Worksheetssains kejuruteraan 2
Total questions: 30
Worksheet time: 43mins
Nyatakan unit SI bagi tenaga.
Newton
Joule
Fahrenheit
Meter padu
Nyatakan rumus bagi Kerja (W).
W = F x s
W = F / s
W = F x s2
W = F2 x s
Sebuah traktor menarik suatu beban secara mengufuk dengan daya 180N sejauh 50m sepanjang suatu permukaan datar. Berapakah kerja yang dilakukan keatas beban tersebut?
9 Joule
90 Joule
900 Joule
9000 Joule
Manakah antara berikut bukan merupakan takrifan tenaga?
Tenaga boleh dicipta atau dimusnahkan
Tenaga boleh wujud dalam pelbagai bentuk
Tenaga boleh diubah dari suatu bentuk ke bentuk yang lain.
Tenaga ialah keupayaan suatu sistem untuk melakukan kerja
Sebuah trak menarik sebuah kereta yang rosak dengan seutas tali tak kenyal yang membuat sudut 30° dengan garis ufukan. Jika tegangan tali ialah 1.3 kN, berapakah kerja telah dilakukan oleh trak itu jika trak menarik kereta itu sejauh 40 m?
0 kJ
32 kJ
45 kJ
100 kJ
Satu kotak ditolak dengan daya 5N melalui satu jarak 3 meter diatas permukaan yang licin. Berapakah tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan kotak itu?
3 J
5 J
8 J
15 J
Kuasa ditakrifkan sebagai kadar melakukan atau kadar pemindahan ...
haba
kerja
kuasa
tenaga
Seorang pekerja berjisim 70kg menaiki satu tangga yang tinggi dengan setiap anak tangga ialah 0.3m. Berapakah kerja yang dilakukan oleh pekerja itu untuk menaiki 20 anak tangga?
450 J
1400 J
2100 J
4200 J
Manakah yang tidak benar berkenaan tenaga keupayaan?
Terdapat dua tenaga keupayaan utama iaitu tenaga keupayaan graviti dan tenaga keupayaan kenyal
Tenaga keupayaan satu jasad ialah tenaga yang dipunyai oleh jasad itu kerana kedudukan atau keadaannya
Tenaga keupayaan graviti satu jasad ialah tenaga keupayaan yang disebabkan oleh kedalaman air di dalam laut
Tenaga keupayaan kenyal satu jasad ialah tenaga keupayaan satu jasad yang disebabkan oleh keadaan merenggang dan memampatkan satu spring
Berapakah tenaga keupayaan yang diperoleh bagi seorang pendaki gunung berjisim 76 kg yang berada di puncak gunung tertinggi di bumi, iaitu Gunung Everest dengan altitud 8848 m? Anggap titik permulaan pada aras laut sebagai y = 0 dan ambil g = 10 m s-2
0.672 MJ
6.72 MJ
67.2 MJ
672 MJ
Sebuah bas berjisim 4500kg bergerak dengan daya tujahan 100N di sepanjang satu jalan dengan anggapan tiada geseran yang bertindak antara kenderaan dengan permukaan jalan.
Berapakah tenaga kinetik bas itu selepas bergerak melalui 8 meter?
80 J
800 J
36 kJ
360 kJ
Sebuah bas berjisim 4500kg bergerak dengan daya tujahan 100N di sepanjang satu jalan dengan anggapan tiada geseran yang bertindak antara kenderaan dengan permukaan jalan.
Berapakah nilai halaju bas selepas melalui jarak 8 meter?
0.6 ms-1
0.67 ms-1
6 ms-1
6.7 ms-1
Apakah definisi daya elektromagnet?
Daya yang digunakan oleh medan elektrik untuk menekan zarah-zarah caj
Daya yang digunakan oleh medan electromagnet untuk menarik bahan-bahan elektromagnet
Daya yang digunakan oleh medan elektrik untuk menekan zarah-zarah caj magnet
Daya yang digunakan oleh medan elektromagnet untuk menekan zarah-zarah caj elektrik
Manakah antara penyataan berikut yang merupakan sifat-sifat urat daya?
I. Mempunyai kekutuban Utara dan Selatan
II. Urat daya bergerak dari Utara ke Selatan
III. Mempunyai kekutuban Timur dan Barat
IV. Urat daya memotong di antara satu dengan yang lain
I dan II sahaja
I dan III sahaja
II dan IV sahaja
III dan IV sahaja
Ketelapan urat daya magnet bergantung kepada …
Kekuatan bahan
Kepadatan jirim
Ketelapan teras
Ketebalan bahan
Daya gerak magnet (d.g.m) merupakan daya yang menghasilkan fluks di dalam satu gegelung atau elektromagnet. Kirakan nilai d.g.m jika satu gegelung mempunyai 50 lilit dengan pengaliran arus sebanyak 2A.
25 ampere-lilit
52 ampere-lilit
50 ampere-lilit
100 ampere-lilit
Penggunaan _______(1)______ adalah terhad. Ini adalah disebabkan ianya tidak mengambil kira jarak sesuatu gegelung.
Daya ransang kemagnetan
Keamatan medan magnet
Daya gerak magnet
Keluasan medan magnet
Jika satu gegelung 2 cm panjang mempunyai daya ransang kemagnetan 100 ampere-lilit, berapakah keamatan medan gegelung tersebut?
50 ampere-lilit per sentimeter
102 ampere-lilit per sentimeter
200 ampere-lilit per sentimeter
150 ampere-lilit per sentimeter
_______(2)_______ pula bukan sahaja menentukan daya rangsang kemagnetan tetapi juga mengambil kira jarak sesuatu gegelung.
Keamatan medan magnet
Daya ransang kemagnetan
Daya gerak magnet
Keluasan medan magnet
Pilih kaedah-kaedah yang boleh meningkatkan kekuatan medan di sekeliling elektromagnet.
I. Letakkan bahan feromagnet yang dipanggil teras ke
dalam gegelung tersebut
II. Tambahkan bilangan lilitan dalam gegelung
III. Tingkatkan nilai voltan
IV. Tambahkan nilai arus
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
I, III, dan IV sahaja
II, III, dan IV sahaja
Rajah di bawah menunjukkan dua pengalir yang pendek dipintal dalam bentuk gegelung. Mengapa ia dibuat sedemikian?
Untuk meningkatkan nilai arus
Untuk mengikut kesesuaian rekabentuk
Untuk memenuhi permintaan pelanggan
Untuk menambahkan kekuatan medan magnet
Manakah yang tidak benar berkenaan gelombang?
Terdapat dua jenis gelombang, iaitu gelombang melintang dan gelombang
membujur.
Gelombang melintang ialah gelombang yang zarah mediumnya bergetar pada arah yang berserenjang dengan arah perambatan.
Gelombang membujur ialah gelombang yang zarah mediumnya bergetar pada arah yang berserenjang dengan arah perambatan.
Gelombang ialah satu fenomena pemindahan tenaga melalui getaran dan tenaga ini dipindahkan menjauhi sumber tempat gelombang itu dihasilkan.
Manakah antara berikut bukan gelombang melintang?
Gelombang air
Gelombang radio
Gelombang udara
Gelombang cahaya
Manakah bukan merupakan aplikasi sinar X?
Merawat kanser
Mengesan wang palsu
Mengambil gambar fotosinar-X
Kaedah mencari retakan dalam salur paip
Berapakah nilai amplitud?
5 cm
10 cm
15 cm
20 cm
Kirakan panjang gelombang.
5 cm
10 cm
15 cm
20 cm
Berapakah nilai halaju gelombang?
5 cms-1
50 cms-1
100 cms-1
200 cms-1
Fenomena gema terhasil akibat dari …
Pembiasan gelombang
Pembelauan gelombang
Pantulan gelombang
Interferens gelombang
Berikut merupakan medium perambatan gelombang bunyi kecuali …
Gas
Cecair
Vakum
Pepejal
Apakah fungsi teknik sonar?
Mengukur keluasan laut
Mengukur keluasan laut
Mengukur kedalaman laut
Mengukur kelikatan air laut
