NEW
Font size
WorksheetsKATA GANDA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Sejak berpindah ke bandar, Syukri tidak _________ lagi tentang perkembangan yang berlaku di kampung itu.
tanya-menanya
tahu-menahu
kenal-mengenal
tengok-menengok
Gadis itu _______ ke pejabat kerana sudah lewat.
terkial-kial
terkinja-kinja
tercungap-cungap
terkocoh-kocoh
Kedengaran _________ suara orang menyanyi ketika saya duduk di atas pangkin itu.
jelas-jelas
sayup-sayup
samar-samar
jauh-jauh
Selepas mesyuarat mereka minum sambil _______ di tepi kolam renang itu.
berbual-bual
berehat-rehat
bercakap-cakap
berbaring-baring
Encik Razak membawa ___________ dari Surabaya untuk kami.
sagu-sagu
abuk-abuk
otak-otak
oleh-oleh
Beberapa ekor _______ yang berwarna-warni terbang di dalam rumah kami.
pijat-pijat
labah-labah
kupu-kupu
labi-labi
Suasana dalam mesyuarat itu ________ apabila dua pihak berbalah.
huru-hara
hingar-bingar
lintang-pukang
porak-peranda
Jalan raya yang _______ itu amat berbahaya khususnya kepada penunggang motosikal dan basikal.
lintang-pukang
lintang-kedak
kacau-bilau
lekuk-lekak
Seorang pekerja bahagian stor telah diberhentikan _________ oleh pihak pengurusan pasar raya itu kerana masalah disiplin.
terus-menerus
serta-merta
pontang-panting
tunggang-langgang
__________ penceroboh itu sedang diperhatikan oleh pihak keselamatan melalui kamera litar tertutup.
Tingkah-laku
Desas-desus
Sorak-sorai
Gerak-geri
Jalan raya yang baru diturap itu memudahkan kami _______ ke tempat kerja.
ulang-alik
mundar-mandir
pindah-randah
lalu-lalang
_________ waris keluarga yang ditimpa kemalangan itu masih kedengaran.
Kumat-kamit
Senda-gurau
Bongkar-bangkir
Sedu-sedan
Ada _________ yang mengatakan bahawa pengurus syarikat itu akan meletakkan jawatan.
tindak-tanduk
karut-marut
corat-coret
desas-desus
Mata budak itu __________ apabila dimarahi oleh ibunya.
terkebil-kebil
terkial-kial
terkelip-kelip
terikut-ikut
Penjahat itu _________ untuk melepaskan diri.
melaung-laung
meronta-ronta
meraung-raung
menarik-narik
Para penyokong pasukan bola sepak Selangor ________ apabila Bambang berjaya menjaringkan gol.
terkial-kial
terikut-ikut
terkebil-kebil
terlonjak-lonjak
Pelbagai program telah diatur demi menggalakkan penduduk taman itu _________ antara satu sama lain.
percaya-mempercayai
kasih-mengasihi
perlu-memerlukan
kenal-mengenal
"Budi cikgu akan saya kenang ________, " kata Fatin.
sekuat-kuatnya
semalam-malaman
selama-lamanya
sehari-harian
Kita jangan mudah ________ akan cara hidup barat.
terambil-ambil
terikut-ikut
terbuai-buai
tertiru-tiru
Sampah sarap yang _________ di Sungai Kelantan itu adalah akibat daripada perbuatan segelintir orang yang tidak bertanggungjawab.
tertimbul-timbul
tertindih-tindih
tersekat-sekat
terapung-apung
