wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sistem Bahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat _______________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

a)

berteduh

b)

berlindung

c)

berhenti

d)

berehat

2.

Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.

a)

menanak ... menjerang

b)

memasak ... mendidihkan

c)

menanak ... merebus

d)

mengukus ... menjerang

3.

Pandangan Pak Yusof _________ setelah kepalanya terhantuk pada bucu tiang garaj keretanya itu.

a)

bersinar-sinar

b)

berpinar-pinar

c)

berbalam-balam

d)

berpusing-pusing

4.

Rakyat Malaysia meletakkan ______________ yang tinggi terhadap Lee Chong Wei agar muncul sebagai juara dalam Kejohanan Badminton All England.

a)

sasaran

b)

wawasan

c)

harapan

d)

impian

5.

Pada tahun ini durian, rambutan, dokong dan manggis di dusun Haji Abdul Aziz _____________ lebat buahnya.

a)

nian

b)

betul

c)

benar

d)

paling

6.

Kita perlu banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran untuk __________ pemikiran serta mengasah minda kita.

a)

memperkuat

b)

memperjelas

c)

memperlebar

d)

mempertajam

7.

Puan Naemah lebih suka menggunakan kad telefon _________ syarikat tersebut kerana liputan taliannya yang lebih meluas.

a)

prabawa

b)

pracukai

c)

prabayar

d)

prasyarat

8.

Kejayaan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia _____________ untuk Haifa melanjutkan pelajaran ke menara gading.

a)

membuka jalan

b)

membuka mata

c)

membuka langkah

d)

membuka ruang

9.

Buaya yang besar itu ___________ ekornya sebelum membaham mangsanya.

a)

melebarkan

b)

mengibaskan

c)

mengibarkan

d)

melibaskan

10.

"Hamba hanya ____________ titah perintah baginda tuanku," kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

menurut

b)

menjunjung

c)

mematuhi

d)

merafak

11.

Kami dapat melihat perahu-perahu nelayan yang ____________ dipukul ombak ketika mengambil angin di tepi pantai itu.

a)

terliang-liuk

b)

terolang-aling

c)

terkontang-kanting

d)

terpontang-panting

12.

Harapan pasukan hoki sekolah Farid untuk menjulang piala pada tahun ini agak ____________ kerana pasukan lawan mempunyai banyak pemain yang handal.

a)

tipis

b)

nipis

c)

kecil

d)

sedikit

13.

Kita hendaklah sentiasa bersenam ________ makan makanan yang menyihatkan __________ tidak mahu mendapat penyakit.

a)

dan ... jika

b)

serta ... ketika

c)

dengan ... jika

d)

lalu ... sekiranya

14.

Encik Sulaiman menghadiahkan ___________ cincin berlian kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

seutas

b)

sebutir

c)

sebilah

d)

sebentuk

15.

Kasihan Amri. Sudahlah bas sekolah meninggalkannya, tayar basikalnya pula pancit. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

sudah jatuh ditimpa tangga

b)

biar lambat asal selamat

c)

sudah terhantuk baru terngadah

d)

nasi sudah menjadi bubur

16.

Semua pihak memberikan sokongan yang __________ kepada Yang Dipertua PIBG yang baharu itu.

a)

padu

b)

teguh

c)

gagah

d)

kukuh

17.

________________ itu mengenakan pakaian tradisional Melayu daripada fabrik songket dalam suatu pertunjukan fesyen.

a)

Seniwati

b)

Peragawati

c)

Pramugari

d)

Biduanita

18.

Kemenangan Lee Seul dalam pertandingan Pidato Antarabangsa itu telah membuktikan bahawa dia ____________ dalam bidang tersebut.

a)

ada hati

b)

ada jalan

c)

ada bakat

d)

ada harapan

19.

Syarikat-syarikat swasta terkemuka dipelawa tampil untuk menaja beberapa program sukan yang _________ di negara kita.

a)

beretika

b)

berprestij

c)

berkualiti

d)

berhemah

20.

Beberapa kuntum bunga ros di halaman rumah Fatin telah ______________ serta mengeluarkan bau yang sungguh harum.

a)

mekar

b)

rimbun

c)

kuncup

d)

kembang