WorksheetsSAINS Penilaian AKhir TAhun Ting1
Total questions: 40
Worksheet time: 3hrs 20mins
Antara berikut, yang manakah mewakili nilai imbuhan bagi KILO?
10
100
1000
10 000
Rajah menunjukkan ukuran suatu objek menggunakan angkup vernier. Berapakah bacaan angkup vernier tersebut?
10.02 cm
10.12 cm
10.22 cm
10.23 cm
Antara bahagian organisasi sel berikut, yang manakah terlibat dalam sistem pencernaan?
Sel epitelium, tisu epitelium dan ginjal
Sel epitelium, tisu epitelium dan perut
Sel darah putih, kapilari darah dan perut
Sel darah merah, kapilari darah dan jantung
Rajah menunjukkan sejenis sel dalam tumbuhan. Apakah fungsi sel tersebut?
Menyerap air dari tanah
Melindungi permukaan atas daun
Mengawal pembukaan dan penutupan stoma
Mengandungi klorofil untuk menyerap cahaya Matahari
Maklumat menunjukkan masalah sepasang suami isteri. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas?
Penempelan
Pengovulan
Kemandulan
Persenyawaan
Rajah menunjukkan perkembangan fetus di dalam uterus. Tabiat ibu manakah yang membahayakan fetus?
Kerap bersenam
Mengambil vitamin C
Mengambil pil zat besi
Mengambil makanan segera
Rajah menunjukkan tumbuhan hijau layu dan mati selepas tiga minggu. Yang manakah menerangkan situasi berikut?
Proses transpirasi berlaku
Fotosintesis tidak berlaku
Makanan tidak sampai ke akar
Air tidak dapat diangkut ke daun
Rajah menunjukkan Arif Bahran yang sedang menggigil kesejukan. Yang manakah BUKAN gerak balas biologi yang betul?
Berpeluh
Suhu badan menurun
Bulu roma di kulit menegak
Salur darah mengecut untuk mengurangkan aliran darah ke kulit
Rajah menunjukkan satu aktiviti. Apakah pemerhatian bagi aktiviti di atas?
Air memenuhi ruang
Air mempunyai jisim
Kertas di dalam gelas menjadi basah apabila gelas ditekan ke dalam bekas berisi air
Kertas di dalam gelas kekal kering apabila gelas ditekan ke dalam bekas berisi air
Pernyataan manakah menunjukkan perubahan yang berlaku semasa fasa ke3 kitar haid?
Lapisan dinding uterus terurai
Pengovulan berlaku semasa fasa ini
Lapisan dinding uterus mula menebal
Lapisan dinding uterus terus menebal
Yang manakah contoh sifat kimia jirim?
Rantai besi mudah berkarat jika terdedah kepada udara
Buah oren berasa masam kerana sifat asidnya
Bunga tapak kasut menambahkan geseran di atas permukaan jalan.
Aiskrim melebur apabila terdedah kepada haba
Antara berikut, yang manakah contoh perubahan fizik?
peleburan ais
pengaratan paku
menggoreng telur
pembakaran kertas
Maklumat menerangkan tentang suhu air. Apakah yang menyebabkan keadaan di atas?
Tiada haba diserap
Tiada haba dibebaskan
Tenaga kinetik zarah-zarah bertambah
Tenaga kinetik zarah-zarah tidak bertambah
Apakah cara untuk meningkatkan takat didih air?
Meningkatkan suhu air
Mengurangkan saiz bekas
Mengurangkan isipadu air
Menambah garam ke dalam air
Rajah menunjukkan satu unsur dalam Jadual Berkala. Berapakah bilangan elektron dalam atom unsur tersebut?
10
11
12
23
Yang manakah langkah-langkah untuk mengelakkan kebakaran?
Pasang alat pengesan asap dan penggera kebakaran di rumah
Matikan suis elektrik dengan tangan yang basah
Tutup pili gas selepas memasak
Letakkan mancis berdekatan dengan dapur gas
Apakah kaedah yang digunakan untuk melupuskan sulfur dioksida yang dibebaskan oleh kilang?
Kolam pengoksidaan
Sistem pendingin hawa
Sistem pembersih udara
Diproses menjadi bahan api
Antara lapisan atmosfera berikut, yang manakah mengandungi lapisan OZON?
Mesosfera
Termosfera
Troposfera
Stratosfera
Maklumat menerangkan tentang Bulan dan bintang.
Yang manakah faktor bagi kejadian fenomena ini?
Atmosfera Bumi mempunyai beberapa lapisan udara yang berlainan ketumpatan.
Cahaya Bulan dan bintang mengalami pembiasan
Cahaya Bulan dan bintang mengalami pantulan
Cahaya Bulan dan bintang menembusi cahaya legap
Antara alat optik berikut, yang manakah menggunakan cermin satah?
Rajah menunjukkan bahan kimia yang berlabel simbol amaran. Apakah langkah keselamatan untuk menggunakan bahan kimia ini?
Jauhkan daripada sumber api
Guna di kawasan terbuka
Guna di dalam kebuk wasap
Pakai lencana filem dosimeter
Rajah menunjukkan bacaan pada tolok skru mikrometer. Berapakah bacaannya?
22.33 mm
21.33 mm
22.35 mm
20.33 mm
Rajah menunjukkan struktur sel tumbuhan. Apakah yang akan berlaku jika struktur Q tidak berfungsi?
Bentuk menjadi tidak tetap
Tidak dapat menghasilkan tenaga
Tidak dapat menjalankan fotosintesis
Pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel terganggu
Antara berikut, padanan sel manakah yang betul dengan fungsinya dalam badan manusia?
Sel Epitelium
Membolehkan pergerakan
Sel Otot
Merembeskan mukus
Sel saraf
Melindungi organ dalaman
Sel darah merah
Membolehkan pertukaran gas
Foto menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh Khai Bahar pada waktu petang. Antara berikut, manakah mekanisme pembetulan yang berlaku?
Aktiviti otot rangka meningkat
Salur darah mengecut
Air kencing sedikit
Bulu roma condong
Rajah menunjukkan keadaan pokok. Mengapakah perubahan berlaku pada pokok tersebut?
Mengurangkan penyejatan air
Membolehkan pertukaran gas
Tumbuhan menjalankan fotosintesis
Tumbuhan kekurangan mineral
Maklumat berkaitan ciri-ciri sejenis pembiakan aseks. Organisma manakah membiak seperti di atas.
Foto menunjukkan makanan yang di ambil oleh Fazura sepanjang kehamilannya. Apakah kepentingan makanan tersebut?
Membekalkan tenaga untuk aktiviti harian
Menggalakkan pembentukan hemoglobin
Mengelakkan gusi berdarah
Meningkatkan sistem keimunan badan
Rajah menunjukkan struktur bunga. Antara A, B , C dan D yang manakah terlibat dalam proses PERSENYAWAAN?
A
B
C
D
Yang manakah menunjukkan sifat FIZIK jirim?
Bau harum dari wangian
Pembakaran lilin
Pengaratan paku besi
Peneutralan lilin
Rajah menunjukkan perubahan keadaan jirim pada secawan air kopi. Pernyataan manakah menerangkan keadaan zarah yang BETUL?
Zarah kehilangan tenaga
jarak antara zarah berkurangan
Tenaga kinetik zarah meningkat
Daya tarikan antara zarah meningkat
Jadual menunjukkan ciri-ciri bagi empat unsur. Yang manakah adalah LOGAM?
P
Q
R
S
Seorang lelaki tinggal di kawasan berpaya. Apakah proses untuk mendapatkan air tulen daripada kawasan tersebut?
Penurasan
Penyulingan
Pengapungan
Pengenapan
Antara berikut, manakah langkah keselamatan yang perlu dipraktikkan bagi mencegah daripada kebakaran?
pasang alat penggera kebakaran
buang puntung rokok panas dalam tong sampah
pasang banyak plug pada satu sumber elektrik
`gunakan lampu suluh semasa bekalan elektrik terputus
Rajah menunjukkan sumber bahan kimia yang menyebabkan pencemaran alam sekitar, Apakah kesan pencemaran itu terhadap alam sekitar?
Jerebu
Pemanasan global
Penipisan lapisan ozon
Kesan rumah hijau
Rajah menunjukkan alat optik yang menggunakan cermin X. Apakah ciri-ciri imej yang dapat dilihat pemerhati?
songsang sisi
maya
nyata
lebih besar
Rajah menunjukkan keadaan straw apabila dimasukkan di dalam air. Pernyataan manakah menerangkan tentang sinar cahaya di dalam air?
dibiaskan mendekati normal
dipantul ke semua arah
dibias menjauhi normal
selari dengan normal
Foto menunjukkan kejadian geobencana. Apakah proses Bumi yang terlibat?
Susutan jisim
Letusan magma panas
Pencapahan kerak Bumi
Pemendapan bahan hakisan
Foto menunjukkan fenomena semula jadi. Lapisan atmosfera manakah berlakunya fenomena ini?
Eksosfera
Stratosfera
Mesosfera
Termosfera
Rajah menunjukkan penolakan cahaya. Apakah warna pada penapis X jika tiada cahaya berwarna terhasil pada skrin?
merah
kuning
hijau
biru
