Font size
WorksheetsBijak Sejarah T4/B3 [3.7-3.9]
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Maklumat berikut berkaitan dengan Force 136
[ British menubuhkan South East Asia Command (SEAC) yang berpusat di Colombo, Sri lanka dan membentuk unit khas yang dikenali sebagai Force 136 pada tahun 1943 ]
Apakah matlamat penubuhan Force 136.
Menubuhkan pasukan gerila
Menentang penjajahan British
Menyebarkan propaganda Jepun
Mendapatkan sokongan orang Melayu
Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Jepun di Tanah Melayu
[ Jepun menggunakan pasukan tentera atau polis yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang MPAJA semasa Gerakan anti-Jepun semakin meningkat ]
Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Tanah Melayu?
Meningkatkan serangan gerila
Menimbulkan ketegangan kaum
Memperoleh tuntutan kemerdekaan
Mengeratkan kerjasama masyarakat
[ Kesatuan Melayu Muda ]
Kesatuan di atas dibubarkan oleh Jepun pada bulan Jun 1942. Mengapakah Jepun bertindak sedemikian?
Pemimpin Kesatuan Melayu Muda menentang Jepun
Pemimpin Kesatuan Melayu Muda meyokong British.
Pemimpin Kesatuan Melayu Muda menuntut kemerdekaan
Pemimpin Kesatuan Melayu Muda tidak mahu berkerjasama dengan Jepun.
Gambar berikut menunjukkan letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki
Mengapakah Amerika Syarikat melakukkan pengeboman di kedua-dua Bandar tersebut pada tahun 1945?
Menamatkan perang dunia
Kekuatan Kuasa Paksi bertambah
Keadaan ekonomi semakin merosot
Kekuatan Kuasa Bersekutu bertambah
Gambar berikut menunjukkan Akhbar Semangat Asia.
Apakah tujuan akhbar Semangat Asia diterbitkan?
Menyebarkan semangat antipenjajah Asia
Menyebarkan semangat antipenjajah Barat
Menyebarkan semangat antipenjajah Jepun
Menyebarkan semangat antipenjajah komunis
Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan nasionalisme tempatan semasa pendudukan Jepun
[ Giyu Gun atau Pembela Tanah Air (PETA) ialah pasukan tentera sukarela yang ditubuhkan untuk membantu Jepun mempertahankan Tanah Melayu ]
Siapakah yang mengetuai Giyu Gun?
Onan Haji Siraj
Tengku Nordin
Ibrahim Haji Yaakob
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Gambar berikutan berkaitan dengan kemusnahan yang dilakukan oleh Bintang Tiga setelah menguasai Tanah Melayu hampir 14 hari kerana kelewatan pendaratan semula tentera British.
Bagaimanakah penguasaan tersebut dilakukan oleh Bintang Tiga ?
Menguasai balai polis
Membunuh pegawai daerah
Membuat kad catuan makanan
Memaksa pembinaan landasan kereta api
Maklumat berikut berkaitan dengan Kesatuan Rakyat Indonesia (KRIS).
[ Dengan sokongan tentera Jepun, Dr Burhanuddin al-Helmi, Ibrahim Haji Yaakob, Onan Haji Siraj dan bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang lain menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ]
Apakah matlamat penubuhan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)?
Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama Indonesia
Memberi sokongan untuk terus dijajah oleh Jepun
Memberi sokongan untuk menentang tentera Bersekutu
Mencapai kata sepakat untuk menentang tentera Kuasa Paksi
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah gerakan yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
[ Haji Salleh Abdul Karim atau dikenali sebagai Kiai Salleh telah menubuhkan pasukan Tentera Selempang Merah di Johor ]
Apakah matlamat penubuhan pasukan Tentera Selempang Merah?
Menentang penjajahan British di Tanah Melayu
Menegakkan ajaran Islam dalam kalangan Orang Melayu
Mempertahankan orang Melayu daripada ancaman Bintang Tiga
Menentang kekejaman British ke atas orang Melayu di Tanah Melayu
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan Raja-Raja Melayu semasa penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu.
[ Sultan Pahang , Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dan Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Syah telah memainkan peranan yang penting semasa kebangkitan orang Melayu menentang Bintang Tiga ]
Apakah peranan Raja-Raja Melayu tersebut?
Meniupkan semangat perpaduan dalam kalangan orang Melayu
Meminta agar tentera Bintang Tiga melakukan genjatan senjata
Menyelesaikan pergaduhan antara orang Melayu dan Orang Cina
Menaikkan semangat orang Melayu untuk menentang Bintang Tiga
