wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA (BAHAGIAN A / KERTAS 1)

Total questions: 25

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

_____________________________ makanan yang tidak seimbang terutamanya makanan yang diproses menjadi faktor bertambahnya bilangan orang yang mengalami obesiti.

a)

Penyerapan

b)

Penerimaan

c)

Pengambilan

d)

Penghadaman

2.

Kita perlu mendapatkan rehat yang cukup _________________ memastikan otak dapat berfungsi dengan baik.

a)

untuk

b)

supaya

c)

kerana

d)

bahawa

3.

Para pengguna ___________________ perlu berhati-hati ketika melayari Internet dan mengamalkan kawalan kendiri dengan cara tanggungjawab.

a)

media am

b)

media cetak

c)

media sosial

d)

media massa

4.

Orang ramai diminta ___________________ ke pusat pemindahan banjir apabila diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa.

a)

dipindah

b)

berpindah

c)

kepindahan

d)

memindahkan

5.

Pendidikan tentang semangat patriotisme merupakan ______________ utama untuk membina perpaduan antara kaum.

a)

punca

b)

tonggak

c)

cara

d)

kaedah

6.

Amalan _________________ dalam masyarakat patut diamalkan untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup.

a)

kasih-mengasihi

b)

lalu-lalang

c)

cekih-merih

d)

gotong-royong

7.

Amalan saling mengunjungi, bekerjasama, dan memahami itu sangat penting _________________ membina masyarakat Malaysia yang aman dan harmoni.

a)

untuk

b)

supaya

c)

kerana

d)

sebagai

8.

Tarian tradisional, tarian rakyat dan tarian kontemporari merupakan jenis tarian di Malaysia yang dapat ____________

a)

berbangga

b)

membangga

c)

dibanggakan

d)

membanggakan

9.

Bangunan warisan perlu ___________________ kerana mempunyai nilai seni dan estetik yang tinggi.

a)

dipelihara

b)

diawasi

c)

diwarisi

d)

dipupuk

10.

Karya sastera yang bermutu dapat membentuk peribadi dan meningkatkan _______________ seseorang.

a)

daya cipta

b)

daya fikir

c)

daya gerak

d)

daya tahan

11.

Semangat patriotisme penting untuk _______________ pembangunan sesebuah negara.

a)

kelangsungan

b)

berlangsung

c)

melangsung

d)

terlangsung

12.

Media massa memainkan peranan penting untuk menyuburkan _______________ meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

a)

dan

b)

dengan

c)

kerana

d)

antara

13.

Selain mempertahankan negara, Angkatan Tentera Malaysia juga menghulurkan bantuan ___________ masyarakat.

a)

pada

b)

terhadap

c)

kepada

d)

bagi

14.

Para ____________ sanggup berkorban demi negara Malaysia yang tercinta.

a)

ilmuwan

b)

perajurit

c)

usahawan

d)

sukarelawan

15.

Pameran sains, teknologi dan inovasi yang terbesar di Malaysia ______________ diadakan di Planetarium Negara selama lima hari bermula pada hari ini.

a)

telah

b)

akan

c)

sudah

d)

belum

16.

Jabatan Perhutanan menggunakan kelengkapan rakaman yang terdapat ____________ dron untuk memantau aktiviti kawasan hutan dengan lebih berkesan.

a)

di

b)

pada

c)

dengan

d)

kepada

17.

Isu pencemaran alam sekitar mampu diatasi menerusi __________ kempen kesedaran yang efektif.

a)

penganjur

b)

menganjur

c)

menganjuri

d)

penganjuran

18.

Pencemaran akan meninggalkan kesan jangka panjang __________ kehidupan manusia dan alam sekitar.

a)

pada

b)

untuk

c)

kepada

d)

daripada

19.

Hotel dan resort ____________ pelbagai program kehijauan dan melaksanakan inisiatif yang menyokong teknologi hijau dan pemeliharaan alam sekitar.

a)

beradaptasi

b)

mengadaptasi

c)

pengadaptasi

d)

pengadaptasian

20.

Program perladangan kontrak diperkenalkan sebagai mekanisme untuk membantu ____________ pertanian skala kecil dan sederhana.

a)

mengusahakan

b)

perusahaan

c)

pengusaha

d)

berusaha

21.

Dasar pertanian sebagai perniagaan memberikan penekanan ______________ pembangunan sumber pertanian domestik.

a)

pada

b)

kepada

c)

tentang

d)

terhadap

22.

Remaja perlu bijak mengukur kemampuan dari segi kewangan sebelum _______________ sebarang perbelanjaan.

a)

melakukan

b)

dilakukan

c)

berlaku

d)

berkelakuan

23.

Ibu bapa perlu memberikan pendedahan awal _________________ kepentingan pengurusan kewangan kepada anak mereka.

a)

terhadap

b)

tentang

c)

dengan

d)

dalam

24.

Banyak aspek yang perlu dilakukan untuk _____________ kemasukan pelancong dari Asia Barat.

a)

tertarik

b)

menarik

c)

penarikan

d)

bertarik-tarikan

25.

Negara Malaysia sesuai sebagai destinasi pelancongan kesihatan _______________ terdapat banyak pusat perubatan yang lengkap dengan peralatan canggih.

a)

sebab

b)

agar

c)

kerana

d)

semoga