wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 11_Simpulan Bahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Berita yang dibawa oleh Fasya itu tidak boleh dipercayai kerana hanya ___________ semata-mata.
a)
khabar angin
b)
mulut murai
c)
alas cakap
d)
buah mulut
2.
Pemuda itu sudah __________ setelah syarikatnya mengalami kerugian yang besar.
a)
hutang darah
b)
hilang akal
c)
gila talak
d)
lintah darat
3.

Setelah berbincang selama dua jam, akhirnya mereka telah mendapat _____________ tentang program itu.

a)

kata dua

b)

kata sepakat

c)

hitam putih

d)

jalan keluar

4.
Tulisan Raj yang ___________ itu amat sukar dibaca oleh Cikgu Khairul.
a)
cangkul angin
b)
embun jantan
c)
cakar ayam
d)
getah bawang
5.
Peniaga itu terpaksa membayar ____________ kepada pelangannya kerana barangan yang dijualnya tidak berkualiti.
a)
wang muka
b)
duit kopi
c)
gaji pokok
d)
ganti rugi
6.

Irene sentiasa ingat akan pesanan ibunya supaya menjaga ______________ keluarganya.

a)

nama baik

b)

nama pena

c)

nama samaran

d)

tanda hati

7.

Izzamie sangat _______________ kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada ayah dan ibunya.

a)

kepala angin

b)

kepala batu

c)

keras hati

d)

putih mata

8.
Erieka jarang keluar pada waktu tengah hari. Oleh sebab itu, dia digelar _________ oleh rakan-rakannya.
a)
pisau cukur
b)
puteri lilin
c)
hidung tinggi
d)
bunga dedap
9.

Orang yang suka membantu orang dipanggil ______________.

a)

ringan tulang

b)

berat tulang

c)

angkat bangkul

d)

panjang tangan

10.

Encik Farid dan Encik Sam _______________ tentang isu-isu semasa yang mereka perolehi.

a)

bertikam lidah 

b)

langkah seribu 

c)

angkat bangkul

d)

buruk siku 

11.

Jayanthi ______________ setelah suaminya meninggal dunia.

a)

patah kandar

b)

batu api

c)

hilang akal

d)

pekak badak

12.

Encik Lim tinggal di Kelantan beberapa hari kerana mahu ________________.

a)

mencari jalan

b)

beralih angin

c)

mencuci mata

d)

batu api

13.

Ibu dan ayah saya tidak pernah _______________ terhadap kami adik-beradik.

a)

sampai mati

b)

makan angin

c)

pilih kasih

d)

hilang akal

14.

Pak Mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada ______________nya sendiri.

a)

gaji buta

b)

air muka

c)

darah daging

d)

titik peluh

15.

Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu _____________.

a)

kepala angin.

b)

mulut tempayan

c)

mulut murai

d)

cepat tangan

16.

Kami menerima cadangan itu dengan ___________________ demi kebaikan bersama.

a)

tangan terbuka

b)

ringan tangan

c)

keras kepala

d)

tebal telinga

17.

Ravi tidak percaya akan berita itu kerana ia merupakan ______________ sahaja.

a)

alas perut

b)

cakap besar

c)

khabar angin

d)

kaki botol

18.

Swi Ling tidak disukai rakan-rakan kelasnya kerana dia seorang yang ________________.

a)

ringan tulang

b)

cakap besar

c)

ada bakat

d)

baik hati

19.

Farah digelar _______________ kerana sentiasa membawa dan membaca buku di mana sahaja dia berada.

a)

akal kancil

b)

telinga kuali

c)

pekak badak

d)

ulat buku

20.

Nenek tidak menyahut panggilan Samad ketika berada di dapur kerana dia ________________.

a)

telinga nipis

b)

pekak badak

c)

kaki bangku

d)

mulut murai