wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TOKOH DAN SIRAH TINGKATAN 4

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Antara sumbangan khalifah Umar bin al-Khattab r.a. semasa menjadi khalifah ialah

a)

Membiayai aktiviti pengumpulan tulisan al-Quran

b)

Memerangi golongan yang enggan membayar zakat

c)

Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara

d)

Menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran

2.

kekuatan ekonomi pada zaman kerajaan Umaiyah


a)pertanian

b ) X


Tanda X merujuk kepada

a)

perikanan

b)

penternakan

c)

perdagangan

d)

perkapalan

3.

Imam Ahmad bin Hanbal r.a.seorang yang miskin. Bapanya hanya meninggalkan sebuah rumah dan tanah yang kecil.


Beliau menyara hidupnya dengan bekerja mengambil upah.........

a)

Menjual kain dan membawa barang-barang di jalanan

b)

Menjahit pakaian dan menjual barang antik

c)

Mengembala kambing dan memerah susu

d)

Menjual barang-barang dagangan

4.

· Dilahirkan di Kufah pada tahun 80 Hijrah

· Berketurunan Parsi

· Dibesarkan dengan kehidupan yang senang dan

mewah

. Meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah


Siapakah tokoh di atas?

a)

Imam Malik

b)

Imam Syafie

c)

Imam Ahmad

d)

Imam Abu Hanifah

5.

Antara yang berikut yang manakah paling tepat tentang usaha Khalifah Umar al-Khattab r.a. untuk membangunkan tanah?

a)

Mengenakan cukai tanah yang tinggi

b)

Membeli tanah daripada pemilik bukan Islam

c)

Memperkenalkan undang-undang Tanah Negara

d)

Menghadiahkan tanah kepada penduduk yang baru memeluk Islam

6.

Apakah cara penyebaran Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a.?

a)

Membukukan al-Quran dalam satu naskhah

b)

Mendaulatkan kerajaan Islam daripada golongan riddah

c)

Memberi hadiah kepada penduduk tempatan yang memeluk Islam

d)

Membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Turki dan perancis

7.

Antara yang berikut yang manakah bukti yang menunjukkan Imam Malik rahimullah sangat menghormati hadis Rasulullah SAW?

a)

Memberi fatwa berdasarkan hadis

b)

Mengajar hadis di masjid Nabawi sahaja

c)

Menghadiahkan al-Fatihah kepada perawi hadis

d)

Mandi dan memakai bau-bauan sebelum mengajar hadis

8.

.Berguru dengan Imam Malik bin Anas

.Menghafaz keseluruhan al-Quran ketika berusia 9 tahun


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Imam Syafie rahimullah

b)

Imam Ahmad rahimullah

c)

Imam Bukhari rahimullah

d)

Imam Abu Hanifah rahimullah

9.

Berikut ialah faktor-faktor yang mendorong kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah kecuali

a)

Sikap pemerintah yang lalai menjalankan tugas dan tanggungjawab

b)

Segelintir pemerintah cuai melaksanakan sebahagian tuntutan Islam

c)

Penentangan rakyat terhadap pemerintah

d)

Serangan tentera Monggol

10.

Cukai ini dikenakan sebanyak 10% daripada hasil pertanian yang diperoleh daripada tuan-tuan tanah.


Pernyataan di atas merujuk kepada ……….

a)

Fai

b)

Usyur

c)

Jizyah

d)

Kharaj

11.

· Dilantik menjadi khalifah melalui wasiat khalifah

sebelumnya

· Wasiat diumumkan kepada orang ramai

· Orang ramai menyatakan persetujuan mereka


Pernyataan di atas merujuk kepada perlantikan

a)

Khalifah Umar al-Khattab r.a

b)

Khalifah Uthman bin Affan r.a

c)

Khalifah Ali bin Abi Talib r.a

d)

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a

12.

Pilih pernyataan yang benar tentang sumbangan Khulafa ar-Rasyidin

a)

Saidina Ali – menyusun pentadbiran Syura

b)

Saidina Umar – memerangi golongan murtad

c)

Saidina Abu Bakar – mengisytiharkan calendar mengikut hijrah

d)

Saidina Uthman bin Affan – mengumpul dan membukukan al-Qur’an dalam satu naskhah

13.

Antara faktor yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah ialah


I Penentangan rakyat kepada pemerintah

II Segelintir pemerintah cuai melaksanakan tuntutan Islam

III Sikap pemerintah yang lalai menjalankan tugas dan

tanggungjawab

IV Campur tangan Negara luar dalam pemerintahan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

14.

· Sahabat tidak lagi dilarang meninggalkan Madinah

· Melonggarkan syarat penggunaan harta Baitul Mal

· Menetapkan al-Qur’an dibaca menggunakan lahjah

Qurraisy


Pernyataan di atas merujuk kepada polisi..

a)

Khalifah Umar al-Khattab r.a

b)

Khalifah Uthman bin Affan r.a

c)

Khalifah Ali bin Abi Talib r.a

d)

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a

15.

Faktor kemerosotan kerajaan Bani Umaiyah adalah seperti berikut kecuali

a)

Khalifah mengabaikan ajaran Islam

b)

Tentangan dari golongan Abbasiyah

c)

Khalifah menentang golongan ulama

d)

Pemilihan khalifah melalui Majlis Syura

16.

· Memerangi orang-orang murtad

· Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid ke

Ghassan


Pernyataan di atas ialah polisi pentadbiran

a)

Saidina Umar al-Khattab r.a

b)

Saidina Usman bin Affan r.a

c)

Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a

d)

Saidina Ali bin Abi Talib r.a

17.

Apakah tujuan utama undang-undang tanah negara diperkenalkan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab?

a)

Memastikan tiada tanah individu yang terbiar

b)

Memastikan tanah tidak dirampas oleh kerajaan

c)

Memastikan setiap individu membayar cukai

d)

Memastikan setiap individu memiliki tanah

18.

Manakah antara berikut bukan sifat peribadi Imam al-Ghazali r.a.?

a)

Kuat ingatan

b)

Bijak berhujah

c)

Memiliki sifat mazmumah

d)

Berpegang teguh kepada syariat

19.

Imam al-Ghazali r.a. mendalami dan menguasai ilmu usul mengikut aliran

a)

Qadyani

b)

Khawarij

c)

Al-Asya`irah

d)

Al-Maturidiyah

20.

Antara berikut manakah yang tidak benar mengenai Imam al-Bukhari r.a. ?

a)

Menulis kitab pada waktu malam

b)

Tidak mahu makan makanan yang lazat

c)

Tidak menerima pandangan orang lain

d)

Sentiasa menutup aib orang lain

21.

Apakah gelaran yang telah diberikan kepada Imam Bukhari r.a. di kalangan ahli hadis?

a)

Amirul Mujtahidin

b)

Amirul Mukminin

c)

Amirul Faqihin

d)

Amirul Solihin

22.

· Pentadbiran yang cekap

· Mempunyai wawasan yang tinggi

· Menghindari daripada unsur-unsur khurafat


Pernyataan di atas merujuk kepada faktor kecemerlangan kerajaan Bani Umaiyyah

dari aspek

a)

Kestabilan politik

b)

Kekuatan ketenteraan

c)

Kebijaksanaan khalifah

d)

Hubungan baik kerajaan dengan rakyat

23.

Pilih susunan yang betul tentang kaedah yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah rahimahullah dalam menentukan hukum.

a)

Al-Sunnah, al-Ijmak, al-Quran dan al-Qias

b)

Al-Sunnah, al-Quran, al-Qiasdan al-Ijmak

c)

Al-Quran,al-Qias, al-Sunnah dan al-Ijmak

d)

Al-Quran,al-Sunnah,al-Ijmak dan al-Qias

24.

Pilih padanan yang betul tentang sumber kewangan pada zaman kerajaan Umaiyyah

a)

Jizyah – Harta rampasan perang

b)

Kharaj – Cukai tanah yang dikenakan kepada orang bukan Islam

c)

Usyur – Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam

d)

Ghanimah – Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah pihak

Musuh menyerah kalah

25.

· Memecat pegawai yang kurang cekap

· Beliau dianggap khalifahAr-Rasyidin yang kelima


Pernyataan di atas merujuk kepada kegemilangan pemerintahan

a)

Khalifah Muawiyyah bin AbiSufian

b)

Khalifah Yazid bin Muawiyyah

c)

Khalifah Marwan bin Al-Hakam

d)

Khalifah Umar bin Abd. Aziz

26.

Antara yang berikut, manakah tokoh hadis dan perundangan pada zaman Umaiyyah?

a)

Abu Aswad ad- Duwali

b)

Imam Abu Hanifah

c)

Al- Farazdaq

d)

Sibawaih

27.

Apakah cara penyebaran Islam pada zaman khalifah Umar b. Abd. Aziz?

a)

Menghapuskan golongan murtad

b)

Membukukan Al- Quran dalam satu naskhah

c)

Membukukan hadis-hadis Rasulullah SAW

d)

Memberi hadiah kepada penduduk tempatan yang memeluk Islam

28.

Antara yang berikut,manakah bukan pernyataan mengenai kitab al- Muwattak karya Imam Malik Rahimullah?

a)

Mengandungi pelbagai permasalahan agama yang lengkap

b)

Mengandungi hadis hukum dan pendapat ulamak

c)

Menjadi sumber rasmi perundangan Negara

d)

Mengandungi semua hadis sahih

29.

· Memakai bauan

· Mandi dan memakai pakaian bersih


Pernyataan di atas adalah sikap menghormati dan membesarkan hadis Rasulullah oleh

a)

Imam Syafii Rahimahullah

b)

Imam Malik Rahimahullah

c)

Imam Hanafi Rahimahullah

d)

Imam Ghazali Rahimahullah

30.

Semasa pemerintahan KhulafaAr-Rasyidin, beberapa Jabatan telah ditubuhkan iaitu


I Diwan al- Ardh

II Diwan at-Tasnif

III Diwan al-Jund

IV Diwan al-Kharaj

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

31.

Imam Syafie Rahimullah digelar Bapa Usul Fiqh kerana beliau orang yang pertama

a)

Memperkenalkan ilmu usul fiqh

b)

Menulis buku dalam bidang usul fiqh

c)

Mengasaskan kaedah dalam usul fiqh

d)

Memperjuangkan ilmu usul fiqh

32.

Kitab terkenal yang dihasilkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal rahimullah ialah

a)

Al- Fiqh al-Akbar

b)

Al-Musnad

c)

Al-Risalah

d)

Al-Umm

33.

Kaedah menentukan hukum mengikut Imam Abu Hanifah


1) Al-Quran

2) Sunnah

3) Ijmak

4) x

5 ) Uruf


X dalam rajah di atas ialah

a)

Qias

b)

Usul fiqh

c)

Kaedah Feqah

d)

Masalih Mursalah

34.

Beliau telah dapat menghapuskan golongan murtad dan enggan mengeluarkan zakat.


Siapakah khalifah yang dimaksudkan oleh kenyataan di atas?

a)

Abu Bakar al-Siddiq

b)

Umar bin al-Khattab

c)

Uthman bin Affan

d)

Ali bin Abi Talib

35.

Di antara jasa dan sumbangan Umar bin al-Khattab r.a semasa menjadi khalifah ialah

a)

mengarahkan mengumpul tulisan al-Quran

b)

menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan Negara

c)

membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi

d)

menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran Negara

36.

Sumber ekonomi kerajaan Bani Umayyah


1) Kharaj

2) X

3) Zakat


Tanda X di atas merujuk kepada

a)

Ijarah

b)

Takaful

c)

Syarikah

d)

Ghanimah

37.

Al-Imam al-Bukhari terkenal dalam kalangan ulama sebagai

a)

Ahli perundangan islam

b)

Pengarang kitab-kitab agama

c)

Mujtahid islam yang terkemuka

d)

Periwayat hadis yang termashyur

38.

Apakah jawatan yabg pernah disandang oleh al-Imam al-Ghazali semasa berkhidmat di Universti Nizamiah

a)

Dekan

b)

Kaunselor kanan

c)

Tenaga Pengajar kanan

d)

Penasihat undang-undang

39.

Pembebasan Baitul Maqdis, Palestin dan Mesir pada zaman Khulafa al-Rasyidin semasa pemerintahan khalifah

a)

Abu Bakar al-Siddiq Radiallahuanhu

b)

Umar Bin al-Khattab Radiallahuanhu

c)

Uthman Bin Affan Radiallahuanhu

d)

Ali Bin Abi Talib Radiallahuanhu

40.

Antara yang berikut yang manakah jasa Saiyidina Ali Bin Abi Talib Radiallahuanhu ?

a)

Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan Negara

b)

Membebaskan negeri-negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi

c)

Menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran negara

d)

Menerima jawatan khalifah ketika Negara berada dalam keadaan tidak tenteram

41.

“Orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya”


Ungkapan di atas merupakan prinsip yang dipegang oleh

a)

Imam Hanbali Rahimahullah

b)

Imam al-Syafie Rahimahullah

c)

Imam Hanafi Rahimahullah

d)

Imam Malik Rahimahullah

42.

Ciri-ciri kepimpinan Khulafa al-Rasyidin ialah


i Golongan yang bijaksana

ii Pemerintah bercorak warisan

iii Bersedia menerima pandangan rakyat

iv Menggunakan harta Negara untuk kepentingan sendiri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

43.

Antara berikut yang manakan usaha kerajaan Bani Umaiyah untuk mengukuhkan ekonomi negara?

a)

Menubuhkan perpustakaan

b)

Mengemaskini angkatan tentera

c)

Melaksanakan penyelidikan pertanian

d)

Membina tempat beribadat seperti masjid

44.

Kekuatan ekonomi kerajaan Bani Umaiyyah ialah

a)

Pertanian dan perdagangan

b)

Perlombongan dan pertanian

c)

Perlombongan dan perindustrian

d)

Perindustrian dan perdagangan

45.

Faktor yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyyah ialah


i Penentangan rakyat kepada pemerintahan

ii Campur tangan negara luar dalam pemerintahan

iii Sikap pemerintah yang lalai menjalankan tugas dan

tanggungjawab

iv Segelintir pemerintah cuai melaksanakan sebahagian

tuntutan Islam

a)

I,II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I,III dan IV

d)

II,III dan IV

46.

Diwan al-Jund pada zaman kerajaan Bani Abbasiah dikaitkan dengan

a)

Pentadbiran

b)

ketenteraan

c)

Pentadbiran

d)

Kewangan

47.

Pilih pernyataan yang benar mengenai gelaran tokoh berikut

a)

Imam as-Syafie sebagai al-Hakam

b)

Imam al-Ghazali sebagai al-Umm

c)

Imam Malik sebagai al-Hujjatul

d)

Imam al-Bukhairi sebagai Amirul Mukminin

48.

Gelaran al-Syafii kepada Imam Muhammad bin Idris rahimahullah adalah sempena nama

a)

Anaknya

b)

Datuknya

c)

Tempat kelahirannya

d)

Guru yang masyhur

49.

Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan bani Umaiyyah untuk memperkuatkan ketenteraan ialah

a)

Melantik panglima tentera dari kalangan bukan Arab

b)

Mengadakan latihan ketenteraan secara Umum

c)

Membuka penyertaan secara sukarela

d)

Mengemaskini angkatan tentera

50.

Gelaran kepada empat sahabat yang memegang jawatan dalam Negara Islam dikenali sebagai

a)

Khulafa’ ar-Rasyidin

b)

Wilayatul ahdi

c)

Khalifah

d)

Wazir