NEW
Font size
WorksheetsKuiz Bahasa - 3 (Kata Adjektif)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Virus Zika boleh dicegah lebih ____________ dengan pemberian vaksin.
A. pantas
B. cepat
C. awal
D. segera
Langkah yang paling ________________ bagi mengelakkan terkena jangkitan penyakit kencing tikus ialah elakkan bermain lopak air selepas banjir.
A. mudah
B. ringkas
C. senang
d. rumit
Remaja perlu ______________ memilih makanan supaya terhindar daripada sebarang penyakit.
A. cerdik
B. bijak
C. handal
D. pintar
Kami berasa ______________ ketika menghadiri majlis perkahwinan anak majikan kami yang penuh istiadat dan dihadiri oleh banyak orang kenamaan.
A. asing
B. ganjil
C. gerun
D. kekok
Adik tidak mahu makan biskut di dalam bekas itu kerana telah _______________.
A. lembik
B. lemau
C. basi
D. liat
Daging kambing tidak digemari oleh sesetengah orang kerana berbau ______________.
A. busuk
B. hapak
C. hamis
D. hanyir
Ayah mengeluh kehampaan sambil menyarung kain pelekatnya yang telah ________________.
A. lusuh
B. pudar
C. luntur
D. kusam
Kebanyakan telefon pada hari ini sangat ________________ kerana terdapat pelbagai aplikasi yang memudahkan pengguna.
A. canggih
B. hebat
C. rumit
D. cekap
Persembahan pasangan pelawak dalam rancangan "Bintang Bersama Bintang" tersebut sangat ________________ kerana semua penonton ketawa dari mula hingga akhir.
A. haru
B. riuh
C. kelakar
D. pelik
Filem terbaharu arahan pengarah muda itu pasti akan mendapat sambutan ______________ daripada para penggemar filem komedi.
A. hangat
B. luas
C. tinggi
D. pantas
Badan kakak yang berisi semakin ________ sejak berjoging dan melakukan senaman.
A. kecil
B. surut
C. kering
D. susut
Peluang Pasukan Wira untuk mara ke peringkat akhir masih ___________ walaupun lawannya merupakan pilihan utama.
A. jelas
B. cerah
C. jernih
D. terang
Ibu membuang minyak masak yang sudah lama tidak digunakan kerana mengeluarkan bau yang _____________.
A. tengik
B. hapak
C. busuk
D. pering
Pesta Buah-buahan Tempatan yang diadakan di kampung itu sungguh _________________.
A. gembira
B. heboh
C. ceria
D. meriah
Bangunan itu sudah lama tetapi masih _______________ struktur binaannya.
A. tegak
B. teguh
C. gagah
D. tahan
Pendayung ayah sudah tidak dapat digunakan lagi kerana sudah ____________ di bahagian tepinya.
A. luluh
B. usang
C. koyak
D. sompek
Kami mengharungi Sungai Jelai yang ……..…. pada musim kemarau untuk pergi ke perkampungan orang asli.
A. deras
B. dalam
C. lembap
D. cangkat
Balai polis di kawasan perumahan saya terletak tidak ____________ dari balai bomba.
A. jauh
B. dekat
C. hampir
D. samping
Emak saya menggunakan pisau yang _________ untuk menyembelih ayam.
A. baharu
B. panjang
C. tumpul
D. tajam
Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.
A. gopoh
B. cepat
C. lambat
D. cermat
