NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Adjektif Tahun 6_1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Telur itu __________ kerana disimpan terlalu lama di dalam almari.
segar
buruk
busuk
mentah
Puan Khoo melabuhkan kain sarung batik anaknya yang kelihatan __________ itu.
rendah
singkat
kontot
sempit
Para pelancong __________ melihat rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana aman dan damai.
kagum
riang
gembira
bimbang
Di halaman rumah Tok Mat ada sepohon rambutan yang __________ dan lebat buahnya.
kecil
tegak
rendang
Jari tangan Encik Zaid __________ setelah terlalu lama menggunakan kapak untuk memotong kayu.
melekit
melecet
melecit
melecek
Adik muntah-muntah apabila makan jeruk mangga __________ yang dibelinya di gerai Mak Dah.
muda
ranum
putik
matang
Aizudin __________ sahaja menyambut hari jadinya yang ke-19.
baru
awal
kejap
lambat
Sejak akhir-akhir ini badannya semakin __________ kerana menghidap penyakit kencing manis.
kecil
nipis
susut
kempis
Sampan kecil itu __________ dengan buah kelapa dan buah cempedak yang baru dipetik dari kebun Lebai Kulub.
muat
ketat
berat
sarat
Azmir dipuji oleh rakan-rakannya kerana sentiasa __________ dan bergaya.
kemas
kacak
cantik
Wau bulan buatan datuk Alimin terbang __________ apabila ditiup angin kencang.
teguh
tinggi
pantas
condong
Kak Tipah __________ apabila mendapat berita bahawa anak sulungnya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
duka
sukacita
gembira
gementar
Zarina menjolok buah mangga yang tinggi pokoknya dengan menggunakan sebatang galah yang __________.
kecil
besar
panjang
Pengemis itu makan nasi dengan begitu __________ kerana tidak makan apa-apa sejak semalam.
kuat
lekas
lahap
cemas
Setiap petang Azean menyertai kelas senamrobik supaya badannya kelihatan __________.
langsing
gempal
kempis
buncit
Seniwati itu memakai minyak wangi yang __________ baunya ketika sesi penggambaran filem.
kuat
jelas
mesra
semerbak
Menjelang Hari Raya Aidilfitri, rumah datuk menjadi __________ kerana kesemua anaknya pulang untuk berhari raya di kampung.
hening
senyap
hangat
riuh
Ani __________ untuk bergaul dengan rakan-rakannya kerana keadaan keluarganya yang miskin.
malu
benci
malas
dendam
Air Sungai Takbai mengalir dengan __________ menuju ke kuala.
deras
selalu
kerap kali
kadangkala
Shakir terpaksa berkongsi bilik yang __________ itu dengan beberapa orang rakannya.
ketat
sesat
sempit
