NEW
Font size
WorksheetsRBT (Bahagian A) : Dunia Reka Bentuk
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara berikut yang manakah maksud reka bentuk?
A : Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.
B : Proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan baharu serta belum pernah wujud sebelumnya.
C : Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.
D : Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebuh baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna.
Antara berikut yang manakah definisi teknologi?
A : Pengubahsuaian terhadap produk supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna.
B : Proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan baharu serta belum pernah ada sebelumnya
C : Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem
D : Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan
Berikut merupakan elemen reka bentuk KECUALI
A : Rupa
B : Warna
C : Kontras
Tekstur
Antara berikut manakah oeranan reka bentuk terhadap negara?
A : Memupuk sikap bersyukur
B : Melahirkan nilai- nilai estetika
C : Melindungi hak cipta rakyat
D : Memberikan kebebasan memilih
Antara berikut manakah peranan reka bentuk terhadap negara?
A : Memupuk sikap bersyukur
B : Melahirkan nilai- nilai estetika
C : Melindungi hak cipta rakyat
D : Memberikan kebebasan memilih
A, B dan C adalah peranan reka bentuk kepada kelompok sasaran.
A : Individu
B : Masyarakat
C : Pengeluar dan Negara
Padankan peranan reka bentuk bagi maksud yang betul.
A : Melahirkan nilai-nilai estetika
B : Melindungi hak cipta rakyat
C : Menghasilkan reka bentuk yang serba boleh dan kaya dengan idea.
Antara berikut yang manakah maksud inovasi?
A : Proses perbincangan awal antara dua pihak yang terlibat dalam sesuatu urusan, iaitupengurus projek dengan pelanggan
B : Proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan baharu yang belum pernah wujud sebelumnya
C : Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna
D : Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem
Antara berikut yang manakah kepentingan reka bentuk dan teknologi?
I : Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden
II : Melahirkan masyarakat yang kreatif dalam penggunaan sumber
III : Memenuhi kehendak individu dan masyarakat
IV : Menjadi penanda aras sebagai negara maju
A : I dan II
B : I dan III
C : II dan IV
D : III dan IV
Antara berikut yang manakah menerangkan perbezaan prinsip dan elemen reka bentuk?
I : Prinsip ialah konsep atau aturan yang digunakan pada elemen reka bentuk bagi memudahkan pembinaan sesuatu produk
II : Elemen ialah perkara yang dapat membantu menzahirkan idea seseorang dalam bentuk lakaran
III : Prinsip ialah peraturan, panduan dan falsafah yang menggunakan elemen untuk pembentukan produk
IV : Elemen merupakan unsur yang membantu membina sesuatu produk
A : I dan II
B : I dan III
C : II dan IV
D : III dan IV
Antara yang berikut, etika manakah yang harus dipatuhi dalam penghasilan produk reka bentuk?
I : Bermanfaat
II : Menguntungkan
III : Selamat digunakan
IV : Menggunakan sumber terhad
A : I dan III
B : I dan IV
C : II dan III
D : II dan IV
Prinsip reka bentuk yang diterapkan dalam rajah di atas adalah
A : Kesatuan
B : Keringkasan
C : Pengulangan
D : Kepelbagaian
Kriteria reka bentuk yang berkaitan dengan pernyataan di bawah adalah..
Ciri keselesaan yang ada pada sesuatu produk
A : Kreativiti
B : Ergonomik
C : Keaslian reka bentuk
D : Kecenderungan inovasi
Jalur Gemilang mempunyai garisan jalur putih dan merah. Konsep ini mengambil prinsip reka bentuk...
A : Kesatuan
B : Keseimbangan
C : Pengulangan
D : Kepelbagaian
Anda ingin menghasilkan satu reka bentuk cermin mata yang baharu yang dapat menarik perhatian pengguna untuk membelinya. Berikut merupakan tiga kriteria yang perlu ada pada rekaan itu KECUALI..
A : Ergonomik
B : Keaslian reka bentuk
C : Kecenderungan kreativiti
D : Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran
Pilih pernyataan yang betul mengenai invensi
A : Proses atau kaedah yang dijalankan untuk menghasilkan produk baru
B : Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih baik dan mesra pengguna
C : Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik
D : Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi
