wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KADAR TINDAK BALAS KV

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Dalam satu tindak balas antara asid dengan batu kapur selama 3 minit, 45 cm3 gas karbon dioksida, CO2 telah terhasil. Berapakah kadar tindak balasnya?

a)

0.25 cm3 s-1

b)

4.00 cm3 s-1

c)

15 cm3 s-1

d)

135 cm3 s-1

2.

Rajah 1 menunjukkan isipadu oksigen yang terhasil apabila berlakunya proses fotosintesis. Apakah yang boleh disampaikan melalui kecerunan graf rajah 1 itu?

a)

Tahap kelajuan oksigen dibebaskan ke udara

b)

Tahap kepekatan oksigen yang dibebaskan ke udara

c)

Sifat pemangkin oksigen

d)

Kadar tindak balas proses fotosintesis

3.

Pilih faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.

I. Luas permukaan bagi bahan tindak balas pepejal

II. Suhu tindak balas

III. Pergerakan udara

IV. Kehadiran pemangkin

a)

I, II, dan III sahaja

b)

I, II, dan IV sahaja

c)

I, III, dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

4.

Bagaimanakah kepekatan bahan mempunyai kesan ke atas kadar tindak balas?

a)

Apabila kepekatan bahan meningkat, tenaga zarah-zarah dalam bahan tersebut juga meningkat.

b)

Apabila kepekatan bahan meningkat, bilangan zarah per unit isi padu juga bertambah dan lebih dekat antara satu sama lain, sekaligus meningkatkan frekuensi perlanggaran.

c)

Bahan yang lebih pekat mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk berinteraksi dengan bahan yang lain.

d)

Kepekatan bahan berkadar langsung dengan magnitud tenaga pengaktifan.

5.

Mengapakah serpihan arang lebih mudah terbakar daripada ketulan arang yang besar?

a)

Serpihan arang mempunyai lebih luas permukaan yang terdedah kepada udara daripada ketulan arang

b)

Serpihan arang lebih ringan berbanding dengan ketulan arang

c)

Serpihan arang adalah lebih kering daripada ketulan arang besar

d)

Serpihan arang menerima haba dengan lebih cepat berbanding dengan ketulan arang besar.

6.

Persamaan di bawah menunjukkan tindak balas antara larutan natrium tiosulfat dan asid hidroklorik cair.


Na2S2O3 + 2 HCl -----------> 2NaCl + S + SO2 + H2O


antara graf berikut, yang manakah menunjukkan hubungan antara kepekatan larutan natrium tiosulfat dengan kadar tindak balas?

a)
b)
c)
d)
7.

Antara tindak balas berikut, yang manakah mempunyai kadar tindak balas paling tinggi.

a)

serbuk magnesium karbonat + 50.0 cm3 asid hidroklorik 0.1 mol dm-3

b)

ketulan magnesium karbonat + 50.0 cm3 asid hidroklorik 0.1 mol dm-3

c)

ketulan magnesium karbonat + 50.0 cm3 asid hidroklorik 0.2 mol dm-3

d)

serbuk magnesium karbonat + 50.0 cm3 asid hidroklorik 0.2 mol dm-3

8.

Apabila 5 g marmar dimasukkan ke dalam 50 cm3 asid sulfurik cair, didapati kadar tindak balas berkurangan dengan masa. Pilih sebab utama perubahan itu berlaku.

a)

Kuantiti air berkurangan dengan masa

b)

Suhu larutan campuran berkurangan dengan masa

c)

Jisim marmar berkurangan dengan masa

d)

Tenaga kinetik ion karbonat dalam marmar berkurangan dengan masa

9.

Rajah satu pinggan jejari kentang yang telah digoreng oleh Puan Saimah.

Padankan faktor dan penjelasan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan tersebua supaya kentang tersebut cepat masak.

a)

Saiz : Saiz yang kecil, jumlah luas permukaan besar

b)

Saiz : Saiz yang besar, jumlah luas permukaan kecil

c)

Suhu : Suhu tinggi , zarah-zarah kentang bergerak cepat

d)

Suhu : Suhu rendah , zarah-zarah kentang bergerak lambat

10.

10 cm ³ gas hidrogen peroksida bertindak balas dengan gas oksigen untuk menghasilkan air dan masa yang diambil ialah 20 saat. Kadar tindakbalas purata dalam masa tersebut ialah

a)

5 cm ³ s -1

b)

10 cm ³ s -1

c)

15 cm ³ s -1

d)

0.5 cm ³ s -1

11.

20 g kalsium karbonat bertindak balas dengan asid hidroklorik berlebihan dan masa yang diambil ialah 5 saat. Kadar tindakbalas purata dalam masa tersebut ialah

a)

10 g s -1

b)

5 g s -1

c)

4 g s -1

d)

2 g s -1

12.

Berikut ialah pernyataan yang benar tentang faKtor faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas kecuali

a)

Kadar tindak balas serbuk kalsium karbonat lebih tinggi daripada ketulan kalsium karbonat

b)

Kadar tindak balas bahan tindak balas dalam keadaan suhu tinggi lebih tinggi daripada suhu rendah

c)

Kadar tindak balas bahan tindak balas dengan kepekatan tinggi lebih tinggi daripada bahan tindak balas berkepekatan rendah

d)

Mangkin dapat mempercepatkan kadar tindak balas sahaja

13.

Pernyataan berikut adalah benar tentang mangkin kecuali

a)

Mangkin boleh berubah kadar tindak balas secara fizikal tetapi ia sendiri tak berubah secara kimia

b)

Mangkin positif mempercepatkan kadar tindak balas

c)

Mangkin negatif memperlambatkan kadar tindak balas.

d)

Mangkin dapat mempercepatkan kadar tindak balas sahaja

14.

Tindak balas manakah yang mempunyai kadar tidak balas yang paling tinggi?

a)

Pengaratan paip air

b)

Pembakaran ketulan kecil arang batu dalam udara

c)

Fotosintisis tumbuhan hijau

d)

Pembentukan stalakit dalam gua

15.

Rajah menunjukkan isipadu gas karban dioksida melawan masa yang dihasilkan.


berapakah kadar tindak balas purata bagi tindak balas itu?

a)

1.0 cm ³ s -1

b)

2.0 cm ³ s -1

c)

2.5 cm ³ s -1

d)

3.0 cm ³ s -1

16.

Apakah maksud kadar tindak balas?

a)

Pengurangan amaum hasil tindak balas.

b)

Pengurangan amaun hasil tindak balas dengan masa.

c)

Peningkatan amaun hasil tindak balas dengan masa.

d)

Peningkatan amaun bahan tindak balas dengan masa.

17.

Rajah menunjukkan graf bagi mengkaji kesan luas permukaan ke atas kadar tindak balas.


Apakah yang diwakili oleh kecerunan tangen X?

a)

Kadar tindak balas purata dalam dua minit pertama

b)

Kadar tindak balas purata pada minit ke-2

c)

Kadar tindak balas purata keseluruhan

d)

Kadar tindak balas pada minit ke-2

18.

Pernyataan di bawah adalah benar kecuali

a)

Kadar tindak balas bertambah jika suhu bertambah

b)

Kadar tindak balas bertambah jika kepekatan bertambah

c)

Kadar tindak balas bertambah jika luas permukaan bertambah besar

d)

Kadar tindak balas bertambah jika saiz ketulan bertambah

19.

Apakah maksud kadar satu tindak balas pada masa tertentu?

a)

Jumlah isi padu gas yang terbebas dalam tindak balas

b)

Jumlah masa yang diperlukan untuk tindak balas lengkap berlaku

c)

Masa yang diambil untuk suatu kuantiti bahan tindak balas habis digunakan

d)

Masa yang diambil untuk semua bahan tindak balas habis digunakan

20.

0.5 mol serbuk zink bertindak balas dengan 0.1 mol dm-3 asid sulfuric. Selepas 30 saat, didapati 0.2 mol zink tertinggal sebagai baki. Apakah kadar tindak balas purata bagi tindak balas ini?

a)

1.67 x 10-2 mol s-1

b)

1.00 x 10-2 mol s-1

c)

6.67 x 10-2 mol s-1

d)

3.30 x 10-2 mol s-1

21.

Jadual menunjukkan jumlah isi padu gas hidrogen yang terkumpul apabila zink bertindak balas dengan asid hidroklorik.


Berapakah kadar tindak balas purata bagi tindak balas ini?

a)

0.41 cm3 s-1

b)

0.72 cm3 s-1

c)

0.60 cm3 s-1

d)

0.90 cm3 s-1

22.

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan kadar tindak balas antara kalsium karbonat dengan asid hidroklorik.


Kaedah yang manakah paling sesuai untuk meningkatkan kadar tindak balas ini?

a)

Mengurangkan saiz kalsium karbonat

b)

Mengurangkan isi padu asid hidroklorik

c)

Mengurangkan suhu asid hidroklorik

d)

Mengurangkan kepekatan asid hidroklorik

23.

Dua eksperimen dijalankan untuk menyiasat kadar tindak balas antara zink berlebihan dan asid hidroklorik dengan kepekatan yang berlainan seperti yang ditunjukkan di bawah.


Eksperimen I :

Zink berlebihan + 25 cm3 hidroklorik asid 0.6 mol dm-3


Eksperimen II :

Zink berlebihan + 25 cm3 hidroklorik asid 1.0 mol dm-3


Berdasarkan graf , antara pasangan berikut, yang manakah menunjukkan isi padu gas yang terbebas melawan masa untuk eksperimen I dan II?

a)

Eksperimen I : Z

Eksperimen II : Y

b)

Eksperimen I : Y

Eksperimen II : X

c)

Eksperimen I : X

Eksperimen II : Z

d)

Eksperimen I : Y

Eksperimen II : Z

24.

antara berikut, yang manakah benar tentang suatu mangkin?

a)

Ia adalah spesifik dalam tindakan terhadap satu tindak balas

b)

Ia meningkatkan frekuensi perlanggaran dalam tindak balas

c)

Ia meningkatkan kuantiti hasil tindak balas yang terbentuk

d)

Ia meningkatkan tenaga pengaktifan tindak balas

25.

penambahan kepekatan akan meningkatkan kadar tindak balas kerana

a)

jumlah bilangan zarah bahan tindak balas bertambah

b)

jumlah bilangan zarah hasil tindak balas bertambah

c)

bilangan zarah bahan tindak balas per unit isipadu bertambah

d)

isi padu untuk perlanggaran antara zarah bahan tindak balas bertambah.