Font size
WorksheetsSISTEM BAHASA
Total questions: 20
Worksheet time: 17mins
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan condong dengan betul.
I. Lorong yang sempit menyukarkan kenderaan untuk berselisih.
II. Pendapatnya tentang perkara itu menggambarkab pemikiran yang sempit.
III. Dia menjadi semakin sempit apabila diberikan wang yang banyak.
IV. Pandanganya menjadi sempit akibat terlibat dalam kemalangan.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan condong dengan betul.
I. Ayah membanting tulang untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.
II. Kenny duduk di pangkin sambil membanting kakinya.
III. Petani itu sedang sibuk membanting padi di tengah sawah.
IV. Ahmad sibuk membanting bunga yang layu itu di hadapan rumahnya.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan D jika tiada kesalahan.
Jangan sekali meninggikan suara bila bercakap dengan ibu bapa.
A Jangan sekali meninggikan suara apabila
B Jangan sekali-kali meninggikan suara apabila
C Jangan sekali-kali meninggikan suara bila
D Jangan sekali meninggikan suara bila
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan D jika tiada kesalahan.
Kehidupan Pak Hamid kini sudah senang-lenang setelah anak-anaknya sudah bekerja.
A sangat senang-lenang
B sudah senang-senang
C sangat senang-senang
D sudah senang-lenang
Pilih dan tandakan ☑️ pada ayat-ayat yang betul
I Banyak pusat-pusat kesihatan kecil masih mengalami kekurangan doktor.
II Pusat sumber sekolah ialah tempat pembacaan yang terbaik sekali.
III Peniaga cempedak goreng di hadapan sekolah saya ialah bapa saudara saya.
IV kerajaan akan melipatgandakan usaha untuk mencapai negara maju pada abad ke-21.
Pilih dan tandakan ☑️ pada ayat-ayat yang betul
I Pak Long suka mendengar koleksi lagu-lagu yang diputarkan oleh stesen radio itu.
II Ibu menasihati abang supaya mengubah tabiat pemakanannya.
III Pak cik Leman menggunakan motosikal buruknya untuk pergi menoreh setiap pagi.
IV Mak Minah amat merindui kedua-dua anaknya yang bekerja di Kuala Lumpur.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan condong dengan betul. Jawapan lebih daripada satu..
I Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.
II Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
III Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
IV Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan condong dengan betul. Jawapan lebih daripada satu.
I Telinga budak itu yang kasar menjadi perhatian ramai.
II Ayahnya ialah seorang buruh kasar.
III Perabot itu cepat rosak kerana kasar buatannya.
IV Perbelanjaan hariannya dikira secara kasar sahaja.
“ Saya berharap agar _____ belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran,” kata cikgu Munir kepada murid-muridnya.
A kita
B kamu
C kalian
mereka
Pemancing itu ______ kailnya apabila umpan kailnya diragut oleh ikan
A menarik
B menegang
C meminta
D menyentak
Penceramah jemputan itu terpaksa meringkaskan ceramahnya kerana masa semakin ___
A suntuk
B longgar
C panjang
D lebar
Kanak-kanak kecil ____ disayangi dan diberikan kasih sayang bukan didera tanpa rasa perikemanusiaan
A seterusnya
B sewajarnya
C bahawasanya
D sesungguhnya
1. Murid baharu itu _____ ramah dengan kami di dalam kelas.
A paling
B sekali
C benar
D agak
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Penyertaan pelbagai bangsa dalam aktiviti kemasyarakatan akan dapat mewujudkan perpaduan kaum yang lebih utuh.
A Perpaduan kaum yang utuh dalam aktiviti kemasyarakatan akan dapat diwujudkan melalui penyertaan pelbagai bangsa.
B Pelibatan semua bangsa yang lebih kukuh dalam aktiviti masyarakat akan dapat mewujudkan perpaduan kaum.
C Aktiviti kemasyarakatan yang disertai oleh pelbagai bangsa telah dapat mewujudkan perpaduan kaum yang lebih utuh.
D Pepaduan kaum yang lebih kukuh akan dapat diwujudkan dengan pelibatan berbagai-bagai bangsa dalam kegiatan kemasyarakatan.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Faizal mencadangkan agar kelasnya membuka gerai jualan makanan bersempena dengan Hari Kantin Sekolah untuk menambahkan tabungan kelas.
A Semasa Hari Kantin Sekolah, kelas Faizal disarankan membuka gerai jualan makanan untuk mengisi tabungan kelas.
B Kelas Faizal bercadang untuk membuka gerai jualan makanan bersempena dengan Hari Kantin Sekolah agar tabungan kelas bertambah.
C Gerai jualan makanan yang dicadangkan oleh Kelas Faizal dibuka sempena dengan Hari Kantin Sekolah bertujuan untuk menambah tabungan kelas.
D Bagi menambahkan tabungan kelas, Faizal mengesyorkan supaya kelasnya membuka gerai jualan makanan semasa Hari Kantin Sekolah
Peribahasa-peribahasa yang berikut jelas menggambarkan bahawa seseorang yang hendak berjaya perlulah berusaha kecuali
A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B hendak seribu daya, tak nak seribu dalih
C ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
D baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
Prestasi kerja Amran dianggap buruk kerana dia hanya akan melakukan tugasnya apabila disuruh.
A Seperti tikus membaiki labu
B Seperti melepaskan batuk di tangga
C Seperti hangat-hangat tahi ayam
D Seperti pahat dengan penukul
Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja.
A orang mengantuk disorongkan bantal.
B kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
C pucuk dicita ulam mendatang
D pungguk merindukan bulan
Jurulatih pasukan itu hanya melebih-lebihkan cerita tentang kehebatan pasukannya untuk melemahkan semangat pasukan lawan. Hal ini diibaratkan
A membuang garam ke laut.
B tanah sekepal digunungkan.
C belum duduk sudah terlunjur.
D kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang.
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan D jika tiada kesalahan.
Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah say berikan kepada adik.
A Gula-gula yang saya belikan
B Gula-gula yang dibeli oleh saya
C Semua gula-gula yang saya beli
D Semua gula-gula yang dibeli oleh saya.
