Font size
WorksheetsPERNIAGAAN T4 BAB 1 (Subtopik 1.1)
Total questions: 26
Worksheet time: 51mins
Berikut merupakan konsep asas perniagaan KECUALI
A = Memuaskan kehendak dan keperluan pengguna
B = Pertukaran nilai
C = Keuntungan Perniagaan
D = Perjarakan sosial
E = Barang dan perkhidmatan
Antara berikut berkaitan dengan maksud perniagaan kecuali
A = Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
B = Melibatkan pertukaran nilai antara penjual dengan pembeli bagi membolehkan penjual memperoleh keuntungan
C = Interaksi berlaku apabila perniagaan membuat tempahan atau membuat pembelian dengan pihak pembekal
Barang dan perkhidmatan merupakan salah satu item dalam konsep asas perniagaan. Apakah yang berkaitan dengan barang?
A = aktiviti yang memberikan faedah kepada pengguna dan peniaga
B = sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal
C = merupakan objek yang dapat dilihat
D = merupakan objek yang boleh disentuh
E = tidak mempunyai bentuk fizikal secara khusus
Barang dan perkhidmatan merupakan salah satu item dalam konsep asas perniagaan. Apakah yang berkaitan dengan perkhidmatan?
A = sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal.
B aktiviti yang memberikan faedah kepada pengguna dan peniaga
C = merupakan objek yang dapat dilihat serta disentuh.
D = tidak mempunyai bentuk fizikal secara khusus
E = disalurkan terus kepada pengguna oleh peniaga
Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna merupakan salah satu item asas dalam perniagaan. Antara berikut manakah berkaitan dengan keperluan?
A = terhad dan mudah dipuaskan
B = sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan
C = keinginan manusia untuk hidup dengan lebih selesa
D = sama bagi semua individu
E = tidak terhad dan sukar dipuaskan
Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna merupakan salah satu item asas dalam perniagaan. Antara berikut manakah berkaitan dengan kehendak?
A = keinginan manusia untuk hidup dengan lebih selesa
B = sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan
C = tidak terhad dan sukar dipuaskan
D = berbeza antara individu
E = terhad dan mudah dipuaskan
Pertukaran nilai merupakan salah satu item asas dalam perniagaan. Antara berikut manakah berkaitan dengan pertukaran nilai?
A = aktiviti urus niaga yang melibatkan tindakan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh
B = lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos yang terlibat
C = berlaku sekiranya wujud persetujuan antara penjual dengan pembeli tentang harga yang ditetapkan
Keuntungan perniagaan merupakan salah satu item asas dalam perniagaan. Antara berikut manakah berkaitan dengan keuntungan?
A = lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos yang terlibat
B = kos-kos yang terlibat ialah kos pengeluaran dan kos operasi.
C =
Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos
D = aktiviti urus niaga yang melibatkan tindakan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh
E = keuntungan akan melambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah perniagaan.
Penjual dan pembeli merupakan salah satu item asas dalam perniagaan. Antara berikut manakah berkaitan dengan penjual?
A = individu yang menawarkan barang atau perkhidmatan
B = pihak yang memerlukan atau menghendaki barang atau perkhidmatan tersebut
Penjual dan pembeli merupakan salah satu item asas dalam perniagaan. Antara berikut manakah berkaitan dengan pembeli?
A = individu yang menawarkan barang atau perkhidmatan
B = pihak yang memerlukan atau menghendaki barang atau perkhidmatan tersebut
Urusniaga berlaku apabila peniaga dan pembeli setuju terhadap 4 perkara KECUALI
A = masa
B = harga
C = kuantiti
D = tempat barang atau perkhidmatan tersebut dibekalkan
E = keuntungan
Kontrak perniagaan merupakan salah satu item dalam konsep asas perniagaan. Yang manakah berkaitan dengan kontrak perniagaan?
A = perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih individu
B = berperanan untuk melindungi pengguna dalam urusan perniagaan
C = Pihak-pihak tersebut akan terikat secara sah kepada
perjanjian yang telah dipersetujui
D = Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950
E = Urus niaga berlaku apabila peniaga dan pembeli setuju dengan masa, harga, kuantiti serta tempat barang atau perkhidmatan tersebut dibekalkan
Berikut merupakan pembahagian aktiviti perniagaan KECUALI
A = Aktiviti Berasaskan Barang
B = Aktiviti Berasaskan Perkhidmatan
C = Aktiviti berasaskan Multimedia
D = Aktiviti Berasaskan Barang dan Perkhidmatan
Yang manakah berkaitan dengan PERNIAGAAN BERASASKAN BARANG?
A = melibatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran
B = Contohnya : pendidikan
C = melibatkan penawaran barang
tidak nyata
D = dapat memberikan keselesaan, kepuasan dan kecekapan kepada pengguna
D = Contoh : kilang perabot menghasilkan perabot seperti meja
Yang manakah berkaitan dengan PERNIAGAAN BERASASKAN PERKHIDMATAN?
A = barang melibatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang fizikal.
B = melibatkan penawaran barang tidak nyata
C = Contohnya: perkhidmatan perubatan
D = dapat memberikan keselesaan, kepuasan dan kecekapan kepada pengguna
E = melibatkan sektor awam dan sektor swasta.
Manakah berikut merupakan Tujuan Perniagaan?
A = menawarkan barang atau perkhidmatan oleh seseorang peniaga atau organisasi kepada pembeli
B = item yang dapat dilihat, disentuh atau dipegang.
C = aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang lain.
D = Barang terhasil daripada aktiviti pengeluaran untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia
Yang manakah berkaitan dengan barang?
A = item yang dapat dilihat
B = aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang lain
C = item yang dapat disentuh
D = item yang dapat dipegang
Manakah berkaitan dengan perkhidmatan?
A = menyumbangkan tenaga fizikal dan mental, kemahiran, kepakaran dan pengalaman
B = tiada bentuk fizikal
C = Pembekal terlibat dalam aktiviti perniagaan tanpa menyediakan stok
D = aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atau
sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang lain
E = item yang dapat dilihat, disentuh atau dipegang
Yang manakah berkaitan dengan X
A = menyediakan ruang dan peluang untuk semua golongan melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh membangunkan masyarakat kurang berkemampuan.
B = organisasi yang memenuhi keperluan awam
C = Organisasi ini menyediakan barang dan perkhidmatan untuk membantu golongan kurang berkemampuan, miskin tegar, gelandangan, orang kelainan upaya, warga tua yang terabai dan melindungi haiwan yang terbiar
D = bermatlamat untuk meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan
E = bermatlamat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan seperti perlindungan, pendidikan, rawatan dan kaunseling
Manakah berkaitan dengan Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?
A = terlibat secara langsung dalam aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan
B = menawarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan dan diminta oleh pengguna
C = Tujuan utama untuk mendapatkan keuntungan
D = organisasi yang memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan, keagamaan, sosial dan budaya
E = menyediakan barang dan perkhidmatan untuk membantu
golongan kurang berkemampuan, miskin tegar, gelandangan,
orang kelainan upaya, warga tua yang terabai dan melindungi
haiwan yang terbiar
Yang manakah kepentingan KEUNTUNGAN kepada Perniagaan?
A = mengukur tahap prestasi
B = menentukan hala tuju sesebuah perniagaan
C = untuk memastikan kelangsungan perniagaan
D = untuk mengembangkan perniagaan
E = melambangkan imej perniagaan
Yang manakah merupakan KAEDAH yang digunakan oleh Organisasi Bukan Bermotifkan Keuntungan (OBBU) untuk menjalankan perniagaan?
A = barang dan perkhidmatan yang disediakan secara percuma
B = barang dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga kos
C = Barang atau perkhidmatan yang dijual atas harga kos
D = Barang atau perkhidmatan yang dijual di bawah harga kos
Apakah yang dimaksudkan dengan penjualan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga kos?
A = tiada sebarang keuntungan diperoleh oleh penjual dengan penjualan barang dan perkhimatan kepada pembeli
B = Harga yang dikenakan hanya mencukupi untuk menanggung kos jualan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan
C = harga yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding dengan kos sebenar
Apakah yang dimaksudkan dengan penjualan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di bawahharga kos?
A = barang dan perkhidmatan ini mendapat subsidi daripada pihak kerajaan
B = Apakah yang dimaksudkan dengan penjualan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga kos?
C = Harga yang dikenakan hanya mencukupi untuk menanggung kos jualan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan
D = tiada sebarang
keuntungan diperoleh oleh penjual.
Yang manakah merupakan bentuk pemilikan perniagaan
A = Milikan tunggal
B = Perkongsian
C = Koperasi
D = Syarikat Berhad
E = Francais
Jantina saya (L) / (P)
L
P
