WorksheetsKuiz Tatabahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Dalam cerita dongeng itu, Si Tanggang telah bertukar menjadi batu kerana ________ biadap dan menderhaka kepada ibunya.
aku
beliau
dia
kamu
Para petani itu bertanam jagung ________ menantikan pokok padi menguning dan sesuai untuk dituai.
selagi
sehingga
sementara
semenjak
Bendahara:
Sultan menitahkan agar tuan hamba menghasilkan penawar untuk menyembuhkan permaisurinya yang sedang _________.
Tabib:
Baiklah, hamba akan hasilkan penawar itu dengan segera.
murka
gering
mangkat
berputera
Raykal mendapat tempat _______ dalam dalam pertandingan mendeklamasikan puisi di sekolahnya.
dua
kedua
berdua
kedua-dua
Andy berasa _________ untuk melihat ke bawah sewaktu berada di atas jambatan gantung itu.
gayat
takjub
rimas
resah
Pak Sahak menggunakan pisau yang ________ tajam untuk melapah daging korban itu.
sekali
benar
agak
nian
Nenek menggunakan _________ benang untuk menjahit ________ baju kurung.
seurat
sehelai
sebuku
sepasang
selembar
sebidang
Rumah tradisional itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku pun.
Pilih perkataan sinonim bagu unik.
istimewa
canggih
ganjil
pelik
Pak Murad menajamkan beberapa batang buluh untuk dibuat tiang pagar kebun sayurnya.
Pilih perkataan antonim bagi menajamkan.
meruncingkan
menumpulkan
memotong
mengerat
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betulnya.
i Sambutan orang ramai lebat sekali.
ii Hujan yang turun agak lebat sekali.
iii Lebat sungguh bulu kening budak itu.
iv Siapakah wanita yang bertahi lalat lebat itu?
i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
i dan iv
Felicia bertekad untuk menjadi doktor demi ___________ ibu bapanya.
mengikut jejak
mengasah bakat
mengalih langkah
mengikut telunjuk
Pilih jawapan yang betul.
i. Masih pasang dalam ingatan saya akan peristiwa itu.
ii. Pasang suami isteri itu baru sahaja berangkat ke Mekah.
iii. Waktu sebegini sungguh sesuai untuk berkelah kerana air laut baru pasang.
iv."Tolong pasang pelita-pelita ini di sekeliling kampung," kata tuk penghulu.
i
ii
iii
iv
"Mi bandung ini sungguh sedap, lagipun mi ini tidak pedas," kata Puan Hana kepada anaknya.
Puan Hana diberitahu bahawa mi bandung itu amat sedap dan tidak pedas.
Puan Hana diberitahu oleh anaknya bahawa mi bandung itu paling sedap dan tidak pedas.
Anaknya memberitahunya dan Puan Hana bahawa mi bandung itu paling sedap dan tidak pedas.
Puan Hana memberitahu anaknya bahawa mi bandung itu sangat sedap dan tidak pedas.
Mangsa banjir itu ditempatkan di pusat pemindahan banjir.
Apakah punca berlakunya banjir itu?
Di manakah mangsa-mangsa banjir itu ditempatkan?
Siapakah yang dipindahkan di pusat pemindahan banjir?
Berapakah jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir?
Pilih ayat yang betul.
Dari bahan apakah kuih-muih tradisional ini?
Sila serahkan laporan itu ke Guru Besar.
Beliau memang pandai di dalam bidang pertanian.
Buku panduan peperiksaan itu ada pada Sarah.
