wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SJHK3033

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Ilmu filologi merujuk kepada pernyataan berikut.

a)

Ilmu yang meneliti naskah-naskah lama atau kuno.

b)

Ilmu yang mempelajari tulisan-tulisan kuno atau askara kuno.

2.

Etimologi merujuk kepada pernyataan berikut

a)

Penelitian lisan khususnya yang bergenre mitos, lagenda dan dongeng.

b)

Ilmu yang menyelidik asal usul kata serta perubahan perubahannya.

3.

Berikut merupakan pernyataan yang berkaitan dengan Anakronisme, kecuali

a)

'Ana' bermaksud 'bertentangan' sementara 'Chronic' bermaksud 'masa'

b)

Satu kesalahan penggunaan sistem tertib tarikh (kronologi)

c)

Penggunaan kata dalam Karya yang tidak tepat dalam menggambarkan sesuatu peristiwa

4.

Dalam tulisan R.O Winstedt dinyatakan bahawa Sultan yang meminang Puteri Gunung Ledang adalah Sultan Mansur. Tulisan Shelabear pula menyebut Sultan yang meminang adalah Sultan Mahmud.

Pernyataan ini merujuk kepada permasalahan

a)

Filologi

b)

Anakronisme

c)

Etimologi

5.

'The Western Malay States 1850-1875: The effects of Commercial Development on Malay Politics'


Pensejarahan ini merupakan karya penulisan Sejarawan berikut;

a)

Leornard W. Andaya

b)

Khoo Kay Kim

c)

Ranjit Singh

6.

Zaman penulisan menentang penjajahan di negara kita disebut sebagai zaman

a)

Zaman Tawarikh

b)

Zaman Nasionalisme

c)

Zaman Moden

7.

Berikut merupakan penulis yang menulis tentang kesedaran kebangsaan untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan kecuali

a)

Muhammad Bin Haji Alias

b)

Ibrahim Yaakob

c)

Yahya Abdullah

8.

Penulis barat ini pernah menulis tentang Malaysia, kecuali

a)

R. Booney

b)

Carl A. Trooki

c)

Howard Zinn

9.

Antara berikut adalah bentuk penulisan sejarah tradisi, kecuali

a)

Ditulis atas kertas

b)

Dipahat di atas batu

c)

Ditulis di dalam badan binatang

d)

Diukir dalam kepingan logam

10.

Hasil karya atau penulisan sejarah berkenaan Malaysia.


Pernyataan ini merujuk kepada

a)

Sejarawan Malaysia

b)

Penulis Sejarah Malaysia

c)

Pensejarahan Malaysia

11.

Berikut merupakan karya pada zaman Melayu feudal, kecuali

a)

Sulalatus Salatin

b)

Tuhfat Al-Nafis

c)

Sekitar Malaya Merdeka

d)

Misa Melayu

12.

Berikut merupakan antara kelemahan pensejarahan Melayu tradisional, kecuali

a)

Ada unsur dongeng

b)

Ada unsur penglipuran

c)

Kritikan yang lemah

d)

Sumber yang pelbagai

13.

Misa Melayu adalah karya yang menceritakan raja-raja Melayu di Perak sekitar 1700. Namakan penulis karya ini

(a)  

14.

Perbincangan terhadap konsep masa dalam sesuai sejarah terdiri daripada empat peringkat iaitu,.............., .................., ................ dan ...............

(a)  

15.

Maksud Pensejarahan atau historiografi yang dfahami umum oleh sejarawan adalah

a)

Penulisan sejarah yang menggunakan disiplin penulisan sejarah

b)

Penulisan yang berbentuk penceritaan dan berkaitan rapat dengan kepentingan sesebuah kerajaan

c)

Penulisan rasmi berkenaan pentadbiran sesebuah negara atau kerajaan

16.

Beberapa sejarawan di Malaysia boleh menerima karya yang ditulis pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebagai penulisan sejarah. Nyatakan satu sebab penting mengapa sesetengah sejarawan menerima penulisan zaman feudal sebagai pensejarahan Malaysia?

a)

Corak penceritaan memenuhi beberapa kriteria dalam disiplin sejarah

b)

Sumber yang boleh digunakan untuk meletakkan raja dikedudukan tertinggi

c)

Penulis dalam kalangan pegawai penting di istana

17.

Kemunculan pensejarahan moden telah mendesak penulisan sejarah zaman feudal agar tidak dikategorikan sebagai satu penulisan sejarah atau pensejarahan Malaysia. Apakah faktor utama desakan sejarawan moden tersebut?

a)

Pensejarahan feudal tidak ditulis oleh penulis yang berkredibiliti sebagai penulis sejarah

b)

Terlalu banyak unsur mitos sehingga menimbulkan persoalan keobjektivitian dan keabsahan penulisan

c)

Mempunyai masalah filolog yang menjejaskan kandungan penulisan

18.

Selain masalah unsur mitos, pensejarahan zaman feudal juga mempunyai masalah-masalah berikut kecuali

a)

Kritikan tidak mendalam atau tafsiran yang lemah

b)

Terlalu banyak unsur berat sebelah atau bias

c)

Tidak ada peristiwa penting dalam penulisan

19.

Istilah 'Tawarikh' digunakan di Tanah Melayu selepas perang dunia pertama. Apakah sebab penting pengenalan terminologi ini?

a)

Pengenalan kepada disiplin sejarah moden

b)

Penceritaan sejarah menjurus kepada penulisan berbentuk kronologi

c)

Memisahkan penulisan sejarah daripada umsur-unsur kesusasteraan

20.

Apakah bentuk pensejarahan zaman nasionalisme?

a)

Penulisan sejarah berbentuk provokasi dan bias

b)

Penulisan sejarah yang boleh menimbulkan perasaan cinta kepada tanahair

c)

Penulisan sejarah yang menolak pensejarahan atau penulisan sejarah barat