NEW
Font size
WorksheetsEkonomi Ting 4- PENGENALAN EKONOMI
Total questions: 10
Worksheet time: 9mins
antara berikut, yang manakah paling tepat mengenai definisi ekonomi?
sains praktikal tentang pengeluaran dan pengagihan
satu kajian bagaimana manusia dapat memenuhi kehendak yang tidak terhad
sains kekayaan yang mengkaji kejayaan dan sebab terdapatnya kekayaan negara
satu kajian tentang cara bagaimana manusia bekerjasama untuk mencapai keperluan kebendaan
masalah utama ekonomi berlaku disebabkan oleh
sumber ekonomi yang tidak terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad
sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad
sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak yang terhad
sumber-sumber ekonomi yang terhad
Pernyataan manakah benar tentang modal?
I Mempunyai mobiliti geografi
II Kuantiti penawarannya terhad
III Tidak mempunyai mobiliti tempat
IV Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk menghasilkan keluaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Usahawan menerima ganjaran untung kerana
I membenarkan orang lain menguruskan untungnya
II menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang
III kecekapannya menyelaraskan sumber ekonomi
IV sanggup menanggung risiko
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Isi rumah menghadapi masalah kekurangan
pilihan
pendapatan
sumber hasil
faktor pengeluaran
Apakah yang menyebabkan wujudnya masalah kekurangan dalam ekonomi?
Kehendak manusia yang terhad dan sumber ekonomi juga terhad
Kehendak manusia yang terhad tetapi sumber ekonomi tidak terhad
Kehendak manusia yang tidak terhad tetapi sumber ekonomi yang terhad
Kehendak manusia yang tidak terhad dan sumber ekonomi juga tidak terhad
Mengapakah isi rumah perlu membuat pilihan perbelanjaan dengan cekap?
Berjimat-cermat dalam membuat perbelanjaan
Mengagihkan sumber ekonomi dengan cekap
Mengelakkan pembaziran sumber ekonomi
Memperoleh kepuasan yang maksimum
Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan terhadap pelbagai projek pembangunan yang
akan dijalankan?
Memaksimumkan kepuasan
Memaksimumkan keuntungan
Meminimumkan kos pengeluaran
Memaksimumkan kesejahteraan masyarakat
Antara yang berikut, manakah andaian yang digunakan untuk membentuk keluk
kemungkinan pengeluaran?
I Tingkat harga tetap
II Tingkat teknologi tetap
III Terdapat tiga jenis barang
IV Sumber ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan
titik kecekapan
titik ketidakcekapan
titik yang tidak akan tercapai
kombinasi output maksimum
