NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH T4 BAB 7
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) merupakan satu titik perubahan terhadap dasar UMNO.
Bagaimanakah perkara tersebut dilaksanakan?
Persetujuan British memberi kemerdekaan
Persepakatan penubuhan Parti Perikatan
Kesanggupan berunding dengan kaum lain
Kesediaan membuka keahlian kepada semua kaum
Berikut merupakan objektif penubuhan CLC kecuali...
Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
Membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya wujud pembahagian yang adil untuk semua komuniti
Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk di negara ini
Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu
Siapakah Penasihat Jawatankuasa Hubungan antara Kaum?
Malcolm Macdonald
EEC Thuraisingham
Tan Cheng Lock
C.C. Tan
Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) pada tahun 1950 merupakan tuntutan daripada
DATO' ONN BIN JAAFAR
E.E.C THURAISINGHAM
MALCOLM MACDONALD
TAN CHENG LOCK
Syarat kewarganegaraan dilonggarkan untuk..
memuaskan hati kaum bukan melayu
memberikan kedudukan politik kepada kaum bukan melayu
mendapatkan sokongan kaum bukan melayu
menambah bilangan rakyat di Tanah Melayu
Apakah konsep yang digunakan oleh Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) dalam memperjuangkan kemerdekaan?
Tanah Melayu untuk Malayan
Malaysia
Melayu Raya
Merdeka
Gambar 1 di bawah adalah tokoh yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independence for Malaya Party) pada tahun 1950-an.
Mengapakah beliau menubuhkan parti tersebut?
Menyekat pengaruh komunis
Mewujudkan perpaduan kaum
Mempertahankan hak peribumi
Mengurangkan pengaruh golongan radikal
Perhimpunan rakyat di Perhimpunan Maahad Al Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak melahirkan Majlis Agama Islam Tertinggi (MATA) telah melahirkan Hizbul Muslimin. Apakah matlamat Hizbul Muslimin?
Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Islam
Kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan.
Kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan terbuka secara lembut
Membina satu negara yang teguh dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC) ingin meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu?
Penubuhan Jawatankuasa Pendidikan
Kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini diperakui.
Pilihan raya diadakan pada peringkat Majlis Perundangan Persekutuan.
Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA).
Gambar 2 di atas menunjukkan pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). Siapakah beliau?
L.R Doraisamy
John Thivy
V.T. Sambanthan
E.E.C Thuraisingham
Mengapakah sistem berikut diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?
1951 Sistem Ahli
Merangka perlembagaan baru
Membincangkan syarat kewarganegaraan
Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri
Melaksanakan pilihan raya umum
Apakah cadangan Laporan Woodhead 1955 bagi sistem pendidikan Kebangsaan di Sarawak dan Sabah?
Mengutamakan bahasa Inggeris
Mewajibkan pendidikan sekolah rendah
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Pendidikan berdasarkan latar belakang etnik
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menyatakan dua elemen penting dalam pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum. Apakah kedua-dua elemen penting tersebut?
I Kemahiran teknikal
II Kandungan kurikulum seragam
III Sistem persekolahan sama
IV Kenaikan darjah secara automatik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada tahun 1954, Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara. Apakah matlamat perjuangan parti tersebut?
I Hak yang sama untuk semua
II Pentadbiran Islam di negeri Melayu
III Kemerdekaan melalui kerjasama kaum
IV Pembentukan satu parti untuk semua kaum
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
