Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tahun 2 ( Simpulan Bahasa)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Adik saya otak cair dan cepat memahami pengajaran guru.


Otak cair bermaksud...

a)

Rajin

b)

Bijak

c)

Malas

d)

Yakin

2.

Amar seorang yang panjang akal dan dapat menyelesaikan masalah bahasa dengan mudahnya.


Panjang akal bermaksud...

a)

Keliru

b)

Rajin

c)

Cerdik

d)

Malas

3.

Amirul seorang yang ringan tulang dan suka membantu orang lain.


Ringan tulang bermaksud...

a)

Suka menolong orang

b)

Orang yang kedekut

c)

Tidak tahu malu

d)

Penakut

4.

Amar menjadi anak emas dalam keluarga.


Anak emas bermaksud...

a)

Anak yang disayangi oleh ibu bapa dan keluarga

b)

Anak kandung dalam keluarga

c)

Anak sulung dalam keluarga

d)

Anak bongsu dalam keluarga

5.

Amar menjadi buah hati semua orang.


Buah hati bermaksud...

a)

Tidak dihiraukan

b)

Anak harapan

c)

Orang luar

d)

Orang yang disayangi

6.

Adam menjadi ayam tambatan dalam pasukan bola sepak untuk memenangi perlawanan itu.


Ayam tambatan bermaksud...

a)

Anak yang disayangi ibu bapa dan keluarga

b)

Orang yang suka menghasut

c)

Orang yang banyak bercakap

d)

Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

7.

Rahman hanya melihat kawan-kawannya bermain bola sepak kerana dia kaki bangku.


Kaki bangku bermaksud...

a)

Tidak berkasut

b)

Degil atau keras hati

c)

Tidak berkebolehan bermain bola

d)

Bernasib baik

8.

Orang ramai diingatkan untuk tidak mempercayai khabar angin tentang penutupan sekolah itu.


Khabar angin bermaksud...

a)

Cepat membuat kerja

b)

Berita yang belum tentu benarnya

c)

Berita yang terkini

d)

Cerita dan gosip artis

9.

Puan Aminah sangat mengambil berat terhadap anak tunggalnya.


Mengambil berat bermaksud...

a)

Suka menderma

b)

Terlalu marah

c)

Tidak dapat menyimpan rahsia

d)

Memberi sepenuh perhatian

10.

Encik Hakim begitu geram akan anak bongsunya yang mulut murai dan menimbulkan suasana tidak senang di majlis itu.


Mulut murai bermaksud...

a)

Kuat bercakap atau berbuat bising

b)

Kurang siuman

c)

Suka mencuri

d)

Mendengar dengan teliti