik ke kutub sel yang bertentangan oleh pengecutan gentian gelendong
Apakah fasa untuk replikasi DNA berlaku ?
G1
G2
S
M
Antara berikut yang manakah tidak melibatkan pembahagian?
Interfasa
Mitosis
Meiosis
Sitokinesis
Rajah menunjukkan fasa-fasa kitar sel dalam satu organisma. Susun urutan fasa yang terdapat dalam interfasa dengan betul.
M → G1 → S
G2 → M → G1
G1 → S → G2
S → G2 → M
Rajah menunjukkan empat peringkat mitosis.
Antara yang berikut, yang manakah urutan yang betul?
P,Q,R,S
P,S,Q,R
Q,P,S,R
S,R,P,Q
Apa tujuan mitosis dalam organisma unisel?
Pertumbuhan
Membaiki tisu
Pembiakan aseks
Menggantikan sel mati
Antara berikut yang manakah kepentingan mitosis ?
Menghasilkan gamet
Menghasilkan variasi
Menggantikan sel yang mati
Menghasilkan sel anak yang haploid
Kadar dan waktu pembahagian sel penting dalam pembahagian mitosis terkawal kerana bagi memastikan ______________________.
pembahagian sel menjadi aktif.
semua sel mengalami kematangan.
pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan sel dalam keadaan normal .
sel yang terhasil membahagi secara berulang kali dan bersaing dengan sel bersebelahan.
Kenal pasti bahagian organ pada manusia yang boleh membahagi sepanjang hayat.
Kulit
Perut
Otak
Ginjal
Seseorang itu dapat mendermakan sebahagian
hatinya kepada orang lain kerana hati membahagi___________________.
sepanjang hayat
sehingga mencapai kematangan
sehingga mencapai tahap tertentu
apabila perlu seperti memperbaiki tisu yang rosak
Kebolehan sel untuk membahagi mengikut
kadar dan waktu pembahagian dikenali sebagai________________________.
Interfasa
Sitokinesis
Mitosis terkawal
Mitosis tidak terkawal
Rajah menunjukkan beberapa peringkat dalam meiosis . Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan peringkat yang betul?
W,X,Y,Z
Y,Z,W,X
Z,Y,X,W
Y,W,Z,X
Rajah menunjukkan satu peringkat meiosis . Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang peringkat meiosis ini.
Pertukaran bahan genetik berlaku
Kromosom homolog terletak sebelah menyebelah
Kromatid kembar bergerak ke kutub sel bertentangan
Kromosom homolog bergerak ke kutub sel bertentangan
Rajah menunjukkan pembahagian sel dalam
organ pembiakan seekor haiwan. Antara berikut yang manakah mewakili sel gamet setelah pembahagian sel itu lengkap?
Rajah menunjukkan satu peringkat dalam meiosis.
Apakah peringkat meiosis ini dan bahagian yang berlabel P ?
Profasa I - Kiasma
Profasa II - Pindah Silang
Profasa I - Bivalen
Profasa II - Sentromer
Nombor kromosom diploid bagi seekor kuda ialah 64. Berapakah bilangan kromosom dalam gamet ?
16
32
64
128
Rajah menunjukkan proses
persenyawaan manusia. Apakah bilangan kromosom di P dan Q ?
P:23 , Q:23
P:23 , Q:46
P:46 , Q:23
P:46 , Q:46
Rajah menunjukkan satu peringkat dalam
pembentukan ovum manusia. Berapakah bilangan kromosom yang terdapat dalam sel P, Q dan R?
P:23 , Q:46 , R:46
P:23 , Q:23 , R:46
P:46 , Q:23 , R:23
P:46 , Q:46 , R:23
Penyataan antara berikut yang manakah menunjukkan kepentingan meiosis ?
Membaiki tisu yang rosak
Penting dalam pembiakan aseks
Menghasilkan gamet yang diploid
Menghasilkan gamet yang haploid
Antara yang berikut , yang manakah bilangan kromosom yang menunjukkan ciri-ciri sindrom klinefelter .
23 + xy
44 + xxy
44 + xy
45 + xy
