wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

IBADAH UPPK (TAHUN 5)

Total questions: 82

Worksheet time: 41mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan solat jamak?

a)

Menghimpunkan dua solat fardu dan dilakukan dalam satu waktu

b)

Memendekkan solat fardu empat rakaat menjadi dua rakaat

c)

Solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup ke atas jenazah

d)

Solat yang dianjurkan oleh syarak, tetapi tidak wajib

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan solat qasar?

a)

Solat sunat yang dilakukan ketika masuk ke dalam masjid sebaiknya sebelum duduk

b)

Menghimpunkan dua solat fardu dan dilakukan dalam satu waktu

c)

Solat yang dilakukan pada waktu pagi kira-kira dua puluh minit selepas terbit matahari

d)

Memendekkan solat fardu empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja

3.

Berapakan bahagian solat jamak?

a)

5

b)

2

c)

6

d)

3

4.

Apakah dalil solat qasar?

a)

......يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ

b)

......يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ

c)

.....وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ

d)

......وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ

5.

Yang manakah bukan syarat jamak taqdim ?

a)

Solat ditunaikan secara tertib dengan mendahulukan solat zohor kemudian solat asar

b)

Berniat menunaikan jamak taqdim didalam takbiratul ihram solat pertama

c)

Berturut-turut didalam kedua-dua solat jamak

d)

Masih dalam keadaan musafir

6.

Apakah syarat solat jamak takhir ?

a)

Berniat menjamakkan solat pertama di dalam solat yang kedua

b)

Bukan dalam keadaan musafir

c)

Berniat menunaikan jamak taqdim di dalam takbiratul ihram solat pertama

d)

Jauh perjalanan tidak kurang daripada dua marhalah

7.

Berikut merupakan syarat solat qasar kecuali .........

a)

Perjalanan yang diharuskan syarak

b)

Jauh perjalanan tidak kurang daripada dua marhalah

c)

Boleh mengikuti imam yang solat secara tamam (sempurna)

d)

Hnya solat empat rakaat yang boleh diqasarkan

8.

Yang manakah bukan perkara yang membolehkan solat jamak dan qasar?

a)

Musafir sejauh dua marhalah

b)

Musafir yang bertujuan tidak baik (lagha)

c)

Mengetahui syarat-syarat solat jamak dan qasar

d)

Kekal dalam tempoh musfair sehingga selesai solat kedua

9.

Yang manakah bukan perkara yang membatalkan solat jamak dan qasar?

a)

Tiba ke tempat asal sebelum selesai solat kedua

b)

Berniat menetap di suatu tempat tanpa sebarang urusan melebihi tempoh empat hari

c)

Musafir yang kurang dari dua marhalah

d)

Tidak mengikut imam yang solat sempurna bagi makmum yang berniat qasar

10.

Apakah solat yang sesuai dengan lafaz niat di atas?

a)

Solat jamak taqdim (Zohor - Asar)

b)

Solat jamak ta'khir (Isyak - Maghrib)

c)

Solat jamak taqdim (Maghrib - Isyak)

d)

Solat jamak ta'khir (Asar - Zohor)

11.

Apakah hikmah solat jamak dan qasar ?

a)

Menunjukkan agama Islam itu payah

b)

Memudahkan orang Islam bersolat dalam apa jua keadaan

c)

Mengingatkan orang Islam itu sentiasa tamak

d)

Solat tidak wajib ditunaikan dalam keadaan musafir

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan rukhsah ?

a)

Keberkatan

b)

Kepayahan

c)

Keringanan

d)

Kesyukuran

13.

Berikut contoh rukhsah yang diberikan oleh Allah untuk beribadah kecuali

a)

Solat

b)

Puasa

c)

Wuduk

d)

Zikir

14.

Fahmi solat jamak dan qasar ketika perjalanan ke kampung yang jaraknya tujuh puluh kilometer dari rumahnya.


Apakah hukum bagi situasi di atas?

a)

Sah kerana jaraknya mencapai dua marhalah

b)

Tidak sah kerana jarak tidak mencapai dua marhalah

c)

Sah kerana dia bertujuan yang baik

d)

Tidak sah kerana dia tiba ke tempat asal sebelum selesai solat kedua

15.

Faridah solat zohor secara qasar berimamkan orang yang solat tamam.


Apakah hukum bagi situasi di atas?

a)

Tidak sah kerana syarat solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat tamam

b)

Sah kerana dia berimamkan orang yang solat zohor secara tamam

c)

Tidak sah kerana dia berniat menetap di sesuatu tempat melebihi tempoh empat hari

d)

Sah kerana dia tidak mengetahui imam itu solat tamam pada asalnya.

16.

Yang manakah bukan cara solat bagi orang yang uzur?

a)

Secara baring mengiring

b)

Secara duduk

c)

Secara baring meniarap

d)

Secara baring menelentang

17.

Apakah pengertian solat orang sakit ?

a)

Solat bagi orang yang tidak mampu menunaikan solat secara biasa

b)

Memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja

c)

Solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup ke atas seorang jenazah

d)

Solat yang dianjurkan oleh syarak untuk dilakukan tetapi tidak diwajibkan

18.

Dilakukan bagi orang yang tiada kemampuan untuk berdiri seperti patah kaki, lumpuh dan sebagainya.


Pernyataan di atas berkaitan dengan ...........

a)

Solat secara baring menelentang

b)

Solat secara baring mengiring

c)

Solat secara duduk

d)

Solat menggunakan isyarat mata

19.

Dilakukan bagi orang yang tidak berupaya menggerakkan tubuh badan kecuali dengan bantuan orang lain.


Pernyataan di atas ialah berkaitan ......

a)

Solat secara duduk

b)

Solat secara baring menelentang

c)

Solat secara baring mengiring

d)

Solat menggunakan isyarat mata

20.

Syarat sah solat orang yang sakit ialah .....

a)

Sihat tubuh badan

b)

Mendedahkan aurat

c)

Mengetahui telah habis waktu solat

d)

Menghadap kiblat

21.

Apakah hukum solat orang yang sakit ?

a)

Wajib

b)

Sunat muakkadah

c)

Harus

d)

Makruh

22.

Pilih syarat sah solat orang yang sakit ?

a)

Rukuk

b)

Sujud

c)

Menutup aurat

d)

Membaca surah Al-Fatihah

23.

Orang yang tidak mampu solat secara duduk, baring mengiring dan baring menelentang, hendaklah solat dengan .............

a)

Isyarat tangan

b)

Bersendirian

c)

Solat berjemaah

d)

Isyarat mata

24.

Manakah antara berikut merupakan hikmah solat orang yang sakit ?

a)

Mendapat pahala

b)

Mengingati Allah dalam semua keadaan

c)

Mengetahui masuk waktu solat

d)

Agar sakit tidak berulang

25.

Manakah antara berikut kaifiat solat secara duduk ?

a)

Menutup aurat

b)

Ada keuzuran

c)

Duduk tegak menghadap kiblat

d)

Bergerak perlahan-lahan

26.

Solat boleh dilakukan dalam kenderaan berikut kecuali ...........

a)

Kereta

b)

Kapal terbang

c)

Bas

d)

Motorsikal

27.

Berikut adalah syarat sah solat di dalam kenderaan kecuali ...........

a)

Menghadap kiblat

b)

Bersyukur dengan nikmat Allah

c)

Mengetahui masuknya waktu solat

d)

Suci daripada hadas dan najis

28.

Apakah tujuan untuk mendirikan solat di dalam kenderaan ?

a)

Menghormati waktu solat

b)

Mendapat pujian

c)

Mengisi masa lapang

d)

Menunjuk-nunjuk

29.

Firash mendirikan solat Asar di dalam kenderaan yang berhenti, tetapi dia tidak menghadap kiblat ketika takbiratul ihram.


Apakah hukum bagi situasi di atas?

a)

Sah dan tidak perlu menggantikan solatnya

b)

Tidak sah kerana wajib memulakan solat fardu di dalam kenderaan dengan menghadap kiblat

c)

Sah kerana kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti

d)

Tidak sah dan perlu mengulangi solatnya semula

30.

Aisyah solat dalam keadaan duduk kerana luka sedikit di bahagian kaki sedangkan dia berupaya untuk solat secara berdiri seperti biasa.


Apakah hukum bagi pernyataan di atas ?

a)

Tidak sah kerana tiada keuzuran baginya

b)

Sah kerana ada luka pada bahagian kakinya

c)

Tidak sah kerana dia tidak menghadap kiblat ketika mengangkat takbir

d)

Sah kerana dia telah bersuci daripada hadas dan najis

31.

Apakah yang dimaksudkan dengan solat sunat ?

a)

Solat bagi orang yang tidak mampu menunaikannya secara biasa

b)

Solat sunat dilakukan dimalam hari setelah tidur terlebih dahulu

c)

Solat yang dianjurkan oleh syarak untuk dilakukan tetapi tidak diwajibkan

d)

Solat yang biasanya dirangkaikan dengan solat tarawih

32.

"Allah tidak mendengar sesuatu amal perbuatan hamba yang lebih utama dari dua rakaat solat sunat yang dikerjakan, sesungguhnya rahmat selalu dicurahkan ke atas hamba Ku itu selama didalam solat.


Apakah ibadah yang dimaksudkan ?

a)

Solat sunat witir

b)

Solat sunat gerhana

c)

Solat sunat tahajjud

d)

Solat sunat

33.

Yang manakah bukan contoh solat sunat?

a)

Solat dhuha

b)

Solat khusuf

c)

Solat istisqa'

d)

Solat asar

34.

Yang manakah bukan ciri-ciri solat sunat?

a)

Bebas untuk melakukannya atau tidak

b)

Tidak berdosa jika meninggalkannya

c)

Wajib dilakukan dalam apa jua situasi

d)

Ibadah tambahan untuk mendekatkan diri kepada Allah

35.

Apakah ciri-ciri solat fardu ?

a)

Diwajibkan kepada setiap orang yang mukallaf

b)

Mendapat pahala jika melakukan, dan tidak berdosa jika meninggalkannya

c)

Berdosa jika meninggalkannya

d)

Ibadah asas untuk membuktikan ketaatan kepada Allah

36.

Apakah maksud solat sunat rawatib ?

a)

Solat sunat yang mengiringi solat fardu

b)

Solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi kira-kira dua puluh minit selepas terbit matahari

c)

Solat sunat yang dilakukan sebaik sahaja masuk ke dalam masjid

d)

Solat sunat yang dilakukan di malam hari setelah tidur terlebih dahulu

37.

Apakah solat sunat rawatib yang dituntut (muakkadah) ?

a)

Dua rakaat sebelum fardu subuh

b)

Dua rakaat selepas solat asar

c)

Dua rakaat sebelum solat zohor

d)

Dua rakaat selepas solat isyak

38.

Apakah solat sunat rawatib yang tidak dituntut (غير مؤكدة) ?

a)

Dua rakaat selepas solat maghrib

b)

Dua rakaat sebelum solat subuh

c)

Dua rakaat sebelum fardu maghrib

d)

Dua rakaat sesudah fardu isyak

39.

Apakah yang dimaksudkan dengan solat sunat tahajjud ?

a)

Solat sunat yang dilakukan di malam hari setelah tidur terlebih dahulu.

b)

Solat yang dilakukan kerana meminta turunnya hujan

c)

Solat yang merupakan penutup solat sunat pada waktu malam

d)

Solat sunat yang dilakukan hanya pada bulan Ramadan sahaja

40.

Apakah yang dimaksudkan dengan solat sunat istisqa' ?

a)

Solat sunat yang dilakukan kerana memohon hujan

b)

Solat sunat yang didirikan ketika masuk ke dalam masjid sebaiknya sebelum duduk

c)

Solat sunat yang mengiringi solat fardu

d)

Solat sunat yang dilakukan untuk meminta petunjuk baik dari Allah

41.

Apakah waktu solat sunat tahajjud didirikan ?

a)

Sepertiga malam

b)

Selepas solat isyak

c)

10 minit sebelum solat Subuh

d)

Pada waktu tengah hari

42.

Apakah hikmah solat sunat?

a)

Memperoleh keresahan jiwa

b)

Mendekatkan dri kita dengan Allah

c)

Mendapat dosa

d)

Menjadi anak yang taat ibu bapa

43.

Berikut ialah bilangan rakaat solat Dhuha kecuali ............

a)

2

b)

4

c)

3

d)

8

44.

Rahim menunaikan solat tarawih bersendirian di rumah.


Apakah hukum bagi situasi di atas?

a)

Tidak sah kerana tidak menunaikannya secara berjemaah di masjid atau surau

b)

Sah kerana dilakukan selepas solat fardu Isyak

c)

Tidak sah kerana dilakukan secara bersendirian di rumah

d)

Sah kerana solat terawih di masjid atau surau ialah sunat hukumnya

45.

Ahmad solat sunat dua rakaat sesudah solat asar.


Apakah hukum bagi situasi di atas?

a)

Sah solatnya adan tidak perlu menggantikan solat tersebut

b)

Makruh kerana Nabi Muhammad melarang melakukan solat sunat selepas solat Asar sehingga terbenam matahari

c)

Sah kerana solatnya cukup rukun solat

d)

Tidak sah dan terbatal solatnya

46.

Apakah yang dimaksudkan dengan solat jenazah ?

a)

Solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup ke atas jenazah orang Islam yang meninggal dunia

b)

Solat yang dianjurkan oleh syarak untuk dilakukan tetapi tidak diwajibkan

c)

Solat bagi orang yang uzur merupakan rukhsah yang diberikan Allah kepada hambaNya

d)

Solat sunat yang dilakukan di malam hari setelah tidur terlebih dahulu

47.

Apakah hukum solat jenazah ?

a)

Sunat yang dituntut

b)

Fardu ain

c)

Fardu kifayah

d)

Sunat yang tidak dituntut

48.

Berikut merupakan rukun solat jenazah, kecuali .........

a)

Empat kali takbir

b)

Berselawat ke atas nabi

c)

Mendoakan jenazah

d)

Sujud

49.

Yang manakah bukan syarat-syarat jenazah yang disembahyangkan ?

a)

Bukan mati syahid

b)

Jenazah ialah seorang kafir

c)

Sudah dimandikan dan dikafankan

d)

Jenazah ialah seorang Islam

50.

Yang manakah niat yang betul bagi jenazah lelaki ?

a)
b)
c)
d)
51.

Yang manakah niat yang betul bagi jenazah perempuan ?

a)
b)
c)
d)
52.

Yang manakah bukan perkara sunat yang dilakukan ketika solat jenazah ?

a)

Imam berdiri berdekatan kepala bagi mayat lelaki dan pinggang bagi mayat wanita

b)

Dilakukan solat itu di masjid

c)

Membaca niat

d)

Mengangkat dua tangan setiap kali takbir

53.

Berikut ialah syarat sah solat jenazah kecuali ..........

a)

Suci daripada hadas dan najis

b)

Menutup aurat

c)

Menghadap kiblat

d)

Yakin masuknya waktu solat

54.

Solat jenazah tidak mempunyai rukuk dan sujud.

a)

Betul

b)

Salah

55.

Yang manakah bukan cara solat jenazah ?

a)

Takbir pertama dan takbiratul ihram beserta niat

b)

Duduk bagi yang mampu

c)

Takbir ketiga dan berdoa untuk mayat

d)

Memberi salam

56.

Apakah hikmah melakukan solat jenazah ?

a)

Doa mudah dimakbulkan

b)

Melatih diri bersifat jujur dan amanah

c)

Memberi peringatan dan keinsafan kepada yang masih hidup bahawa semua makhluk akan mati

d)

Solat wajib ditunaikan walaupun dalam keadaan musafir

57.

Semua amalan manusia akan terputus ketika telah meninggal dunia kecuali 3 perkara.


Yang manakah bukan 3 perkara tersebut?

a)

Harta dan kemewahan yang banyak

b)

Sedekah jariah

c)

Ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain

d)

Doa anak yang soleh

58.

Apakah perkara yang membatalkan solat jenazah ?

a)

Menghadap kiblat

b)

Keluar sesuatu dari qubul atau dubur

c)

Membaca surah Al-Fatihah

d)

Memberi salam

59.

Hashim solat jenazah seorang lelaki secara bersendirian.


Apakah hukum bagi situasi di atas ?

a)

Tidak sah kerana perlu dilakukan solat itu secara berjemaah

b)

Sah solatnya kerana cukup rukun solat jenazah

c)

Tidak sah kerana dia berdiri berdekatan pinggang jenazah

d)

Sah kerana solat secara berjemaah adalah sunat hukumnya

60.

Salim solat jenazah secara berjemaah mengikut imam, tetapi dia hanya mengangkat takbir sebanyak 3 kali sahaja.


Apakah hukum bagi situasi di atas?

a)

Sah solatnya dan tidak perlu solat semula kerana dia jahil

b)

Sah kerana dia solat secara berjemaah mengikut imam

c)

Tidak sah kerana tidak cukup rukun solat (4 kali takbir)

d)

Batal solatnya dan perlu solat semula

61.

Apakah maksud puasa ?

a)

Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari disertakan niat

b)

Menggantikan semula puasa yang ditinggalkan atas sebab tertentu dan diganti pada bulan selaim bulan Ramadan

c)

Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbenam matahari sehingga terbit fajar sadiq disertakan niat

d)

Keringanan bagi seseorang itu untuk meninggalkan puasa atas sebab yang tidak dapat dielakkan

62.

Apakah hukum berpuasa di bulan Ramadan ?

a)

Sunat

b)

Wajib

c)

Makruh

d)

Haram

63.

Apakah rukun puasa ?

a)

Memakai ihram

b)

Niat haji

c)

Menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa

d)

Berdiri tegak

64.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Apakah ibadah yang berkaitan dengan dalil di atas ?

a)

Zakat

b)

Haji

c)

Solat

d)

Puasa

65.

Yang manakah bukan syarat-syarat wajib puasa ?

a)

Mampu berpuasa

b)

Baligh

c)

Suci daripada haid dan nifas

d)

Gila

66.

Apakah syarat-syarat sah puasa ?

a)

Mumayyiz

b)

Baru melahirkan anak

c)

Gila

d)

Orang bukan Islam

67.

Apakah lafaz niat puasa Ramadan ?

a)
b)
c)
d)
68.

Yang manakah bukan perkara yang membatalkan puasa ?

a)

Makan dan minum dengan sengaja

b)

Keluar air mani dengan sengaja

c)

Tidur sepanjang hari

d)

Jimak (bersetubuh

69.

Berikut merupakan perkara makruh dilakukan ketika berpuasa, kecuali ........

a)

Melihat perkara-perkara yang haram

b)

Menggosok gigi selepas gelincir matahari

c)

Merasa makanan dengan lidah

d)

Mabuk atau pengsan sepanjang hari

70.

Apakah perkara sunat dilakukan ketika berpuasa ?

a)

Berbekam

b)

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja

c)

Melambatkan waktu sahur sehingga sebelum waktu imsak

d)

Mencium isteri dan suami

71.

Yang berikut merupakan hari-hari yang diharamkan berpuasa, kecuali ........

a)

1 Syawal

b)

10 Muharram

c)

10 Zulhijjah

d)

Hari-hari tasyriq

72.

Apakah hari yang disunatkan berpuasa ?

a)

6 hari didalam bulan Syawal kecuali 1 Syawal

b)

10 Zulhijjah

c)

Hari Jumaat

d)

Hari ragu-ragu sama ada telah masuk bulan Ramadan atau belum

73.

Yang manakah bukan hari-hari yang makruh berpuasa ?

a)

Hari Jumaat (hari kebesaran mingguan umat Islam)

b)

Puasa nisfu Sya'aban

c)

Hari Ahad (hari kebesaran orang Kristian)

d)

Puasa sepanjang tahun

74.

Yang manakah bukan keharusan meninggalkan puasa (rukhsah puasa) ?

a)

Sakit kuat (tiada harapan untuk sembuh)

b)

Tidak mampu berpuasa kerana melakukan kerja berat

c)

Musafir yang tidak cukup 2 marhalah

d)

Orang yang mengandung dan bimbang akan keselamatan diri dan kandungannya

75.

Apakah yang dimaksudkan dengan qada' puasa ?

a)

Menggantikan semula puasa yang ditinggalkan atas sebab tertentu dan diganti pada bulan selain Ramadan

b)

Keringanan bagi seseorang itu untuk meninggalkan puasa atas sebab yang tidak dapat dielakkan

c)

Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari

d)

Memberi sedikit makanan kepada jiran sebelah rumah

76.

Apakah yang dimaksudkan dengan fidyah' puasa ?

a)

Menggantikan semula puasa yang ditinggalkan atas sebab tertentu dan diganti pada bulan selain Ramadan

b)

Keringanan bagi seseorang itu untuk meninggalkan puasa atas sebab yang tidak dapat dielakkan

c)

Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari

d)

Denda iaitu dengan memberi makanan kepada fakir miskin sebanyak secupak beras atau makanan asasi yang kenyang

77.

Yang manakah bukan orang yang diwajibkan qada' puasa ?

a)

Perempuan yang kedatangan haid dan nifas

b)

Ibu yang menyusukan anak dan takut kesihatan dirinya terjejas

c)

Orang yang membatalkan puasanya dengan sengaja

d)

Orang bukan Islam

78.

Siapakah yang diwajibkan membayar fidyah sahaja ?

a)

Mati sebelum sempat menggantikan puasa yang ditinggalkan

b)

Orang sakit yang ada harapan sembuh

c)

Tidak berpuasa kerana sebab-sebab yang dibenarkan

d)

Ibu mengandung yang takut kesihatannya terjejas

79.

Antara berikut, yang manakah bukan orang yang wajib qada' puasa dan wajib juga membayar fidyah ?

a)

Ibu yang menyusukan anak dan bimbang kesihatan anaknya lalu membatalkan puasanya

b)

Mengalami keuzuran disebabkan usia yang lanjut sehingga menyebabkan tidak mampu lagi berpuasa

c)

Orang yang sengaja melengah-lengahkan puasa qada'nya sehingga tiba ke bulan Ramadan baru

d)

Ibu yang mengandung dan takut jika berpuasa akan memudaratkan anak dalam kandungannya

80.

Berikut merupakan hikmah berpuasa, kecuali..............

a)

Merasai bagaimana kehidupan orang fakir dan miskin

b)

Malam lailatul qadar yang lebih baik daripada seribu bulan

c)

Sebagai tanda penghormatan orang yang hidup kepada orang yang telah mati

d)

Mendisiplinkan diri menjadi lebih baik

81.

Siti makan sepotong kek ketika berpuasa tetapi dia terlupa.


Apakah hukum bagi situasi di atas?

a)

Batal puasa Siti kerana makan di siang hari ketika berpuasa

b)

Sah puasa Siti kerana dia telah mengeluarkan saki baki makanan setelah teringat dia berpuasa

c)

Tidak sah puasa Siti kerana dia makan kek tersebut walaupun telah teringat yang dia berpuasa

d)

Tidak batal puasa Siti kerana dia terlupa

82.

Puan Asmah berbuka puasa kerana bimbang kesihatan anak dalam kandungannya.


Apakah hukum bagi situasi di atas ?

a)

Harus berbuka puasa dan beliau wajib qada' puasa dan bayar fidyah

b)

Haram berbuka kerana masih mempunyai tenaga untuk berpuasa

c)

Makruh berbuka dan perlu qada' puasa

d)

Boleh berbuka puasa dan wajib qada' puasa dan kaffarah