NEW
Font size
WorksheetsKUIZ TATABAHASA 3 JATI
Total questions: 10
Worksheet time: 14mins
PILIH JAWAPAN YANG BETUL
Kadar inflasi negara kita semakin meningkat ekoran daripada __________ harga barang.
kenaikan
kemasukan
kedatangan
kemunculan
PILIH JAWAPAN YANG BETUL
pendayung itu tidak dapat digunakan lagi kerana sudah____________.
luluh
koyak
usang
sompek
PILIH JAWAPAN YANG BETUL
Pegawai yang disyaki _____________ itu sedang disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
makan hati
makan gaji
makan suap
makan angin
PILIH JAWAPAN YANG BETUL
Izzati membantu ibu ________ tauge dan ________ sup dalam proses menyediakan mihun soto.
mencelur.....mereneh
merebus......mendidih
mencelur......mendidih
menggoreng....mereneh
Pilih ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.
I Seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi pantai.
II Bayi berusia 11 hari itu terhampar di wad akibat jangkitan kuman.
III Surat khabar yang sudah dibacanya itu dibiarkan terhampar di atas katil.
IV Pelbagai jenis permaidani dari luar negeri terhampar indah di kedai itu.
I dan II sahaja
I dan III sahaja
II dan III sahaja
III dan IV sahaja
Pilih ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.
I Ujian ini diadakan bertujuan untuk mencabar kecerdasan minda murid.
II Datuk Ishak mencabar Salleh supaya membawa perkara itu ke mahkamah.
III Pasukan Aiman berjaya mencabar pasukan lawan sebelum perlawanan berakhir .
IV Pekerjaan pemuda itu sebagai wartawan perang
sungguh mencabar.
I dan III sahaja
II dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
I, II, III dan IV sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Encik Ganesh bekerja dari pagi hingga ke malam untuk mengumpulkan wang bagi membeli rumah.
A.dari pagi hingga kepada malam
B.daripada pagi hingga malam
C.dari pagi hingga malam
D.dari pagi hingga ke malam
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Kami berharap agar kerusi roda yang disumbangkan oleh kami kepada pesakit itu dapat meringankan bebannya.
A.kami sumbangkan
B.kami menyumbang
C.disumbangkan kami
D.disumbangkan oleh kami
PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI
Rashid hidup susah. Dia diingatkan agar tidak meneruskan niatnya untuk meminang anak orang yang kaya-raya itu. Kata orang.......
Belanda minta tanah.
ukur baju di badan sendiri.
sarang tebuan jangan dijolok.
air tenang jangan disangka tiada buaya
PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI
Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan peristiwa dalam gambar di atas ialah
bagai aur dengan tebing.
seperti cincin dengan permata.
umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.
bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
