wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BANTUAN KECEMASAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan CPR di lakukan ke atas seorang individu?

a)

Apabila seseorang sudah tidak bernyawa

b)

Dilakukan sementara menunggu kawan kita yang lebih pandai

c)

Mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan perubatan

d)

Apabila seseorang jatuh pengsan

2.

Rajah menunjukkan seseorang sedang melakukan CPR. Apakah langkah yang sedang di lakukan?

a)

Tekan pada bahagian dada

b)

Memeriksa degupan jantung

c)

Membuka baju mangsa

d)

Membaringkan mangsa

3.

Bilakah teknik Heimlich Maneuver di lakukan?

a)

Apabila seseorang itu menunjukkan tanda - tanda tercekik , tidak boleh bercakap, batuk dan bernafas.

b)

Apabila seseorang itu mengalami kesukaran untuk makan

c)

Apabila seseorang mengalami kesesakan bernafas selepas berlari

d)

Apabila seseorang tersangat sedih dan menangis

4.

Berikut adalah tanda-tanda orang tercekik kecuali

a)

Tidak boleh bercakap

b)

Muka kemerahan

c)

Kesukaran bernafas

d)

Kesukaran untuk berjalan

5.

Semasa memakan rambutan Ali tertelan bikinya. Dia tercekik dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Tiada sesiapa yang berada di situ untuk menolongnya. Apakah yang di haruskan oleh Ali?

a)

Minum air dengan banyak supaya biji rambutan bergerak ke dalam perut

b)

Tekan perut ke dalam dan ke atas pada hujung penyandar kerusi untuk mengeluarkan biji rambutan

c)

Menggunakan sebatang kayu yang tajam untuk mencungkil biji rambutan keluar

d)

Minum sedikit asid cair untuk melarutkan biji rambutan

6.

Berikut adalah punca kegagalan jantung dan peparu pada seseorang yang menyebabkan CPR perlu di lakukan ke atasnya kecuali

a)

Serangan jantung

b)

renjatan elektrik

c)

semput

d)

lemas

7.

Antara berikut yang manakah menunjukkan urutan tatacara yang betul semasa menjalankan CPR?

a)

saluran udara -----> mampatan -----> pernafasan

b)

Mampatan ----> saluran udara -----> pernafasan

c)

Pernafasan ----> mampatan ----> saluran udara

d)

Saluran udara -----> pernafasan -----> mampatan

8.

Rajah menunjukkan kedudukan mangsa selepas bantua CPR diberikan . Namakan kedudukan ini

a)

kerehatan

b)

pemulihan

c)

mengiring

d)

menelentang

9.

Antara berikut yang manakah menunjukkan tanda seseorang itu sedang tercekik?

a)

Matanya terbeliak ke atas

b)

Mukanya pucat

c)

sukar bernafas

d)

pengsan

10.

Berikut adalah tindakan yang perlu di lakukan sebelum melakukan CPR kecuali

a)

alihkan mangsa daripada bahaya ke tempat yang lebih selamat

b)

pastikan keadaan adalah selamat untuk anda membantu mangsa

c)

mampatkan dada mangsa dengan segera

d)

tepuk atau goncangkan bahu mangsa

11.

Apakah kepentingan melakukan CPR pada mangsa yang tidak memberi sebarang respond terhadap rangsangan ?

a)

Untuk menstabilkan pernafasan mangsa

b)

untuk mengembalikan tekanan darah mangsa

c)

untuk mengelakkan kekejangan otot pada mangsa

d)

untuk mengembalikan semula fungsi jantung dan peparu mangsa

12.

Bilakah Heimlich Manoeuvre perlu di lakukan pada seseorang

a)

sembelit

b)

pengsan

c)

tercekik

d)

sesak nafas

13.

Bagaimanakah anda membuka laluan saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri?

a)

Dongakan kepala dan tolakkan dagu ke atas

b)

Dongakkan kepala dan tujahkan rahang

c)

Tolakkan dagu ke atas

d)

Tujahkan rahang

14.

Berapa lamakah untuk memeriksa sama ada mangsa yang tidak sedarkan diri bernafas secara normal?

a)

tidak lebih daripada 10 saat

b)

kira-kira 10 saat

c)

tepat 10 saat

d)

lebih daripada 10 saat

15.

Apakah nisbah mampatam dada kepada bantuan pernafasan yang betul yang digunakan dalam CPR bagi seseorang dewasa?

a)

2 mampatan : 30 bantuan pernafasan

b)

5 mampatan : 1 bantuan pernafasan

c)

15 mampatan : 2 bantuan pernafasan

d)

30 mampatan : 2 bantuan pernafasan

16.

Anda menghadapi seorang dewasa yang tidak sedarkan diri, dan tidak bernafas apakah yang perlu anda lakukan terlebih dahulu?

a)

Mulakan CPR dengan 30 mampatan dada

b)

Berikan lima kali bantuan pernafasan awal

c)

Berikan dua kali bantuan pernafasan awal

d)

Hubungi 999 meminta defibrilator luaran automatic ( AED ) dan ambulans

17.

Mengapakah CPR penting ?

a)

Ia menyediakan bekalan darah dan oksigen yang kecil ke otak dan organ penting

b)

Ia menghalang aorta daripada runtuh

c)

ia mengekalkan degupan jantung

d)

ia menghalang serangan jantung

18.

Satu siri tujahan abdomen di sebut...

a)

CPR

b)

mampatan

c)

tercekik

d)

Heimlich Manoeuver

19.

Tanda universal untuk tercekik ialah ______________

a)

memegang leher dengan satu atau dua tangan

b)

menutup kedua-dua mata

c)

menggosok leher dengan satu tangan

d)

melambai kedua-dua tangan di udara

20.

Apabila melakukan tujahan abdomen anda harus membuat genggaman dengan satu tangan dan meletakkannya _________________ mangsa

a)

di bawah pusat

b)

di atas pusat

c)

di atas dada

d)

di tengah belakang