Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F5 AKIDAH SET 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Berikut adalah Imam2 yang telah memasyhurkan Mazhab Ahli Sunnah Wa Jamaah Kecuali
a)
Imam Abu Hasan al-Asy’ari 
b)
Abu Mansur al-Maturidi
c)
Imam Abu Musa al-Asy’ari 
2.
(1) _______ bermaksud mereka berkumpul di atas kebenaran dan bersatu untuk berjihad, melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Menghidupkan sunnah dan menentang bidaah.
(2) _______bermaksud mereka menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah.
a)
(1) Ahli Sunnah (2) al Jamaah
b)
(1) al Jamaah (2) Ahli Sunnah
3.
Ahli sunnah meyakini bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat ________.
a)
Qadim 
b)
Hadis 
4.
Ahli sunnah meyakini bahawa pelaku dosa besar dikira sebagai _______.
a)
Mukmin yang fasik
b)
Kafir
5.
Ahli sunnah yakin al-Quran adalah kalam Allah dan __________ iaitu bukan baharu.
a)
bukan makhluk
b)
makhluk
6.
Ahli sunnah beriktikad bahawa iman seseorang ___________.
a)
boleh bertambah dan berkurang
b)
sentiasa bertambah 
c)
sentiasa berkurang
d)
tetap
7.
Berikut adalah kepentingan berpegang dengan aqidah ahli sunnah KECUALI
a)
Asas kepada penerimaan
sesuatu amalan
b)
Dapat membersihkan aqidah daripada
sebarang kekeliruan dan kesesatan.
c)
Orang yang berpegang dengan aqidah ahli sunnah akan mendapat keredhaan Allah 
d)
Amalan yang bersandarkan aqidah ini akan ditolak oleh Allah
8.
Berikut adalah nama2 lain bagi  Ahlu Sunnah wa jamaah KECUALI
a)
salafussoleh
b)
ahlul hadith
c)
al-Jamaah
d)
al Jamaah al Quran
9.
Pengertian ______ialah Ajaran atau amalan didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah.
a)
Ajaran Sesat
b)
Ajaran Syiah
c)
Ajaran Khawarij
10.
Pengertian ______ialah berasa gembira dalam melakukan ibadat kepada Allah dan sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredhaan Allah.
a)
Halawatul Iman
b)
Iman
11.
Pengertian ____ ialah golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali RA sebagai khalifah Rasulullah SAW. Mereka berpendapat bahawa hanya Saidina Ali RA sahaja yang layak dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah.
a)
Syiah
b)
Khawarij
c)
Muktazilah
12.
Al Salafussoleh (السلف الصَّالح) ialah para ulama yang memiliki ciri-ciri berikut iaitu:
i.  Hidup sebelum kurun ke 2
ii  Para Sahabat
iii Tabien
iv Atba' al Tabien
a)
i & ii
b)
i, ii & iii
c)
ii, iii & iv
d)
ii & iii
13.
Kumpulan ini dinamakan _________ kerana mereka berpendapat jawatan pemimpin umat Islam hanya layak di sandang oleh Ahli al Bait (اهل البيت) sahaja.
a)
Syiah Imamiyah
b)
Syiah Zaidiyyah
c)
Syiah al Batiniyah
d)
Khawarij
14.
- Kumpulan ini tidak menerima Majlis Tahkim.
- Beri'tikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir.
Membataskan sumber hukum hanya kepada al Quran sahaja.
Kenyataan berikut merujuk kepada Golongan ______.
a)
Syiah Imamiyah
b)
Syiah Zaidiyyah
c)
Syiah al Batiniyah
d)
Khawarij
15.
- Beriktikad kedudukan pelaku dosa besar berada di antara keimanan dan kekufuran
- Beriktikad perbuatan manusia adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah
- Menolak beramal dengan taqiyyah
Kenyataan berikut merujuk kepada Golongan ______.
a)
Syiah Imamiyah
b)
Syiah Zaidiyyah
c)
Syiah al Batiniyah
d)
Khawarij
16.
- Kumpulan ini beri'tikad bahawa Saidina Ali RA dan Imam-imam mereka sebagai tuhan.
- Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.
Kenyataan berikut merujuk kepada Golongan ______.
a)
Syiah Imamiyah
b)
Syiah Zaidiyyah
c)
Syiah al Batiniyah
d)
Khawarij
17.
Puak syiah yang dianggap paling radikal dan sesat ialah
a)
Syiah Imamiyah
b)
Syiah Zaidiyyah
c)
Syiah al Batiniyah
d)
Khawarij
18.
Salah satu pegangan Syiah Imamiyyah ialah TAQIYYAH. Apakah yang dimaksudkan dengan TAQIYYAH (تقيَّة) ?
a)
Menyembunyikan i'tikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berbeza i'tikad dengan mereka.
b)
Nikah kontrak
c)
Beriktikad bahawa jawatan Imam adalah jawatan yang dianugerah Allah seperti kenabian.
19.
Di antara yang berikut yang manakah langkah-langkah yang digariskan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk memelihara akidah?  
I  Mempelajari ilmu daripada guru yang muktabar
II  Menjauhkan diri daripada pengamal ajaran sesat
III  Membataskan sumber syariah kepada fahaman Qadiyani
IV  Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahlul Bait
a)
i & ii
b)
ii & iii
c)
i & iv
d)
iii & iv
20.
Pernyataan di bawah adalah mengenai Qada' dan Qadar menurut pandangan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah kecuali
a)
Allah SWT yang berkuasa mengatur segala perkara.
b)
segala yang berlaku adalah dengan kebijaksanaan Allah SWT
c)
semua perbuatan manusia ditentukan semuanya oleh Allah SWT
d)
ketentuan baik dan buruk ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi