NEW
Font size
WorksheetsKUIZ 1 EKONOMI SPM
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Ilmu ekonomi mengkaji tentang bagaimana manusia
A. menggunakan wang bagi meningkatkan tabungan masa depan
B. menyeimbangkan pelbagai kehendak dengan sumber ekonomi yang ada
C. mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin
D. menghasilkan keluaran dengan menggunakan faktor pengeluaran secara maksimum
Pernyataan manakah yang menggambarkan faktor pengeluaran tersebut?
A. Input produktif yang dicipta oleh manusia yang membantu dalam proses pengeluaran
B. Berperanan menyelaras dan menggabungkan faktor pengeluaran
C. Sumber semulajadi yang mempunyai penawaran terhad
D. Membenarkan orang lain menguruskan untungnya
Pernyataan yang manakah benar?
A. Kos untuk mengeluarkan satu unit barang pengguna adalah malar
B. Kos untuk mengeluarkan satu unit barang pengguna adalah semakin berkurang
C. Kos lepas untuk menambahkan pengeluaran barang perkilangan daripada 12 unit kepada 17 unit adalah 4 unit barang pertanian
D. Kos lepas untuk menambahkan pengeluaran barang perkilangan daripada sifar unit kepada 12 unit adalah 12 unit barang pertanian
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi sebuah negara.
● Persaingan bebas antara firma
● Kawalan oleh kerajaan melalui sistem cukai dan subsidi
Negara tersebut mengamalkan sistem ekonomi
A. perancangan pusat
B. campuran
C. kapitalis
D. Islam
Jadual berikut menunjukkan permintaan Ali dan Abu terhadap suatu barang.
Berapakah permintaan pasaran pada tingkat harga RM10?
A. 9
B. 20
C. 25
D. 30
Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang.
Mengapakah berlaku perubahan keluk D0D0 ke D1D1?
A. Harga barang itu meningkat
B. Pendapatan pengguna menurun
C. Harga barang pengganti menurun
D. Jangkaan harga akan meningkat pada masa depan
Andaikan bahawa pasaran bagi barang Z berada di tahap keseimbangan. Jika citarasa barang Z menurun, apakah yang akan berlaku pada titik keseimbangan yang baharu?
Penurunan harga dan kuantiti
Peningkatan harga dan kuantiti
Peningkatan harga dan penurunan kuantiti
Penurunan harga dan peningkatan kuantiti
Antara berikut yang manakah kemudahan pinjaman yang disediakan oleh bank perdagangan kepada pelanggan-pelanggan?
A. Draf bank
B.Kad kredit
C. Pindahan kredit
D. Perintah sedia ada
Kenaikan harga purata barang akan menyebabkan
kuasa beli meningkat
upah benar menurun
tabungan meningkat
perbelanjaan penggunaan menurun
Pernyataan yang betul tentang input tetap
Contohnya ialah bahan mentah
Tetap wujud walaupun output sifar
Wujud dalam jangka masa panjang dan pendek
Berubah secara langsung dengan tingkat output
Pernyataan manakah yang merupakan kesan peningkatan produktiviti?
A. Menurunkan upah pekerja
B. Menurunkan kos pengeluaran
C. Penggunaan input kurang cekap
D. Meningkatkan kadar pengangguran
Mengapakah kerajaan ingin mencapai objektif tingkat guna tenaga penuh?
I - Mencapai kecekapan peruntukan sumber ekonomi
II - Memaksimumkan jumlah kapasiti pen;geluaran
III - Menurunkan kuasa beli masyarakat
IV - Mengurangkan daya saing negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Manakah yang menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos?
A. Pertambahan kos bahan api
B. Pengembangan kredit bank perdagangan
C. Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan
D. Peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai langsung?
A. Koperasi Joe Berhad membayar cukai atas keuntungannya
B. Puan Aina membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
C. Syarikat Maju Jaya Berhad dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan
D. Syarikat Suria Berhad dikenakan denda kerana melanggar undang-undang
Bagaimanakah dasar kewangan mengatasi masalah “terlalu banyak wang mengejar sedikit barang” dalam ekonomi?
I Menaikkan kadar cukai
II Menaikkan kadar faedah
III Menjual surat jaminan kerajaan
IV Menaikkan perbelanjaan kerajaan
A - I dan II
B - I dan IV
C - II dan III
D - III dan IV
