wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM TATABAHASA - KATA SENDI (6/6)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Dua orang pelajar sekolah itu menerima sijil penghargaan __________ pihak polis kerana memberikan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang paling dikehendaki itu.

a)

dengan

b)

dari

c)

bagi

d)

daripada

2.

Cikgu Marzuki menyampaikan ceramah ___________ pentingnya ilmu pengetahuan.

a)

dari

b)

kepada

c)

tentang

d)

daripada

3.

Segala persediaan __________ menghadapi peperiksaan pertengahan tahun telah saya lakukan sejak awal tahun lagi.

a)

bagi

b)

sejak

c)

kepada

d)

dengan

4.

Kereta mainan itu dibeli __________ anak saudara kesayangannya.

a)

bagi

b)

untuk

c)

kepada

d)

dengan

5.

"__________ bila kamu pandai berbohong?" herdik Cikgu Lokman kepada Jamil.

a)

Dari

b)

Pada

c)

Sejak

d)

Daripada

6.

Lagu "Cahaya Cinta" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza itu ditujukan __________ tunangnya yang jauh di perantauan.

a)

pada

b)

dengan

c)

kepada

7.

Perkara itu telah diadukan _________ ketua kampung.

a)

ke

b)

pada

c)

dengan

d)

kepada

8.

Datuk sedang bercerita __________ pengalaman hidupnya semasa berada diperantauan.

a)

bagi

b)

untuk

c)

tentang

d)

daripada

9.

Buah mangga itu dikupas oleh ibu __________ sebilah pisau yang tajam.

a)

dengan

b)

hingga

c)

tentang

d)

daripada

10.

Patung wayang kulit diperbuat __________ kulit kambing yang telah dikeringkan.

a)

oleh

b)

dari

c)

dengan

d)

daripada

11.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah patuh __________ undang- undang negara.

a)

bagi

b)

pada

c)

kepada

d)

dengan

12.

Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna __________ lawatan sambil belajar ke Melaka tempoh hari.

a)

dari

b)

untuk

c)

dengan

d)

daripada

13.

Pak Cik Zainal tidak bersetuju __________ cadangan anaknya untuk menjual tanah bendang di hujung kampung mereka.

a)

akan

b)

untuk

c)

dengan

d)

tentang

14.

Galah yang panjang itu digunakan __________ mengait buah rambutan yang sedang masak.

a)

untuk

b)

kepada

c)

dengan

15.

Rekod kedatangan itu hendaklah diserahkan __________ pejabat sebelum pukul sembilan pagi pada setiap hari.

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

kepada