wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sastera melayu

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Sepi membungkam dalam diri

sepi diri tanpa bonda

kepiluan melamar jua

Ibu,

kau masih dalam ingatan

memoriku sepi tanpa ibu.


Nyatakan dua nada yang terdapat dalam petikan di atas.

a)

Nada patriotik dan melankolik

b)

Nada romantik dan melankolik

c)

Nada protes dan romantik

d)

Nada sinis dan melankolik

2.

Yang berikut merupakan ciri drama dalam sastera kecuali

a)

Watak atau pelakon

b)

Babak

c)

Skrip

d)

Rentak lagu

3.

Berikut merupakan gaya bahasa perulangan kecuali

a)

Kata ganda

b)

Repitisi kata

c)

Asonansi

d)

Anafora

4.

Apakah nama bagi kajian Sastera Epik dalam Nilai Insan?

a)

sastera panji

b)

Hang Tuah diutus ke Siam

c)

Parang puting

d)

Budak miskin dan haiwan

5.

Q5. Suatu malam Raden Menteri bermimpi Ken Tambohan dilarikan harimau lalu ghaib ke dalam hutan. Apabila ia terkejut maka diceterakanlah dari hal mimpinya itu kepada Ken Tambohan. Menangislah kedua-dua suami isteri itu.


Mengapakah Raden Menteri dan Ken Tambohan menangis?

a)

Ken Tambohan mati dibunuh oleh Sang Pelebaya

b)

Ken Tambohan mati dibaham harimau

c)

Ken Tambohan dan Raden Menteri berpisah

d)

Ken Tadahan mati dibunuh

6.

Q6. Mengapakah Laksamana Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang bijaksana?

a)

Bijak belajar sehingga ke Siam

b)

Bijak membohongi kedatangannya ke Siam untuk membeli gajah

c)

Bijak menggunakan helah supaya tidak perlu merangkak dan sembah Phra Cau

d)

Bijak menggunakan helah membunuh pendekar Jepun

7.

Nyatakan satu ciri sastera hikayat.

a)

mempunyai sifat kepahlawanan tokoh

b)

latar tempatnya di Jawa

c)

ada gelaran Raden pada nama anak-anak raja

d)

terdapat unsur pengembaraan

8.

Nyatakan maksud Teknik Saspens.

a)

unsur ketegangan yang berlaku hasil daripada konflik dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembaca

b)

sesuatu kejadian itu berlaku dengan tidak disangka-sangka

c)

pertentangan antara dua pihak

d)

gambaran atau bayangan tentang sesuatu perkara yang belum berlaku atau yang akan berlaku

9.

Drama realisme merupakan drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat sebenar. Apakah ciri-ciri drama realisme?

a)

Latar tempat dan latar masa ialah pada masa sekarang

b)

Latar tempatnya di alam nyata dan wataknya ialah masyarakat zaman sekarang

c)

Bahasa yang digunakan ialah Bahasa melayu moden dan latar masyarakat remaja sekarang

d)

Latar masanya ialah pada masa sekarang dan Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Inggeris

10.

Apakah kegunaan parang puting sebagai unsur sakti dalam sastera Hikayat?

a)

Menyebabkan naga tidak dapat bergerak di dalam air

b)

Melakukan kerja-kerja menebang dengan sendiri

c)

Menyediakan pelbagai jenis makanan dalam sekelip mata

d)

Melakukan pembunuhan terhadap naga

11.

Inilah sawah tradisi

yang semakin dibiaki

onak dan Lalang dari belukar seberang

padi kuning yang sedang masak

bersarang tikus opportunis

yang kian tamak.


Nyatakan ciri bentuk petikan di atas yang BETUL

a)

Rima akhir ialah aabcde serangkap

b)

Bilangan patah perkataan antara 2 hingga 6 perkataan sebaris

c)

Rima akhirnya ialah bebas

d)

Mempunyai rangkap

12.

Banyak orang hanya suka meminta bantu,

Memohon pertolongan di sana situ,

Atau berdoa sebilang waktu,

Atau menyusahi ayah dan ibu – jadi kutu,

Sebagai anak kecil yang masih menyusu,


Nyatakan jenis puisi di atas.

a)

syair

b)

seloka

c)

gurindam

d)

sajak

13.

Dia pernah membaca kitab-kitab tasawuf yang ditulis oleh Syeikh Ahmad al-Fatani. Bahkan dia hampir-hampir menghafal puisi tasawuf yang Panjang, yang ditulis oleh penyair Utama dari Pattani, Thailand itu.


Berdasarkan petikan, terdapat beberapa unsur islam. Yang manakah BUKAN salah satu daripadanya?

a)

Kitab islam

b)

Tempat islam

c)

Tokoh Islam

d)

Gelaran islam

14.

Antara berikut merupakan Teknik plot, KECUALI

a)

saspens

b)

kejutan

c)

klimaks

d)

monolog

15.

Degup ingin anak-anak bangsa

Masih kental mengisi mimpi

Membentang tanah yang sesusuk ini

Dengan harga cinta tak tertawarkan

Dengan anyam kasih tak tercelakan.


Nyatakan gaya bahasa yang digariskan.

a)

epifora

b)

responsif

c)

anafora

d)

metafora

16.

Aku masih kecil waktu itu. Dan aku bersama-sama kawan-kawan di kampung memang nakal, suka menjolok sarang. Tak kira sarang apa, baik sarang tebuan, sarang lebah, sarang tupai, sarang murai atau sarang angkut-angkut di tiang rumah.

Sesekali itu, kami jolok sarang tupai yang terletak di bangku bulat. Memang Dol bekerjasama dengan kami pagi tu untuk menjayakan permainan kami berdua.


Nyatakan gaya bahasa yang terdapat pada ayat yang berwarna merah.

a)

repetisi

b)

ayat panjang

c)

kata ganda

d)

personifikasi

17.

Dia terbayang-bayang akan wajah Presiden, bapa angkatnya itu. Dia pun masih ingat lagi, betapa kekok tingkah lakunya ketika mula-mula berhadapan dengan Presiden, sebaik-baik sahaja dibawa ke istana setelah pulih daripada rawatan di hospital Tubua. Semuanya bagai mimpi yang aneh. Hanyut di lautan tidak bertepi, kemudian terdampar bukan di seberang pantai, tetapi di garis pantai kehidupan seorang Presiden yang menguasai rakyat dan pulau-pulaunya.


Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam ayat yang diwarnakan.

a)

imbas muka

b)

monolog

c)

kejutan

d)

imbas kembali

18.

Orang malas jatuh sengsara,

Orang rajin banyak saudara.


Nyatakan bentuk yang BETUL.

a)

Rima aa

b)

Dua rangkap

c)

Jumlah patah perkataan antara 3 hingga 6 sebaris

d)

bentuk bebas

19.

Ketika mereka tiba, Pak Tua

jaga bicara; kolek bonda

pintunya biar dijaga, jangan dijaja

kerana jati, merbau dan sutera

penahan gelora.


Yang manakah maksud yang bersesuaian dengan sajak di atas?

a)

Pemimpin negara meminta rakyat menjaga kata-kata dan menjaga negara daripada dijajah oleh orang lain.

b)

Pak Tua meminta rakyat menjaga khazanah negara seperti kayu jati,merbau dan sutera.

c)

Pak Tua menasihati rakyat supaya menjaga tutur kata.

d)

Pak Tua meminta rakyat bekerjasama menjual khazanah negara.

20.

Sesak nafasku seketika. Aku nyaris kehabisan ikhtiar. Tetapi aku tetap berpegang pada prisip selagi ada kemahuan, jalan keluarnya pasti akan datang.

“Fik, ada tugasan untukmu,” ujar Ketua Pengarang.

Aku terima tanpa banyak soal. Ketika pesawat Singapore Airlines itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi, aku mengucap syukur berkali-kali.


Berdasarkan petikan di atas, berikan dua perwatakan Aku

a)

kegigihan,kepatuhan

b)

ketaatan, kerajinan

c)

kesetiaan, amanah

d)

kesedaran, baik hati