wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SIMPULAN BAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia .....................

a)

buta huruf

b)

buta warna

c)

buta hati

d)

buta mata

2.

Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap-------------------

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak tunggal

d)

anak orang

3.

Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah kiri

b)

langkah tengah

c)

langkah kanan

d)

langkah seribu

4.

Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

a)

cekal hati

b)

makan hati

c)

geli hati

d)

isi hati

5.

Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.

a)

pekak badak

b)

lepas tangan

c)

makan hati

d)

tidur mati

6.

Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

berat sebelah

c)

angkat kaki

d)

lepas tangan

7.

Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _________________________________

a)

bagai mendukung biawak hidup

b)

bagai ayam mengeram telur

c)

bagai pahat dengan penukul

d)

bagai wau putus tali

8.

Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke taman bunga.

a)

ambil angin

b)

ambil hati

c)

ambil ringan

d)

ambil berat

9.

Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi _______________________ rakyat Malaysia.

a)

buah tangan

b)

buah hati

c)

buah mulut

d)

buah pena

10.

Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.

a)

ada angin

b)

naik angin

c)

khabar angin

d)

atas angin