wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Set Soalan Pendidikan Islam MS29

Total questions: 80

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan contoh-contoh ilmu naqliyah(tradisional) kecuali

a)

Ilmu Fiqh

b)

Ilmu Hadith

c)

Ilmu Illahiyat

d)

Ilmu Bahasa

2.

Di antara berikut yang manakah merupakan contoh ilmu filsafat atau rasional(aqliyah) ?

a)

Ilmu Tafsir

b)

Ilmu Qiraat

c)

Ilmu Tabie

d)

Ilmu Kalam

3.

Tadarruj merupakan salah satu kaedah pembelajaran menurut Ibn Khaldun.Di antara berikut,yang manakah merupakan kaedah tadarruj ?

a)

Melakukan latihan setelah proses pembelajaran

b)

Mengulang kaji pelajaran sebanyak 3 kali

c)

Pembelajaran dilakukan secara beransur-ansur

d)

Mengembara ke suatu tempat untuk berguru dengan ulama ternama

4.

Isi tempat kosong


Imam Al-Ghazali adalah seorang tokoh ulama yang luas ilmu pengetahuan.Dalam imu Feqah,beliau bermazhab _____ manakala dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran _____ .

a)

Maliki , Ahli Sunnah Wal Jamaah

b)

Hanbali , Al-Asy'ari

c)

Syafie , Ahli Sunnah Wal Jamaah

d)

Hanafi , Al-Asy'ari

5.

Ilmu menurut Imam Al-Ghazali ialah

a)

'Alima yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk megetahui sesatu dengan sebenarnya

b)

Proses mengetahui hakikat sebenar

c)

Ketibaan sesuatu makna hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diri seseorang

d)

Segala usaha untuk mencari tahu,menemukan dan meningkatkan pemahaman manusia dari tiap segi kenyataan alam manusia

6.

Antara kitab yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali ialah

a)

I'tibar , Qawa'id Al-Aqaid , Al-Iqtishad Hi I'tiqa dan Tafafut Al-Falasifah

b)

Arba'in Fi Usuliddin,Qawa'id Al-Aqaid,Al-Iqtishad Hi I'tiqa dan Tafafut Al-Falasifah

c)

Arba'in Fi Usuliddin,Muqaddimah,Al-Iqtishad Hi I'tiqa dan Tafafut Al-Falasifah

d)

Arba'in Fi Usuliddin,Muqaddimah,Al-Iqtishad Hi I'tiqa dan Qawa'id Al-Aqaid

7.

Definisi ilmu menurut Ibn Khaldun dari segi istilah adalah

a)

Segala bentuk usaha untuk mencari tahu,menemukan dan meningkatkan pemahaman manusia dari tiap-tiap segi kenyataan dalam alam manusia

b)

Ketibaan sesuatu makna hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diri seseorang

c)

Sesuatu yang boleh meningkatkan pemikiran dan memberi kesan kepada pembentukan jiwa

d)

Suatu disiplin yang mencakupi cara perdebatan dengan dalil-dalil logik dalam mempertahankan akidah keimanan serta menolak fikiran-fikiran baharu yang menyimpang dan keyakinan agama menurut agama Islam

8.

Antara kitab yeng dikarang oleh Ibn Khaldun adalah

a)

Aya Sophia dan Ahmad Al-Tsalits dan Al-Ta'arif , Al -Iqtishad Hi I'tiqa dan Tahafut Al Falasifah

b)

Muqaddimah,Al-Ibar,Kita madah,Aya Sophia dan Ahmad Al-Tsalits dan Al-Ta'arif

c)

Arba'in Fi Usuluddin,Muqaddimah,Al Iqtishad Hi I'tiqa dan Tahafut Al Falasifah

d)

Kitab Lubab Al Muhashshal Fin Usuluddin ,Muqaddimah,Al-Iqtishad Hi I'tiqa dan Al-Ta'rif

9.

Apakah sumber ilmu berkaitan wahyu ?

a)

Al-Quran

b)

As-Sunnah

c)

Al-Quran dan As-Sunnah

d)

Mukjizat

10.

Golongan rasionalisme menyatakan hanya melalui sumber akal sahaja manusia dapat memperoleh pengetahuan yang paling benar dan sahih.Apakah pernyataan ini salah menurut Islam ?

a)

Tidak.Ini kerana kita boleh mengetahui sesuatu dengan memikirkan secara logik dan akal fikiran

b)

Tidak.Pengetahuan akal sememangnya paling benar dan sahih

c)

Ya.Kerana kemampuan akal adalah terbatas dan tidak mutlak

11.

Naluri,ilham atau bisikan hati dikategorikan di bawah sumber ilmu :

a)

Wahyu

b)

Mukjizat

c)

Indera

d)

Intuisi

12.

Apakah sumber rujukan ilmu tertinggi dan utama ?

a)

Akal

b)

Indera

c)

Intuisi

d)

Wahyu

13.

Sumber ilmu lain boleh diterima dengan syarat

a)

Dapat diterima kewarasan akal

b)

Dapat dikesan pancaindera

c)

Tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah

14.

Apakah 2 bahagian ilmu yang dibahagikan oleh Ibn Khaldun ?

a)

Ilmu Tradisional

b)

Ilmu Mantik

c)

Ilmu Agama

d)

Ilmu Rasional

15.

Antara berikut manakah kaedah pembelajaran menurut Ibn Khaldun ?

a)

Kaedah Berperingkat

b)

Kaedah Mengembara

c)

Kaedah Membaca

d)

Kaedah Peperiksaan

16.

Apakah contoh kepentingan ilmu ?

a)

Darjat diangkat oleh Allah

b)

Dapat mendapat pekerjaan dengan gaji banyak

c)

Boleh sombong dengan orang lain

17.

Jika seseorang itu mempunyai ilmu,mereka akan ____

a)

Menjadi kaya

b)

Disanjung oleh masyarakat

c)

Dijamin syurga

18.

Apakah yang akan berlaku sekiranya ilmu yang dipelajari oleh seseorang itu diajar kepada orang lain ?

a)

Orang yang mengajar akan kehilangan ilmu

b)

Orang yang belajar akan rugi

c)

Orang yang belajar akan mendapat dosa

d)

Akan ada lebih ramai orang berilmu

19.

Apakah perkara yang boleh berlaku sekiranya seseorang itu tidak berilmu ?

a)

Penipuan

b)

Al- Ba'i

c)

Menepati masa

d)

Al- Musyawwarah

20.

Mengapakah ahli perniagaan yang mempunyai ilmu perniagaan akan lebih berjaya berbanding orang yang baru hendak mencuba berniaga ?

a)

Nasib mereka lebih baik berbanding orang yang baru mencuba

b)

Duit mereka lebih banyak

c)

Mereka lebih bekerja keras berbanding orang yang baru mencuba

d)

Mereka mempunyai kemahiran,pengalaman dan ilmu tentang bidang tersebut

21.

Siapakah yang dimurkai oleh Allah S.W.T ?

a)

Orang yang menuntut ilmu

b)

Orang yang mengajarkan ilmu

c)

Orang yang mendengar ilmu

d)

Orang yang tidak menuntut ilmu

22.

Apakah faktor utama yang menghalang kita daripada menuntut ilmu ?

a)

Niat tidak baik

b)

Kesihatan yang teruk

c)

Faktor kewangan

d)

Jarak yang jauh

23.

Mengapakah seseorang yang melakukan maksiat terhalang daripada ilmu ?

a)

Kerana suka menangguhkan kerja

b)

Kerana telah melakukan dosa yang banyak

c)

Kerana hati menjadi gelap

24.

Saidina Ali b. Abi Talib R.A berkata "ilmu itu dipanggil dengan _____ bila dipanggil ia akan _____ dan jika tidak ia akan pergi" .

a)

menjawab, mengamalkan

b)

pergi, mengamalkan

c)

mengamalkan, menjawab

d)

mengamalkan, pergi

25.

Mengapakah kita perlu beradab semasa menuntut ilmu ?

a)

Dengan adab,akan terserlah kesungguhan mempelajari ilmu

b)

Menghormati guru sebagai penyebar ilmu

c)

Salah satu perkara untuk menuntut ilmu

26.

Siapakah perawi hadith "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China" ?

a)

Muhammad b Idris

b)

Anas b. Malik

c)

Hamzah b. Abdul Mutalib

d)

Abu Atikah Tharif b. Sulaiman

27.

Siapakah antara ulama berikut yang menyatakan hadith "Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China" bersifat dhaif?

a)

Imam Al-Baihaqi

b)

Imam Al-Sakhawi

c)

Imam Al-Zurqani

d)

Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

28.

Mengapa hadith "Tuntutlah ilmu walaupun hingga negeri China" dikatakan dhaif oleh sebahagian besar ulama ?

a)

Perawinya dikenali sebagai pendusta hadith

b)

Sanadnya lemah

c)

Perawinya mempunyai daya ingatan yang lemah

29.

Imam Al-Suyuthi menyatakan bahawa ada kemungkinan hadith ini bersifat ... Siapakah ulama lain yang berpendapat sama dengan beliau ?

a)

Imam An-Nawawi

b)

Imam As-Syafie

c)

Imam Al-Mizi

30.

Apakah pedoman yang boleh diambil dari hadith "Tuntutlah ilmu walaupun hingga negeri China" ini?

a)

Leka dalam menuntut ilmu

b)

Perlunya berusaha dalam menuntut ilmu

c)

Penyebaran hadith tanpa tabayyun adalah dibolehkan

d)

Kita perlu melanjutkan pelajaran di China

31.

"Ilmu tersebut diperlukan untuk menjadikan ibadah seseorang itu sah dan diterima oleh Allah SWT"

Menurut pernyataan ini,apakah hukum menuntut ilmu ?

a)

Halal

b)

Haram

c)

Sunat

d)

Wajib

32.

Apakah antara berikut merupakan peranan ilmu sebagai cahaya ?

a)

Amar Ma'ruf Nahi Munkar

b)

Dapat menjaga akidah daripada mudah terpesong

c)

Mengetahui cara untuk melakukan jenayah tanpa ditangkap

d)

Untuk menerangi waktu malam

33.

Apakah definisi ilmu?

a)

Pengetahuan,kepandaian,kepakaran dan lain-lain yang seumpamanya

b)

Markah yang tinggi dalam peperiksaan

c)

Ingatan yang kuat

34.

Apakah hukum asal menuntut ilmu?

a)

Fardhu Kifayah

b)

Fardhu Ain

35.

Apakah posisi ilmu ?

a)

Cahaya dan mulia dalam kehidupan manusia

b)

Mematikan hati manusia

c)

Sekadar untuk mendapat kerja dengan gaji yang besar

36.

Apakah hukum mempelajari ilmu sihir ?

a)

Harus

b)

Haram

c)

Wajib

d)

Makruh

37.

Nyatakan nama lain bagi ilmu akidah ?

a)

Ilmu Matematik

b)

Ilmu Falak

c)

Ilmu Makrifah

d)

Ilmu Feqah

38.

Ayat yang menyatakan bahawa Allah SWT akan meninggikan darjat orang yang berilmu melalui ;

a)

Surah Al-Mujadalah : 11

b)

Surah Al-Asr : 1-3

c)

Surah Al-Baqarah : 154

d)

Surah Ar-Rahman : 21

39.

Berikut ialah etika dalam mencari ilmu kecuali

a)

Mencintai ilmu yang sedang dipelajari

b)

Bersungguh-sungguh dalam pelajaran

c)

Menghormati guru

d)

Bercakap-cakap apabila grur sedang mengajar

40.

Contoh Ilmu Fardhu Ain ialah

a)

Ilmu Tauhid

b)

Ilmu Hisab

c)

Ilmu Perubatan

d)

Ilmu Berniaga

41.

Apakah adab-adab dengan guru?

a)

Memberi salam

b)

Fokus ketika belajar

c)

Menjaga tingkah laku dihadapan guru

d)

Melawan guru apabila ditegur

42.

Apakah kesan sekiranya kita melawan kata-kata guru ?

a)

Ilmu menjadi berkat

b)

Mudah mengingati hafalan-hafalan

c)

Dibenci oleh Allah SWT

d)

Tergolong dalam golongan yang berada di jalan salah

43.

Adakah seseorang itu digelar munafik sekiranya dia hanya berbuat baik dihadapan guru tetapi tidak dalam kehidupan seharian ?

a)

Tidak,kerana menjaga hubungan dengan guru adalah tanggungjawab seorang pelajar

b)

Ya,kerana manusia perlulah jujur dalam semua aspek kehidupan

c)

Tidak,kerana seseorang manusia itu memang perlu menyembunyikan sifat dan sikap sebenar dalam beberapa keadaan

44.

Apakah cara-cara untuk kita menjaga tingkah laku semasa berhadapan dengan guru ?

a)

Duduk dengan sopan

b)

Merendah diri

c)

Bongkak diri

d)

Gelak tawa dengan kuat

45.

Mengapakah kita perlu beradab dengan guru ?

a)

Supaya ilmu diberkati

b)

Disayangi oleh Allah

c)

Menjadi umat yang beriman dan patuh kepada perintah Allah

d)

Supaya mendapat markah yang tinggi dalam penilaian amali

46.

S.M Naquib Al-Attas menguasai ilmu seperti ______, ______ dan ______

a)

Falsafah

b)

Kimia

c)

Sejarah

d)

Metafizik

e)

Linguistik

47.

Ilmu merupakan sesuatu _____ ke dalam jiwa seseorang menurut definisi ilmu oleh S.M Naquib Al-Attas

a)

Makna

b)

Kefahaman

c)

Kepercayaan

d)

Ilham

48.

Ilmu sebagai suatu _____ yang memuaskan jiwa, objek yang dipercayai itu menepati perkara sebenarnya menurut definisi Qadi Al-Jabbar

a)

Kefahaman

b)

Perkara

c)

Kepercayaan

49.

Antara sumbangan Prof. Dr Othman Bakar ialah dalam

a)

Perkembangan ilmu sains

b)

Kajian perubatan

c)

Inovasi teknologi

50.

Ilmu sebagai _____ yang pengertiannya luas, hanya Allah sahaja yang mengetahui

a)

kalimah Allah

b)

perkara

c)

makna

51.

Apakah tujuan klasifikasi ilmu disusun ?

a)

Memudahkan pembelajaran

b)

Melahirkan pakar berdasarkan bidang

c)

Bagi memelihara keperluan pendidikan Islam supaya lebih teratur

52.

Apakah tujuan ilmu muamalah ?

a)

Menyelamatkan jiwa

b)

Berjaya di dunia

c)

Disanjung orang ramai

53.

Klasifikasi ilmu menurut Imam Ghazali terbahagi kepada ;

a)

Ilmu Muamalah

b)

Ilmu Fardhu Ain

c)

Ilmu Tasawwuf

d)

Ilmu Mukasyafah

54.

Apakah itu ilmu Mukasyafah ?

a)

Ilmu yang wajib dipelajari semua umat Islam

b)

Ilmu yang diberi oleh Allah tanpa perlu diajar

c)

Ilmu yang dipelajari di sekolah

55.

Ilmu Muamalah terbahagi kepada ____ bahagian.

a)

3

b)

2

c)

4

56.

Apakah ciri-ciri ilmu menurut Imam Ghazali ?

a)

'Alima yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk megetahui sesatu dengan sebenarnya

b)

Boleh meningkatkan pemikiran dan memberi kesan kepada pembentukan jiwa

c)

Ilmu yang mengurangkan rasa cinta pada dunia

57.

Menurut Imam Ghazali, ilmu boleh dibahagikan kepada dua,apakah pecahan tersebut?

a)

Ilmu bermanfaat

b)

Ilmu Fardhu Ain

c)

Ilmu yang tidak bermanfaat

d)

Ilmu Fardhu Kifayah

58.

Apakah sumber ilmu yang bermanfaat ?

a)

Al-Quran

b)

Hadith Nabi

c)

Artikel yang tidak sahih

59.

Antara berikut manakah bukan ciri ilmu bermanfaat ?

a)

Menyedari aib yang dilakukan

b)

Mengurangkan rasa cinta dunia

c)

Menyebabkan kita banyak beribadah kepada Allah

d)

Mengurangkan rasa takut kepada Allah

60.

Apakah yang akan berlaku jika seseorang itu mempelajari ilmu yang bermanfaat ?

a)

Berbangga diri dengan ilmu yang dimiliki

b)

Berani mempersoalkan kenyataan ulama

c)

Bertambah sikap tawadhu,rasa takut dan ketundukkan kepada Allah SWT

d)

Bertambah dalam melakukan maksiat

61.

Apakah sifat ilmu menurut Imam Ghazali ?

a)

Terpuji

b)

Dikeji

c)

Harus

d)

Haram

62.

Apakah contoh bagi sifat ilmu terpuji ?

a)

Ilmu perubatan

b)

Ilmu sihir

c)

Ilmu mencuri

63.

Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu itu syumul ?

a)

Islam bersifat menyeluruh dan meletakkan ilmu agama dan dunia adalah sama penting

b)

Islam mementingkan ilmu akhirat berbanding ilmu dunia agar penganutnya tidak terjerumus ke dalam neraka

c)

Islam mementingkan ilmu dunia berbanding ilmu akhirat agar penganutnya menjadi kaya-raya di dunia

64.

Mengapa ilmu bersifat terbuka ?

a)

Ilmu boleh diperoleh bukan sahaja daripada Al_Quran dan As-Sunnah,malah Islam memberi kebebasan kepada manusia untuk memperoleh ilmu daripada sumber yang benar sama ada melalui kajian,pemerhatian,dan seumpamanya

b)

Ilmu boleh diterima daripada semua sumber termasuklah dari sumber yang tidak tepat dan fakta palsu

c)

Ilmu boleh diterima daripada Al-Quran dan As-Sunnah sahaja dan sumber lain tidak boleh dijadikan rujukan

65.

Apakah sumber ilmu yang utama ?

a)

Al-Quran

b)

As-Sunnah

c)

Buku rujukan

d)

Kuliah dan ceramah

66.

Apakah tujuan utama ilmu?

a)

Mengenali Allah SWT dan mendekatkan diri kepadanya

b)

Mengagumi kehebatan dan kebijaksanaan pengkaji terdahulu

c)

Mencari fakta-fakta dan inovasi baharu untuk kemajuan dunia

d)

Melawan golongan agamawan dengan hujah berdasarkan akal

67.

Kita sebagai hamba ____ mengaitkan ilmu dengan Allah SWT

a)

wajib

b)

sunat

c)

makruh

68.

Bagaimanakah kita untuk mengeluarkan diri daripada keraguan dan keyakinan ?

a)

Melalaikan diri dengan perkara lain

b)

Bertanya kepada golongan yang bukan ahli

c)

Mencari ilmu untuk mengetahui kebenaran dan meningkatkan keyakinan kepad Allah SWT

d)

Membuat andaian dan ajaran sendiri

69.

Orang yang berilmu tetapi tidak beramal atas ilmunya akan mendapat ______ daripada Allah SWT

a)

celaan dan ancaman

b)

pahala dan dosa

c)

jaminan syurga

d)

karamah

70.

Antara tujuan ilmu adalah untuk membentuk kerohanian manusia.Bagaimanakah kebahagiaan hidup yang selalunya dirujuk kepada kebahagiaan rohani ditafsirkan ?

a)

Melalui senyuman yang terukir

b)

Melalui kekayaan harta

c)

Melalui ketenangan jiwa

71.

Apakah nikmat yang terbesar yang diberikan kepada umat manusia untuk kehidupan dunia dan persediaan akhirat ?

a)

Nikmat Islam

b)

Nikmat akal

c)

Nikmat kehidupan

72.

Bagaimanakah ilmu disampaikan ahli pemegang amanah ilmu sehingga Rasulullah ?

a)

Secara sempurna sekaligus

b)

Secara bersanad

73.

Adakah menjadi seorang ulama itu salah satu daripada kelebihan orang berilmu ?

a)

Ya,kerana ulama berperanan menyambung warisan Rasulullah.

b)

Tidak,kerana siapa-siapa sahaja yang boleh belajar ilmu agama dan menjadi ulama

c)

Ya,kerana mereka akan disanjung tinggi dalam kalangan masyarakat dan memegang jawatan yang tinggi dalam sektor agama.

74.

Apakah perkara yang sebaiknya yang perlu dilakukan oleh orang berilmu ?

a)

Meneruskan dakwah Rasulullah

b)

Mendidik dan mentarbiyah orang ramai agar patuh dan taat kepada ajaran Islam

c)

Menjatuhkan dan melawan agama Islam dan orang Muslim

d)

Tidak berbuat apa-apa

75.

Apakah kelebihan orang berilmu yang terbesar dapat kita peroleh ?

a)

Kesihatan tubuh badan

b)

Kekayaan harta

c)

Sanjungan manusia

76.

Bilakah permulaan ilmu wujud dalam konteks manusia ?

a)

Sejak zaman Nabi Adam dan Hawa

b)

Setelah wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah

c)

Sejak zaman jahiliyah

d)

Setelah Pembukaan Mekah

77.

Apakah konsep ilmu dari sudut pandangan barat ?

a)

Agama dan ilmu adalah keduanya penting dan tidak boleh diasingkan

b)

Agama tidak dikategorikan sebagai ilmu tetapi hanya kepercayaan

c)

Ilmu hanyalah apa yang ditulis oleh kitab-kitab agama dan sumber lain yang tidak sejajar dengannya adalah palsu dan salah

78.

Guru dimuliakan dalam Islam,apakah sebabnya?

a)

Mempunyai ilmu

b)

Menyebarkan ilmu

c)

Bergaji besar

d)

Popular dalam kalangan masyarakat

79.

Apakah keburukan menuntut ilmu dengan cara salah?

a)

Memudaratkan diri

b)

Menjadi pakar dalam bidang

c)

Disanjung masyarakat

80.

Apakah darjat seorang pengamal ilmu hitam ?

a)

Hina disisi Allah kerana mengamalkan syirik

b)

Tinggi disisi Allah kerana telah mempelajari suatu bidang ilmu