NEW
Font size
WorksheetsModul UPSR 3 Bahasa Melayu Bahagian A
Total questions: 16
Worksheet time: 9mins
Kami ... apakah
Awak ... siapakah
Saya ... berapakah
Kita ... bagaimanakah
Premis itu telah diserbu oleh beberapa orang pegawai penguat kuasa tempatan kerana disyaki menjual ________ tiruan kepada orang ramai.
ubat-ubatan
manis-manisan
bunga-bungaan
wangi-wangian
Para peserta Kem Kembara Belantara itu perlu berhati-hati semasa melalui titi itu kerana kebanyakan kayunya sudah ________.
meretak
mereput
merekah
merapuh
Bangunan Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah itu sentiasa dipulihara ________ dikekalkan sebagai khazanah ________ tatapan generasi yang akan datang.
dan ... pada
lalu … untuk
untuk … bagi
untuk ... kepada
“Semua bangku di taman permainan itu ________ digantikan dengan bangku yang baharu sedikit masa lagi,” kata pegawai majlis perbandaran itu.
akan
telah
masih
pernah
________ murid yang memperoleh 6A dalam UPSR akan menerima sumbangan lima puluh ringgit daripada Yang Dipertua PIBG.
Semua
Setengah
Segelintir
Sebahagian
Pak Cik Syamsudin mengambil upah ________ kelapa di kebun kepunyaan beberapa orang penduduk kampungnya.
mengait
memetik
mengopek
membelah
Putera Nazreen Shah sedang nyenyak ________ di kamarnya kerana baginda terlalu penat mengikut ayahandanya berburu semalam.
beradu
bertitah
bersiram
bersantap
Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di sebelah ialah
seperti gergaji dua mata
seperti tikus jatuh ke beras
seperti anjing menyalak bukit
seperti lintah menghisap darah
Saya dapat menikmati panorama indah ketika mengunjungi “Underwater World Langkawi” ketika bercuti hujung tahun lepas.
Pilih perkataan sinonim bagi menikmati.
mendapati
mengingati
menghayati
menggemari
Guru besar menyampaikan amanat kepada murid-murid tahun enam ketika perhimpunan khas sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan pada pagi itu.
Pilih perkataan antonim bagi amanat.
nasihat
teguran
renungan
cadangan
Pilih kata tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Gangguan bekalan air di beberapa kawasan dijangka berlaku pada hari minggu, dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.
Bilakah gangguan bekalan air dijangka akan berlaku?
Mengapakah gangguan bekalan air dijangka akan berlaku?
Siapakah yang memaklumkan tentang gangguan bekalan air itu?
Apakah punca berlakunya gangguan bekalan air selama lima belas jam itu?
Pilih ayat yang betul.
Mereka memancing ikan di sungai itu daripada pagi hingga lewat petang.
Pemain bola yang beraksi ke padang itu ialah pemain baharu kelab tersebut.
Oleh kerana kos pengeluaran telah meningkat, harga barang turut meningkat.
Mural pada dinding bangunan sekolah kluster itu dipenuhi dengan mutiara kata.
Pilih ayat yang betul.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Selepas menggosok almari itu dengan kertas pasir, ayah menyapunya dengan varnis.
Varnis yang ayah sapu pada almari itu akan digosoknya dengan kertas pasir.
Almari itu perlu disapu dengan varnis sebelum ayah gosok dengan kertas pasir.
Kertas pasir itu digosok oleh ayah pada almari yang telah disapu dengan varnis.
Ayah menyapu varnis pada almari yang telah digosoknya dengan kertas pasir itu.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Makanan ala berat merupakan juadah kegemaran keluarga mereka.
II Pemuda itu dihukum penjara kerana melakukan kesalahan yang berat.
III Aktiviti lasak sebegini terlampau berat bagi murid-murid sekolah rendah.
IV Cik Nurul Huda agak berat meninggalkan kakaknya seorang diri di kampung.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
