WorksheetsQuiz Israk Mikraj (BADAR SMA MAIWP)
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Siapakah yang Nabi Muhammad ﷺ temui di langit yang pertama?
Nabi Adam A.S.
Nabi Yusuf A.S.
Nabi Harun A.S.
Nabi Isa A.S.
Bilakah berlakunya Israk Mikraj?
12 Rabiulawal
10 Zulhijjah
27 Rejab
27 Syaaban
Sepanjang perjalanan (Israk), Nabi Muhammad ﷺ ditemani oleh...
Malaikat Mikail
Malaikat Jibril
Malaikat Izrail
Malaikat Ridwan
Surah manakah yang menceritakan peristiwa Israk?
سورة الشعراء
سورة الرحمن
سورة الكهف
سورة الإسراء
Apakah kenderaan yang ditunggangi oleh Rasulullah ﷺ semasa Israk dan Mikraj?
Buraq
Unta
Kuda
Himar
Apakah perintah yang difardhukan oleh Allah S.W.T. kepada umat Nabi Muhammad ﷺ semasa Israk Mikraj?
Berpuasa di bulan Ramadhan
Menunaikan Haji
Solat 5 waktu sehari semalam
Mengeluarkan zakat
Berapa kalikah Rasulullah ﷺ berulang alik untuk meminta kurang bilangan waktu solat kepada Allah S.W.T.?
5
9
10
7
Siapakah yang menasihati Rasulullah ﷺ agar meminta kurang bilangan waktu solat?
Nabi Ishak A.S.
Nabi Ibrahim A.S.
Nabi Isa A.S.
Nabi Musa A.S.
Golongan apakah yang paling ramai dilihat oleh Rasulullah ﷺ di dalam neraka?
Golongan lelaki
Golongan yang makan riba'
Golongan wanita
Golongan yang enggan mengeluarkan zakat
Nabi Muhammad ﷺ telah dibelah dadanya sebanyak … kali sepanjang kehidupan baginda dan kali pertama ialah ketika baginda berumur … tahun.
5,4
2,5
5,6
2,4
Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhammad ﷺ diperlihatkan sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan dan mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Maksud bagi gambaran tersebut ialah...
Orang yang suka makan riba
Orang yang suka mengumpat
Orang yang malas solat
Orang yang enggan mengeluarkan zakat
Pilih padanan yang betul bagi pernyataan berikut:
i. Langit pertama - Nabi Adam A.S.
ii. Langit keempat - Nabi Yusuf A.S.
iii. Langit keenam - Nabi Musa A.S.
iv. Langit ketujuh - Nabi Ibrahim A.S.
i, iii dan iv
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
i, ii dan iv
Di manakah tempat Rasulullah ﷺ bertemu dengan Allah dan menerima perintah solat?
Baitul Izzah
Sidratul Muntaha
Baitul Makmur
Apakah yang dimaksudkan dengan Israk?
Perjalanan Nabi Muhammad ﷺ dari Mekah ke Madinah
Perjalanan Nabi Muhammad ﷺ dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha
Perjalanan Nabi Muhammad ﷺ dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Perjalanan Nabi Muhammad ﷺ dari Masjidil Haram ke Sidratul Muntaha
Israk dan Mikraj berlaku dalam masa...
1 malam
2 malam
3 malam
4 malam
Berapakah bilangan waktu solat yang diperintahkan pada awalnya?
5 waktu
50 waktu
30 waktu
15 waktu
Apakah yang dimaksudkan dengan Mikraj?
Perjalanan Nabi Muhammad ﷺ dari Mekah ke Madinah
Perjalanan Nabi Muhammad ﷺ dari Masjidil Aqsa ke Langit ketujuh dan Sidratul Muntaha
Perjalanan Nabi Muhammad ﷺ dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Perjalanan Nabi Muhammad ﷺ dari Masjidil Haram ke Sidratul Muntaha
Hati Rasulullah dicuci dengan_________serta dibuang ketulan hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya.
Air telaga Al-Kauthar
Air akar kayu
Air Zam-zam
Air tanah
Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhammad ﷺ diperlihatkan lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Maksud bagi gambaran tersebut ialah...
Orang yang suka makan riba
Orang yang suka mengumpat
Orang yang malas solat
Orang yang enggan mengeluarkan zakat
Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhammad ﷺ diperlihatkan satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Maksud bagi gambaran tersebut ialah...
Orang yang mensiakan umurnya
Orang yang malas solat
Orang yang suka mengumpat
Orang yang suka membuat fitnah
Sebelum berlakunya peristiwa Israk Mikraj, apakahnya peristiwa berlaku yang mendukacitakan Rasulullah ﷺ?
Dakwah Rasulullah tidak diterima oleh kaum Musyrikin di Mekah
Penyiksaan ke atas Bilal bin Rabah
Kehilangan bapa saudara baginda, Abu Talib dan isteri baginda, Saidatina Khadijah bin Khuwailid
Abdullah Bin Mas'ud dipukul oleh orang Quraisy selepas membacakan ayat Al-Quran dengan kuat di Masjidil Haram
Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhammad ﷺ diperlihatkan sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan semula. Maksud bagi gambaran tersebut ialah...
Orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat)
Orang yang suka makan riba
Orang yang memakan harta anak yatim
Orang yang mengutamakan dunia daripada akhirat
Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhammad ﷺ diperlihatkan satu kaum, lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Maksud bagi gambaran tersebut ialah...
Orang yang melakukan zina sedangkan sudah mempunyai isteri/ suami
Orang yang tidak menunaikan amanahnya
Orang yang tidak mengeluarkan zakat
Di manakah terletaknya Masjid al-Aqsa?
Palestin
Mekah
Madinah
Di manakah Rasulullah ﷺ mengimamkan solat bersama para Rasul dan Nabi?
Masjidil Haram
Masjidil Aqsa
Masjid Nabawi
Masjid Quba
