Font size
WorksheetsTATABAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Guru Besar telah diminta untuk menyampaikan hadiah ______ para pemenang pertandingan teka silang kata itu.
ke
pada
untuk
kepada
_________ zaman pendudukan Jepun, makanan dan barang-barang keperluan sangat sukar didapati serta mahal pula harganya.
Di
Dari
Pada
Untuk
Kami sekeluarga dijangka ___________ lewat sampai ________ Pulau Langkawi kerana kereta mengalami kerosakan.
dari . . . di
akan . . . di
pada . . . dari
dengan . . . ke
Sejak Puan Halimah menghantar anaknya belajar di Tadika Pintar, anaknya itu sudah membaca _________ lancar.
bagi
hingga
dengan
kepada
"Salakan anjing yang sayup-sayup itu datangnya __________ arah hutan bukit di kampung seberang", kata abang kepada adik.
di
dari
pada
daripada
Pelayan hotel itu menghidangkan juadah yang istimewa __________ pelanggan yang menginap di hotel tersebut.
serta
daripada
supaya
kepada
Mereka pergi ke Tanah Tinggi Cameron menaiki bas yang disewa khas _________ pihak sekolah.
oleh
untuk
dengan
daripada
Marina dan adiknya membersihkan longkang yang berlumut ___________ sekeliling kawasan rumah mereka.
ke
pada
di
untuk
Pilih dua ayat yang betul penggunaan kata sendi nama.
Rumah banglo itu tidah ubah seperti rumah Cikgu Abdul Rauf.
Adik dan kakak bermain congkak dalam serambi rumah mereka.
Ayah saya memandu kereta itu sejak tahun 1996 lagi.
Kerja itu dapat diselesaikan akan kerjasama daripada semua pihak.
Pilih dua ayat yang betul penggunaan kata sendi nama.
Kasih sayang Nurul dengan kedua-dua orang ibu bapanya tidak pernah berbelah bahagi.
Mak Munah terpaksa menggadaikan barang kemasnya untuk menyara persekolahan anak-anaknya.
Walaupun projek pertanian yang diusahakannya gagal, Naim akan terus meningkatkan usaha setelah berjaya.
Keropok Lekor Losong memang sudah terkenal keenakan rasanya kerana keropok itu diperbuat daripada ikan yang segar.
Betulkan kesalahan perkataan bergaris dalam ayat.
Budaya bertegur sapa perlu diamalkan di kalangan generasi muda pada masa kini.
pada
oleh
untuk
dalam
Betulkan perkataan bergaris dalam ayat.
Novel "Perahu Kertas" yang ditulis untuk penulis muda itu bermesejkan persahabatan sejati.
daripada
oleh
supaya
dari
Farhan ______ Najmi berjalan kaki ke sekolah pada setiap hari.
dan
maka
serta
kecuali
Faizal berdiri __________ memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan kepadanya.
dan
lalu
hingga
supaya
Aisy belajar dengan tekun _________ dia memperoleh keputusan yang cemerlang.
kepada
kerana
serta
agar
Fareez berlatih dengan bersungguh-sungguh _____________ menjuarai acara lari 100 meter itu.
tetapi
namun
supaya
kerana
Julia tidak lagi berhubung dengan Maria __________ dia berpindah ke Sabah.
ketika
sebelum
setelah
apabila
Pilih dua ayat yang betul penggunaan kata hubung.
Liza suka makan laksa tetapi adiknya suka makan mi goreng.
Zety berdoa selagi anaknya mendapat 6A dalam peperiksaan UPSR.
Nani mahupun Noni tidak mahu terlepas peluang menyertai kem itu.
Emak memasukkan rempah ratus ke dalam periuk lalu menumisnya.
Kemalangan itu berlaku ________ pemandunya tertidur ketika memandu.
tatkala
kerana
ketika
sambil
Ekspedisi Kembara Lasak itu tetap diteruskan oleh mereka __________ enam orang telah menarik diri daripada ekspedisi itu.
kerana
ketika
apabila
meskipun
