Font size
WorksheetsUlangkaji PK1 T4 2020
Total questions: 51
Worksheet time: 29mins
Gambar dibawah menunjukkan suatu jenis milikan perniagaan. Apakah DUA kelebihan milikan perniagaan tersebut?
mudah ditubuhkan
kewujudan kekal
menanggung liabiliti terhad
bebas menguruskan perniagaan
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis rakan kongsi. Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?
. rakan kongsi biasa
rakan kongsi lelap
. rakan kongsi berhad
rakan kongsi nominal
Antara yang berikut, manakah DUA cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan besar? (multichoice)
Masalah aliran tunai
ketidakpastian pasaran
kos overhead yang tinggi
perundangan dan peraturan kerajaan
Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Adif. Apakah kelebihan saiz perniagaan yang dijalankan oleh Encik Adif?
En Adif merupakan pemilik Kilang Perabot Adif yang mengeluarkan pelbagai jenis perabot. Syarikat tersebut mempunyai pekerja seramai 15 org. Setiap tahun, nilai jualan tahunan kurang daripada RM3.5 juta
Mudah mendapat pinjaman bank
mempunyai daya saing yang tinggi
lebih mudah menguasai pasaran produk
menanggung kos pengurusan yang rendah
Pernyataan di bawah berkaitan dengan konsep asas perniagaan.
X- Sesuatu yang boleh dilihat atau disentuh
Y- Aktiviti yang boleh mendatangkan faedah
Pilih pernyataan yang tepat tentang X dan Y
X-Perniagaan
Y-Perkhidmatan
X-Barang;
Y-Keuntungan
X-Barang ;
Y-Perkhidmatan
X-Keperluan
Y-kehendak
1. Apakah tujuan sesebuah koperasi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan
Memilih anggota baharu
Meluluskan undang-undang kecil
Mendapat sijil perakuan pendaftaran
Menubuhkan jawatankuasa penaja
Apakah contoh Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) ?
Kelab Belia dan Sukan
Syarikat Fabrik Sdn. Bhd.
Pertubuhan Peladang Pahang
Persekutuan Pengakap Malaysia
Pilih padanan yang benar tentang kelebihan dan kelemahan dalam perniagaan perkongsian ?
KELEBIHAN :Liabiliti terhad ; KELEMAHAN : Beban cukai yang tinggi
KELEBIHAN: Beban cukai rendah ;KELEMAHAN:Diuruskan secara berseorangan
KELEBIHAN : Mudah ditubuhkan ; KELEMAHAN Perniagaan tidak berterusan
KELEBIHAN: Menikmati ekonomi bidangan ; KELEMAHAN : Penawaran syer terhad
Maklumat di bawah menunjukkan kekurangan satu bentuk pemilikan perniagaan.
Penubuhan yang rumit
Beban cukai yang tinggi
Laporan kewangan syarikat dikongsi kepada orang awam
Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut ?
Sime Darby Berhad
Kedai Motosikal Zainal
Studio Pengantin Sdn. Bhd
Koperasi Taman Amalina Berhad
Antara berikut, yang manakah tujuan pembentukan perniagaan usaha sama ?
I
Risiko dalam perniagaan dapat disebarkan
II
Meningkatkan dana kewangan
III
Menambahkan keuntungan syarikat
IV
Kepakaran dan teknologi dapat dikongsi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Syarikat Cari Gali Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perlombongan petroleum di Malaysia.
Apakah jenis sektor yang terlibat?
Sektor tertier
Sektor utama
Sektor kedua
Sektor sekunder
Maklumat berikut berkaitan dengan kelebihan sejenis saiz perniagaan.
Kos operasi lebih murah
Strategi perniagaan mudah diubah mengikut keperluan
Apakah saiz perniagaan tersebut ?
Mikro
Kecil
Besar
Sederhana
Rajah di bawah ini menunjukkan skala perniagaan.
Apakah P ?
Zon
Global
Domestik
Kebangsaan
Apakah tujuan sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat?
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Mewujudkan peluang pekerjaan
Menambahkan pendapatan negara
Membantu masyarakat setempat
Apakah bentuk milikan perniagaan yang mempunyai ciri-ciri berikut?
Syarikat sendirian berhad
Syarikat Awam Berhad
Perkongsian
Koperasi
Apakah X ?
I Kejuruteraan
II Perkilangan
III Perlombongan
IV Perikanan
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan III
Manakah kebaikan perniagaan kecil berbanding dengan perniagaan besar?
mempunyai staf yang ramai bekerja dalam organisasi
mempunyai banyak bahagian fungsian dalam organisasi
mengambil masa yang lama untuk berkomunikasi
menjalankan tugas memantau aktiviti staf dengan mudah
Tujuan perniagaan adalah untuk….
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Menawarkan barang dan perkhidmatan
Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
Memastikan perniagaan dapat beroperasi lebih lama
Perniagaan manakah yang dikategorikan sebagai aktiviti berasaskan perkhidmatan?
Syarikat Teh Cameron Sdn. Berhad
Spa Kejelitaan Ayu
Restoran Cik Bedah
Kilang Kopi 434
Jualan pada harga kos bermaksud…
Harga barang yang dijual adalah lebih murah daripada harga sebenar
Harga barang yang dikenakan hanya cukup untuk menanggung kos jualan barang
Kerajaan memberikan subsidi untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan
Barang atau perkhidmatan disediakan oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan
4. Pernyataan berikut berkaitan dengan kelemahan milikan tunggal
Puan Aminah sentiasa mengimpikan untuk menambahkan cawangan restorannya. Namun impiannya itu sering ditangguhkan.
.
Apakah kelemahan tersebut?
Pemilik bebas membuat keputusan
Cukai perniagaan yang tinggi
Perniagaan sukar diuruskan
Modal yang kecil
Antara yang berikut, yang manakah ciri Perniagaan Halim & Rakan-rakan?
I Mempunyai bilangan ahli sebanyak 20 orang
II Modal tambahan dapat diperoleh dengan menerbitkan syer
III Sukar untuk ditubuhkan kerana perlu mematuhi banyak peraturan
IV Perniagaan yang dijalankan tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
6. Apakah kelebihan koperasi?
Setiap pemilik menanggung cukai peribadi sahaja
Syer boleh dipindah milik antara pemilik bersama
Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan
Pemegang saham sahaja layak membaca laporan kewangan
7. Pasangan manakah yang menerangkan tentang francaisi dan francaisor?
Francaisi: yang memiliki hak asal jenama produk Francaisor: yang membeli hak kebenaran
Francaisi: bimbingan dan pengetahuan tentang pemasaran Francaisor: perniagaan mengikut peraturan dan piawai ditetapkan
Francaisi: mengembangkan perniagaan secara global Francaisor: membayar royalti
Francaisi: modal seperti sumber manusia untuk menjalankan perniagaan Francaisor: kos pengiklanan untuk menjalankan promosi
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan koperasi?
Setiap pemilik menanggung cukai peribadi sahaja
Syer boleh dipindah milik antara pemilik bersama
Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan
Setiap pemegang saham layak membaca laporan kewangan
Gambar menunjukkan sejenis milikan perniagaan.
Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan tersebut?
I Berskala tempatan
II Perniagaan bersaiz besar
III Terlibat dalam sektor ketiga
IV Menyediakan perkhidmatan langsung
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar 2 menunjukkan aktiviti sektor yang penting dalam membekalkan sumber kepada
ekonomi Negara.
Gambar 2
Sektor manakah yang mengeluarkan bahan mentah berdasarkan gambar tersebut untuk
kegunaan sektor kedua?
Sektor sekunder
Sektor primer
Sektor tertier
Sektor ketiga
Maklumat berikut berkaitan dengan saiz perniagaan
Perniagaan Ridzuan dan Perniagaan Salim mempunyai jualan tahunan yang sama.
Perniagaan Ridzuan mempunyai bilangan pekerja yang ramai kerana berintensif buruh, manakala perniagaan Salim berintensif mesin.
Maka itu perniagaan Ridzuan dianggap sebagai perniagaan yang bersaiz besar.
Apakah faktor yang menentukan saiz perniagaan Ridzuan?
Syer pasaran
Jumlah modal
Bilangan pekerja
Jumlah jualan tahunan
Rajah berkaitan dengan sektor perniagaan. Antara berikut, manakah yang mewakili X?
Pertanian
Perlombongan
Perhotelan
Perhutanan
Antara yang berikut, yang manakah DUA organisasi bermotifkan untung?
Majlis Belia Malaysia
Syarikat Pertiwi KK Sdn.Bhd.
Kedai Makanan Sedap Mak Sami
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary
Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna?
Meningkatkan imej perniagaan
Meningkatkan pendapatan negara
Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
Memenuhi keperluan dan kehendak
Manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?
Pengilangan dan pembuatan
Perkhidmatan Awam
Pembalakan
Pembinaan
Pilih DUA perniagaan berskala antarabangsa
Kedai Gunting Rambut Ravi
Sistem Penerbangan Malaysia Berhad
Syarikat Petroleum Nasional Berhad
Pusat Tuisyen Tunas Bestari
Maklumat di bawah berkaitan dengan klasifikasi perniagaan.
Syarikat Penang Logistik ialah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Syarikat ini mempunyai 80 orang pekerja dan mencapai jualan tahunan sebanyak RM25 juta.
Syarikat di atas dikenal sebagai
perniagaan bersaiz kecil
perniagaan bersaiz besar
perniagaan bersaiz mikro
perniagaan bersaiz sederhana
Pernyataan ini menerangkan tentang sebuah milikan perniagaan
Apakah bentuk milikan perkongsian tersebut?
Perkongsian Profesional
Perkongsian Liabiliti Terhad
Perkongsian Berhad
Perkongsian Biasa
Apakah kebaikan perniagaan francais kepada francaisor ?
Struktur pengurusan perniagaan yang besar .
Peningkatan kos dalam pengurusan perniagaan
Berkongsi risiko dan tanggungjawab
Kesukaran memilih barang
Pasaran Domestik manakah yang mempunyai ciri -ciri tersebut?
Tempatan
Zon
Negeri
Global
Nenas Sedap Enterprise merupakan pengeluar produk berasaskan nenas . Produk keluaran perniagaannya di pasarkan ke seluruh Malaysia , Indonesia dan Singapura . Jualan Tahunan Nenas Sedap Enterprise mencecah RM 784 Juta setiap tahun dengan bilangan pekerja seramai 450 orang sahaja .
Apakah skala pasaran perniagaan Nenas Sedap Enterprise ?
Domestik
Tempatan
Negeri
Antarabangsa
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.
Hal ehwal syarikat dirahsiakan
Tidak bebas pindah milik syer
Liabiliti terhad
Apakah bentuk pemilikan tersebut?
Syarikat sendirian berhad
Syarikat awam berhad
Milikan tunggal
Koperasi
Rajah yang berikut menunjukkan suatu skala perniagaan
Pilih pernyataan yang benar tentang P
Melibatkan penjualan suatu produk hanya dalam negara
Membekalkan barang dan perkhidmatan di kawasan tertentu sahaja
Penjualan suatu produk pada peringkat daerah dalam sesebuah negeri
Melibatkan penjualan produk di pasaran dalam negeri dan di luar negara
Rajah yang berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan
Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan di atas?
I. Berskala global
II. Perniagaan bersaiz sederhana
III. Terlibat dalam sektor kedua
IV. Menyediakan perkhidmatan langsung
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Murni
Puan Murni merupakan pemilik Kedai Kek Murni di Kluang . Beliau dibantu oleh 15 orang pekerja
Apakah saiz perniagaan Kedai Kek Murni?
Kecil
Besar
Global
Sederhana
Apakah sektor yang banyak diceburi oleh penduduk Malaysia selepas merdeka ?
Sektor pembinaan
Sektor perindustrian
Sektor pertanian
Sektor perkhidmatan
Pilih DUA kepentingan keuntungan kepada perniagaan Ahmad Enterprise .
Mengembangkan perniagaan
Mengukur tahap prestasi
Mendapat pengiktirafan
Membeli bangunan baharu
Berikut ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.
Perlu membuat bayaran royalti.
Berhak menggunakan cap dagangan, tanda nama dan logo.
Apakah bentuk pemilikan perniagaan di atas ?
Syarikat berhad
Usaha sama
Francais
Koperasi
Apakah DUA kriteria penentuan saiz perniagaan ?
Jumlah cawangan perniagaan
Jumlah untung bersih
Jumlah jualan tahunan
Bilangan pekerja tetap
