Font size
WorksheetsSEJARAH KSSM F4 BAB 1 dan BAB 2
Total questions: 18
Worksheet time: 9mins
Antara yang berikut, yang manakah ciri negara bangsa Alam Melayu.
rakyat
ekonomi
kemakmuran
kepelbagaian kaum
Apakah kerajaan yang mengamalkan undang-undang kutana manawa dalam proses pembentukan negara bangsa bagi kerajaannya?
Funan
Champa
Srivijaya
Majapahit
Antara yang berikut yang manakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Sistem pentadbiran giliran
Sistem pembesar empat lipatan
Sistem pentadbiran Jemaah Menteri
Sistem pembesar enam belas lipatan
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai undang-undang berasaskan syariah dan hukum adat. Pernyataan di atas berkaitan dengan
Hukum Kanun Melaka
Undang-Undang Laut Melaka
Undang-undang adat Melaka
Undang-undang pelabuhan Melaka
Dalam Undang-Undang Laut Melaka, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan. Mengapakah nakhoda perlu berbuat demikian?
menyelesaikan masalah
mendapatkan persetujuan
mewujudkan keharmonian
mematuhi arahan dan perintah
Sistem pentadbiran Kesultanan Melaka berasaskan pembesar empat lipatan.
Apakah peranan Temenggung dalam pentadbiran tersebut.
ketua pentadbir
menjaga keamanan di laut
menjaga keamanan di darat
menguruskan penbendaharaan
Apakah kepentingan lambang tersebut?
membuktikan keturunan raja
menunjukkan kedaulatan raja
menggambarkan kemewahan raja
menandakan kawasan pemerintahnan
Kemuncak Revolusi Amerika pada tahun 1776 ialah menentang
golongan raja
Raja Louis XVI
penjajahan British
golongan bangsawan
India telah mengisytiharkan kemerdekaan negaranya pada 15 Ogos 1947. Siapakah Perdana Menteri pertama India?
Mahatma Ghandi
Gangadhar Tilak
Jawaharlal Nehru
Muhammad Ali Jinnah
Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas dalam membina nasionalisme di Jepun.
Apakah kesan nasionalisme kepada Jepun.
Pengisytiharan kemerdekaan Jepun
Jepun menjadi kuasa imperialisme di Asia
kemunculan pemerintahan republik Jepun
kebangkitan penduduk di Tanah Melayu
Maharaja Mikado Meiji melancarkan gerakan pemulihan Jepun. Beliau menekankan pemodenan mengikut
model Barat
budaya timur
semangat bushido
model Amerika Syarikat
Jadual yang berikut berkaitan dengan tindakan pemerintah Thailand.
Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut?
menyaingi kuasa besar
mengukuhkan kuasa rakyat
mengekalkan kedaulatan negara
memantapkan kedudukan parlimen
Rajah menunjukkan hierarki Kesultanan Melayu Melaka.
Nyatakan peranan golongan yang berada pada kategori golongan pemerintah.
Raja tonggak utama kerajaan
- Wilayah pengaruh, kawasan peemerintahan raja yang diterima dan diakui rakyat
Rakyat, penduduk wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka
menjalankan pentadbiran mengikut kehendak dan kemahuan raja tanpa berbincang dgn pembesar
bagaimana rakyat selaku golongan diperintah memainkan peranan dalam menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang gemilang?
menjadikan sebuah kerajaan unggul sebagai sebuah empayar melalui sistem pentadbiran yang sistematik , lengkap, lancar dan tersusun serta berhierarki.
sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka, sultan mengetuai pemerintahan dengan dibantu Pembesar Berempat.
Menjadikan sebuah negara yang aman melalui sistem pertahanan yang stabil
Bersedia menjual rahsia kerajaan bagi melindungi keselamatan diri sekiranya diri diancam oleh pihak musuh
Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah anda memupuk rasa bangga terhadap warisan negara bangsa?
Sentiasa menunjukkan rasa cinta dan taat kepada Raja sebagai Ketua Negara
Memupuk perpaduan dikalangan rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa
Menjunjung tinggi Perlembagaan negara sebagai undang-undang tertinggi negara
Menyuarakan bantahan suara dengan saluran yang tidak betul untuk menyampaikan pendapat
Maklumat berikut berkaitan gerakan nasionalisme Empayar Utmaniyah dan Mesir.
Senaraikan dua tokoh yang mempelopori gerakan tersebut.
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani
Sheikh Muhammad Abduh
Syed Jamaluddin
Ibnu Khaldun
Saranan Gerakan Islah terhadap umat Islam.
Menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar berpandukan Al-Quran dan Hadis
Menolak kemajuan bangsa dan menfokuskan kepada pendidikan Fardu Ain atau akhirat sahaja
memperbaik kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada penjajahan
memperkuat rasa persaudaraan
Perkembangan nasionalisme di Asia, nilaikan pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa itu.
Kebangkitan nasionalisme pemimpin-pemimpin tempatan menentang penjajahan
Akur dengan kehendak penjajah tanpa penentangan
Ramai pejuang Islam bangkit berjuang berteraskan ajaran Islam
memperbaik kehidupan untuk melepaskan diri dari penjajahan barat.
