NEW
Font size
WorksheetsGemilang Peribahasa SPM bersama CikguCelliaDavid
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa di bawah:
Sekiranya kita tidak berusaha, kita tidak akan dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kehidupan Encik Gaman yang bertugas sebagai tentera _____________ kerana dia tertakluk pada arahan pertukaran lokasi bertugas dari satu tempat ke satu tempat.
Seperti ulat lupa akan daun
Umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan
Biduk lalu, kiambang bertaut
Umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
Berikan maksud peribahasa yang tepat bagi peribahasa berikut:
Ayam terlepas, tangan bau tahi
Melakukan pekerjaan yang sia-sia
Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan
Suka dan senang sekali
Kejahatan tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata
Pilih peribahasa yang menggambarkan situasi dalam ayat berikut:
Lebih baik jangan dicampuri perselisihan sesebuah keluarga kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula
Belayar di atas angin
Gigih dengan lidah ada kalanya tergigit juga
Hari tidak selamanya panas
Biduk lalu kiambang bertaut
Lengkapkan ayat berikut dengan peribahasa yang tepat:
Pasukan itu dikatakan___________ kerana sangat handal dan sukar ditewaskan.
Cepat kaki, ringan tangan
Direndam tak basah
Laksana batik lasam
Bagai perian pecah
Lengkapkan ayat berikut dengan peribahasa yang sesuai.
Projek perumahan di kawasan itu _____________ dan mungkin terpaksa ditangguhkan dahulu.
Seperti aur ditarik songsang
Seperti embun di hujung rumput
Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain
Seperti meluruskan ekor beruk
Lengkapkan ayat berikut dengan peribahasa yang sesuai
Puan Inai terpaksa pulang ke kampung kerana urusan pembahagian harta pusaka keluarganya yang masih___________.
Awal dibuat akhir diingat
Belayar di atas angin
Direndam tak basah
Bernasi di balik kerak
Lengkapkan ayat berikut dengan peribahasa yang sesuai
Sikap Puan Zezah yang suka berbelanja besar dan berlagak sebagai orang kaya itu tidak ubah seperti_____________.
Darah baru setampuk pinang
Ada rupa, ada harga
Cacing hendak menjadi naga
Hati hendak, semua jadi
Berikan maksud bagi peribahasa berikut:
Besar pasak daripada tiang
Kehidupan yang berjaya hasil usaha gigih
Mengalami kesusahan akibat kelalaian sendiri
Keputusan penting yang perlu diutamakan
Perbelanjaan yang melebihi pendapatan
Berikan maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:
Bagai melukut di tepi gantang
Seseorang yang hidup menumpang kesenangan orang lain
Seseorang yang dianggap tidak penting
Seseorang yang kehilangan tempat bergantung
Seseorang yang hidup sendirian
Berikan maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:
Seperti meniup api dalam air
Keputusan yang sukar dibuat
Sesuatu keadaan yang sangat genting
Pekerjaan yang sangat sukar
Melakukan pekerjaan yang sia-sia
"Anggaplah hukuman ini sebagai balasan kepada perbuatan kamu yang salah itu kerana kata orang tua-tua _________________.
Sudah jatuh ditimpa tangga
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Tanam lalang, tak akan tumbuh padi
Telur di hujung tanduk
Berikan maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:
Seperti baung kena tukul
Berasa sedih dan kecewa
Membesar-besarkan perkara yang kecil
Keadaan yang sangat bising
Suara yang merungut-rungut kerana tidak berpuas hati
Lengkapkan ayat berikut dengan peribahasa yang sesuai.
"Berusahalah dengan lebih gigih kerana _____________", kata ibu kepada kakak yang kecewa dengan keputusan peperiksaannya yang merosot.
belakang parang sekalipun, kalau diasah nescaya akan tajam
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
usaha tangga kejayaan
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Berikan maksud yang tepat bagi peribahasa berikut:
Seperti harimau beranak muda
Keadaan yang sangat genting
Kemarahan yang tidak dapat dikawal
Perempuan yang terlalu bengis atau garang
Seseorang yang mengalami kekecewaan
