wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa (Bab1-10)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan. Buktinya ialah moyangnya ...

a)

pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning.

b)

berketurunan Hang Tuah yang menyebabkan Adnan selalu bermimpi menjadi Hang Tuah.

c)

sanggup berkorban demi menentang Inggeris di negeri Perak.

2.

Embun pagi masih menitis di hujung daun. Hujan yang turun sepanjang malam tadi menjadikan cuaca pagi itu sejuk.

Apakah teknik plot yang digunakan dalam peristiwa yang diberi di atas?

a)

Imbas muka

b)

Pemerian

c)

Saspens

3.

Pak Saidi mempunyai tiga orang anak lelaki. Siapakah nama mereka?

a)

Aznan, Ahlam, dan Amran

b)

Azam, Abdullah dan Alif

c)

Adnan, Ahmad, dan Amarullah

4.

Mengapakah orang kampung menyayangi Pak Saidi?

a)

Pak Saidi mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi tanah perkuburan dan menyedekahkan buah-buahan kepada penduduk kampung.

b)

Pak Saidi membenarkan penduduk kampung menanam buah-buahan di tanahnya tanpa meminta sewa.

c)

Pak Saidi mendermakan semua hartanya untuk pembangunan pendidikan di kampungnya dan mengajar anak-anak kampung bersilat.

5.

Ibu Adnan, Milah tidak bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi kerana Pak Saidi berpendapat bahawa belajar di sekolah Inggeris...

a)

dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding dengan sekolah agama atau sekolah Melayu.

b)

dapat mempelajari bahasa Inggeris dan mempunyai masa depan yang cerah.

c)

dapat menjadi kakitangan kerajaan Inggeris pada masa depan.

6.

Pilih dua peristiwa yang menunjukkan Pak Saidi ingin melihat anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran.

a)

Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah dan menjemputnya balik dari sekolah.

b)

Pak Saidi meminta guru-guru sekolah Inggeris memberikan kelas tambahan kepada anaknya.

c)

Pak Saidi menuruti syarat memakai baju dan seluar baharu ke sekolah Inggeris.

d)

Pak Saidi membeli buku-buku rujukan tambahan kepada anak-anaknya.

7.

Abu membantah tindakan Pak Saidi menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Yang berikut merupakan cadangan Abu kepada Tuk Ketua, kecuali...

a)

meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya ke sekolah Inggeris.

b)

menghalau mereka sekiranya mereka masih degil.

c)

memulau keluarga Pak Saidi dan tidak membeli buah-buahan mereka.

8.

Mengapakah akhirnya Tuk Ketua, Lebai Pian menyetujui pendapat Pak Saidi menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris?

a)

Anak-anaknya akan mengaji Quran bersama dengan Tuk Ketua setiap malam.

b)

Pak Saidi akan melaporkan perkembangan anak-anaknya kepada Tuk Ketua setiap bulan.

c)

Guru Melayu yang mengajar di sekolah Inggeris akan memantau anak-anaknya.

9.

Pak Saidi memberitahu isterinya bahawa salah seorang lembaga yang datang pada malam tempoh hari itu ialah Nordin. Mengapakah Pak Saidi berpendapat sedemikian?

a)

Nordin memiliki belati yang dibaling Adnan.

b)

Nordin sakit kaki.

c)

Nordin kehilangan diri.

10.

Apakah perjanjian Pak Saidi kepada Adnan setelah dia selesai berkhatan?

a)

Pak Saidi membelikan Adnan basikal baharu.

b)

Pak Saidi membawa Adnan ke bandar.

c)

Adnan tidak perlu menolong Pak Saidi di dusun selama dua bulan.