WorksheetsKuiz 02_Penjodoh Bilangan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pak Cik Danny telah membeli beratus-ratus_______________ kawat berduri untuk memagari kebunnya.
gelung
gulung
keping
bidang
Sapu tangan itu dijahit oleh Janice dengan menggunakan ________________ benang.
sehelai
sekerati
selembar
segelung
_______________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah Selatan.
sekumpulan
sebaris
sehamparan
segugus
Karina menyelitkan _______________ bunga raya ke telinganya.
sejambak
sekuntum
sejambangan
sebatang
”Masukkan ________________ garam ke dalam lauk itu,“ kata Nek Ros kepada cucunya.
sesenduk
secubit
secuit
segenggam
_______________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam Karina menghadap buku tulisnya.
sehelai
sepotong
secebis
sepatah
Haikal menggunakan _______________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
secebis
sebentuk
selembar
secucuk
Inspektor polis melepaskan lima ________________ tembakan ke arah perompak itu.
butir
batang
das
pucuk
Fasha tidak terucap _____________ kata pun apabila berdiri di hadapan guru besar.
sepatah
sepotong
secebis
seuntai
Ayah membeli sepuluh ________________ sate ketika pergi ke pasar malam.
biji
cucuk
gugus
ikat
Kami diminta mengarang ________________ pantun sempena majlis perpisahan itu.
sederet
serangkap
sepatah
senaskhah
Air terpercik apabila Chandra mencampakkan dua ________________ batu ke dalam kolam itu.
rumpun
ketul
bentuk
pucuk
Roziah menerima ______________ surat daripada rakannya yang sedang menuntut di sebuah universiti di luar negara.
sehelai
sebaris
sepucuk
sekumpulan
Bapa Laila memangkas dahan pokok jambu dengan menggunakan _________________ parang.
sebilah
serawan
sebatang
segugus
Ibu Darwin menjemur lima ___________________ baju yang sudah dibasuhnya pagi tadi.
pasang
keping
buah
helai
Beberapa ______________ cendawan yang aneh ditemukan oleh dua orang pencinta alam sekitar.
kaki
pohon
jambak
pucuk
Beberapa _____________________ bola sepak telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pihak lawan.
baris
angkatan
pasukan
berkas
Berapakah harga ______________ ikan dan ______________ sayur kangkung ini?
sebakul ..... seberkas
selonggok ..... seikat
seberkas ..... seikat
sekawan ..... segulung
Datuk dan nenek akan memuatkan kereta ayah dengan beberapa _______________ rambutan serta beberapa ________________ kelapa.
ulas ….. sikat
biji ….. tandan
ikat ….. biji
ikat ….. sisir
