wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Bab 1 dan 2 Tingkatan 4

Total questions: 47

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor-Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

2.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem Pembesar Berpusat

b)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

c)

Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

d)

Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan

3.

Undang-undang manakah yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?


I Undang-undang Pelabuhan Melaka

II Undang-undang Adat Melaka

III Undang-undang Laut Melaka

IV Hukum Kanun Melaka

a)

A. I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

4.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Mengambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

5.

Jadual yang berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke 17 dan abad ke 18.


Tahun Revolusi


1688 Revolusi Keagungan di England

1789 Revolusi Perancis


Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terhalang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuhkan

d)

Kerajaan perlembagaan ditegakkan

6.

Jadual berikut berkaitan dengan tindakan pemerintah Thailand .


Pemerintah Thailand


Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn

memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Thailand.


Mengapakah pemerintahan Thailand mengambil tindakan tersebut?

a)

Menyaingi kuasa besar

b)

Mengukuhkan kuasa rakyat

c)

Mengekalkan kedaulatan negara

d)

Memantapkan kedudukan parlimen

7.

Soalan berikut berdasarkan gambar Jelutong Press.


Apakah kesan daripada penubuhannya?

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Menggalakkan persaudaraan Islam

c)

Mengembangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

8.

Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.


" Rumah Besar Tiang Sebatang "

" Cerita Awang Putat "

" Di sini Kita Bukannya Orang Dagang "


Apakah tema cerpen tersebut?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Memperjuangkan nasib bangsa

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

9.

Kemunculan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa bermula

a)

sebelum kedatangan Barat

b)

selepas kedatangan Barat

c)

semasa pemerintahan Barat

d)

sewaktu penjajahan Barat

10.

Apakah kerajaan terawal sekali muncul di Alam Melayu?

a)

Majapahit

b)

Kedah Tua

c)

Champa

d)

Funan

11.

Kerajaan berikut terletak di selatan dan tengah Vietnam

    Kerajaan  Champa

Apakah pusat pentadbiran kerajaan tersebut?

a)

Inderapura

b)

Palembang

c)

Champa

d)

Harihalaya

12.

Pengasas kerajaan Srivijaya ialah Dapunta Hyang Sri Jayanasa.Kerajaan ini menjadi empayar kerana kebijaksanaan dan kewibawaan pemerintahannya.Namun begitu,kerajaan ini turut mengalami kemerosotan dalam pemerintahanya.


Apakah punca yang membawa kepada kejatuhan kerajaan tersebut?

a)

Srivijaya diserang Portugis

b)

Serangan Raja Chola dari Selatan India

c)

Serangan oleh kerajaan Chenla

d)

Ditawan oleh Dai Viet

13.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor -Riau

d)

Kerajaan Kedah Tua

14.

Tokoh berikut merupakan pengasas Kesultanan Johor-Riau.Baginda merupakan putera kepada Sultan Mahmud Syah dan Tun Fatimah.


RAJA ALI


Apakah gelaran yang digunakan selepas menaiki tahka?

a)

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah

b)

Sultan Abdul Jalil Muayat Shah

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah I

d)

Sultan Alauddin Riayat Syah II

15.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem Pembesar Berpusat

b)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

c)

Champa

d)

Harihalaya

16.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran,peraturan,masyarakat yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa.


Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.


I Wilayah naungan

II Wilayah taklukan

III Kerajaan

IV Undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti adat isitiadat penggunaan warna,nobat regalia dan cap mohor.


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

Membuktikan keturunan raja

b)

Menunjukkan kedaulatan raja

c)

Mengambarkan kemewahan raja

d)

Menandakan kawasan pemerintahan

18.

Bendahara Tun Perak merupakan bendahara yang paling lama berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melaka.


Antara berikut,yang manakah merupakan tugas dan peranan


I Mengurus perbendaharaan

II Menjaga keselamatan Kota Melaka

III Ketua pentadbir

IV Pemangku Sultan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Undang-undang manakah yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?


I Undang-undang Pelabuhan Melaka

II Hukum Kanun Melaka

III Undang-undang Laut Melaka

IV Undang-undang adat Melaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Pernyataan berikut menerangkan Undang-undang Laut Melaka


UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA


-Mempunyai 24 fasal

-Mengandungi peraturan dan tatatertib

-Cara jual beli

-Hukum-hukum jenayah yang berlaku di atas kapal

-Larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda,kiwi dan anak kapal.


Apakah tujuan Undang-undang Laut Melaka diperkenalkan.

a)

Untuk menghukum pedagang-pedagang yang bersalah

b)

Untuk menakutkan pedagang dengan undang-undang yang diperkenalkan

c)

Untuk memastikan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar dan adil

d)

Untuk memaklumkan kepada pedagang-pedagang tentang cara-cara untuk berniaga di Melaka

21.

Kesungguhan pelaksanaan sistem undang-undang telah membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Nilaikan kesan pelaksanaan perundangan tersebut.

a)

Mewujudkan suasana kucar-kacir

b)

Mewujudkan kestabilan politik

c)

Sistem ekonomi yang dikawal

d)

Rakyat hidup dalam keadaan huru-hara

22.

Hubung kait pemerintahan dan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka selaras dengan konsep________________

a)

Waadat

b)

Daulah

c)

Tulah

d)

Adat

23.

Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

a)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

b)

Perasaan yang membenci penjajah

c)

Semangat berjuang yang tinggi untuk mencapai matlamat

d)

Perjuangan menentang penjajah dengan pelbagai cara

24.

Dalam kontek Melayu sebelum merdeka,Nasionalisme digunakan untuk merujuk kepada perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.


Pernyataan di atas merupakan pendapat tokoh iaitu____

a)

Hans Kohn

b)

Dr. R. Suntharalingam

c)

Profesor William R. Roff

d)

Profesor Emeritus Tan Sri

Dr.Khoo Kay Kim

25.

Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18


Tahun : 1688

Revolusi : Revolusi Keagungan di England


Tahun 1789 : Revolusi Perancis


Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terlarang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Kerajaan berpelembagaan ditegakkan

26.

Peristiwa X merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India.


Peristiwa X ialah

a)

Satyagraha

b)

Semangat Bushido

c)

Dahagi India 1857

d)

Gerakan Islah

27.

Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh sikap masyarakat Jepun yang sanngup menanggung risiko,bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggunggjawab terhadap ketua dan negara.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Satyagraha

b)

Kamikaze

c)

al-Urwah al-Wuthqa

d)

Semangat Bushido

28.

Nasionalisme di Vietnam di Burma

( Myanmar ) pada mulanya digerakkan oleh golongan kelas pertengahan Pendidikan Barat berikutan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha.

Hal ini menyebabkan mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.


Apakah isu yang digunakan oleh persatuan tersebut untuk membangkitkan nasionalisme?

a)

Isu kesihatan

b)

Isu kapitalisme

c)

Isu kasut

d)

Isu baju

29.

Jadual yang berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke 17 dan abad ke 18.


Tahun Revolusi


1688 Revolusi Keagungan di England

1789 Revolusi Perancis


Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terhalang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuhkan

d)

Kerajaan perlembagaan ditegakkan

30.

BERIKUT MERUPAKAN KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA KECUALI

a)

KERAJAAN FUNAN

b)

KERAJAAN CHAMPA

c)

KERAJAAN SRIVIJAYA

d)

KERAJAAN AMBON

31.

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA IALAH RAJA, WILAYAH PENGARUH, RAKYAT DAN....

a)

PERLEMBAGAAN

b)

UNDANG-UNDANG

c)

AKTA

d)

ORDINAN

32.

BERIKUT MERUPAKAN LAMBANG KEBESARAN KESULTANAN MELAYU MELAKA KECUALI

a)

NOBAT

b)

PAYUNG

c)

WARNA

d)

ADAT ISTIADAT

33.

PEMBESAR MELAKA YANG BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI KETUA PENTADBIR DAN KETUA TURUS ANGKATAN TENTERA IALAH

a)

BENDAHARA

b)

PENGHULU BENDAHARI

c)

LAKSAMANA

d)

TEMENGGUNG

34.

BERIKAN MAKSUD WAADAT

a)

AKU JANJI

b)

ANGKAT SUMPAH

c)

PERJANJIAN

d)

AKAD NIKAH

35.

MASYARAKAT DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA TERBAHAGI KEPADA DUA, IAITU

a)

GOLONGAN RAJA DAN BANGSAWAN

b)

GOLONGAN ATASAN DAN BAWAHAN

c)

GOLONGAN PEMERINTAH DAN DIPERINTAH

d)

GOLONGAN DIRAJA DAN MARHAEN

36.

MENGAPAKAH RAKYAT ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA TIDAK AKAN MENDERHAKA KEPADA SULTAN?

a)

SANGAT MENYAYANGI SULTAN

b)

MENERIMA SARA HIDUP DARIPADA SULTAN

c)

SULTAN MEMERINTAH DENGAN ZALIM

d)

TAKUT DITIMPA TULAH

37.

WILAYAH TAKLUKAN IALAH WILAYAH YANG DIPEROLEH MELALUI

a)

PEPERANGAN

b)

PERJANJIAN

c)

PEMBERIAN HADIAH

d)

PENJAJAHAN

38.

REVOLUSI KEAGUNGAN TERCETUS DI

a)

AMERIKA

b)

PERANCIS

c)

ENGLAND

d)

ITALI

39.

SASARAN GOLONGAN REVOLUSI PERANCIS 1789 ADALAH TERHADAP PEMERINTAHAN .............. RAJA LOUIS XVI DAN GOLONGAN BANGSAWAN

a)

AUTOKRATIK

b)

REPUBLIK

c)

MONARKI

d)

ARISTOKRASI

40.

DAHAGI INDIA 1857 IALAH PEMBERONTAKAN YANG TELAH DILANCARKAN OLEH ....... ATAU ASKAR UPAHAN BRITISH BERBANGSA INDIA

a)

SEPOI

b)

KADAM

c)

SIDA-SIDA

d)

ARTISAN

41.

ANTARA BERIKUT MANAKAH YANG MERUPAKAN TOKOH GERAKAN ISLAH DI MESIR

a)

SAYYID JAMAL AL-DIN AL-AFGHANI

b)

AL-URWAH AL-WUTHQA

c)

SYED SHEIKH AL HADI

d)

SHEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN

42.

NASIONALISME FILIPINA MUNCUL UNTUK MENGHAPUSKAN PENJAJAHAN ASING. ANTARA TOKOH PENTING ADALAH SEPERTI BERIKUT KECUALI

a)

JOSE RIZAL

b)

ANDRES BONIFACIO

c)

SERGIO OSMENA

d)

DO BAMA

43.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISU KASUT YANG MEMBANGKITKAN NASIONALISME DI BURMA?

a)

PERBUATAN ORANG BRITISH MEMAKAI KASUT SEMASA MEMASUKI KUIL BUDDHA

b)

PERBUATAN ORANG BELANDA MEMAKAI KASUT SEMASA MEMASUKI KUIL BUDDHA

c)

PERBUATAN ORANG PERANCIS MEMAKAI KASUT SEMASA MEMASUKI KUIL BUDDHA

d)

PERBUATAN ORANG AMERIKA MEMAKAI KASUT SEMASA MEMASUKI KUIL BUDDHA

44.

'SUMPAH PEMUDA' MERUPAKAN IKRAR YANG DILAHIRKAN OLEH KONGRES PEMUDA INDONESIA UNTUK MENENTANG PENJAJAH

a)

BELANDA

b)

BRITISH

c)

PERANCIS

d)

JEPUN

45.

NASIONALISME DI THAILAND BERBEZA DARIPADA GERAKAN NASIONALISME LAIN DI ASIA TENGGARA KERANA

a)

TIDAK BERSIFAT ANTIPENJAJAH

b)

NASIONALISNYA TERDIRI DARIPADA GOLONGAN KELAS MENENGAH

c)

DIGERAKKAN OLEH GOLONGAN PETANI DAN SISWAZAH UNIVERSITI

d)

MATLAMATNYA UNTUK MENUNTUT KEMERDEKAAN

46.

NASIONALISME THAILAND DIGERAKKAN OLEH TOKOH-TOKOH BERIKUT KECUALI

a)

NAI PRIDI PHANOMYONG

b)

FIELD MARSHAL PHIBULSONGKRAM

c)

RAJA MONGKUT

d)

RAJA VAJIRAVUDH

47.

PERGERAKAN NASIONALISME DI NEGARA KITA DIPELOPORI OLEH GOLONGAN BERPENDIDIKAN BERIKUT KECUALI

a)

BERPENDIDIKAN AGAMA

b)

BERPENDIDIKAN INGGERIS

c)

BERPENDIDIKAN MELAYU

d)

BERPENDIDIKAN PONDOK