Font size
WorksheetsBab 2 - Trend Persekitaran Perniagaan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Isu serantau adalah isu yang melibatkan
masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara seperti kadar pertumbuhan ekonomi
perniagaan di kawasan setempat seperti hubungan perniagaan dengan komuniti
hubungan antara Malaysia dengan negara jiran seperti Thailand
perdagangan antarabangsa seperti eksport dan import
Pilih pernyataan yang merupakan peranan agensi kerajaan TEKUN Nasional
Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan
Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan
Mempromosikan aktiviti perdagangan di Malaysia
Menjamin kedudukan kewangan pencarum di usia tua
Manakah merupakan peranan kerajaan pusat dalam aspek perkembangan aktiviti perniagaan?
Pelepasan cukai
Promosi perniagaan
Pembiayaan perniagaan
Penggubalan undang-undang
Pernyataan yang manakah benar tentang peranan Pihak Berkuasa Tempatan?
Menggubal undang-undang perniagaan
Menyediakan latihan dan pembangunan
Melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat
Menggubal Undang-Undang Kecil Pasar
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan keadaan pengangguran kitaran?
Pekerja menggangur kerana tamat kontrak kerja
Majikan mengurangkan bilangan pekerja kerana kemelesetan ekonomi
Majikan mengurangkan bilangan pekerja kerana penggunaan teknologi terkini
Perubahan dalam industri yang tidak memerlukan kemahiran pekerja
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi pengangguran kitaran?
Melaksanakan dasar fiskal
Melaksanakan dasar kewangan
Melaksanakan pengecualian cukai
Melaksanakan ekonomi terancang
Fenomena kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan disebut sebagai
inflasi
deflasi
kemelesetan ekonomi
pertumbuhan ekonomi
Manakah menerangkan kesan deflasi dengan tepat?
Penduduk kehilangan pekerjaan
Peningkatan kuasa beli penduduk
Penurunan penawaran barang di pasaran
Penurunan permintaan barang di pasaran
"Inflasi berlaku apabila kos pengeluaran barang meningkat"
Jenis inflasi di atas ialah
inflasi tolakan kos
inflasi bekalan wang
inflasi pentadbiran harga
inflasi tarikan permintaan
Faktor dalaman manakah yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?
Ekonomi
Sumber manusia
Persaingan pasaran
Politik dan perundangan
Keadaan yang manakah menyebabkan trend menurun dalam persekitaran perniagaan?
Politik yang stabil
Pekerja yang inovatif dan kreatif
Sistem pengurusan yang cekap
Aktiviti pemasaran kurang berkesan
Undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan boleh memberikan kesan terhadap pekerjaan.Apakah kesan tersebut?
Mesti menaikkan gaji pekerja
Memanjangkan masa kerja pekerja
Menekankan kadar upah minimum
Mewujudkan diskriminasi pekerjaan
Gaya pengurusan yang menunjukkan tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan dikenal sebagai
gaya pengurusan sokongan
gaya pengurusan autokratik
gaya pengurusan sederhana
gaya pengurusan laisez-faire
Kelebihan pengambilan sumber manusia dalaman ialah
melahirkan idea baharu
dapat memotivasikan pekerja
mempunyai kemahiran baharu
bersemangat dalam menjalankan tugas
Encik Danny mengambil keputusan untuk menggaji Yasmeen yang baru tamat pelajaran di universiti sebagai seorang kerani. Apakah kekurangan pengambilan sumber manusia tersebut?
Kos merekrut yang tinggi
Tidak membawa idea yang baharu
Mempunyai pengetahuan stereotaip
Tidak mempunyai kemahiran baharu
"Harga barang import meningkat kira-kira 3% secara keseluruhannya"
Faktor luaran tersebut ialah
Politik
Ekonomi
Ekologi
Teknologi
"Faktor dalaman yang membawa kesan negatif kepada perniagaan seperti kekurangan kepakaran"
Menurut SWOT, faktor di atas dikenal sebagai
peluang
ancaman
kekuatan
kelemahan
-Ekologi
-Teknologi
-Politik
-Ekonomi
Pernyataan di atas merujuk kepada
peluang perniagaan
ancaman perniagaan
faktor luaran perniagaan
faktor dalaman perniagaan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor dalaman yang boleh membawa perubahan kepada pesekitaran perniagaan?
Kemerosotan ekonomi
Perubahan cita rasa pelanggan
Pengurusan yang kurang cekap
Bilangan pekerja yang mencukupi
Negara Q
-Kuasa beli meningkat
-Pengangguran menurun
-Perniagaan menembusi ke tahap antarabangsa
Apakah tahap perkembangan keadaan ekonomi di negara Q?
Lembap
Merosot
Melambung
Kemelesetan
