WorksheetsBahasa Melayu (Simpulan Bahasa)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain.
tikam lidah
gelap hati
putih mata
alih angin
Sikap Yasin yang suka _______ itu menyebabkan dia tidak disukai oleh rakan sekelasnya.
angkat mata
angkat kaki
angkat diri
angkat sumpah
Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______.
hutang darah
naik darah
hisap darah
mabuk darah
Pak Zaman dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah.
titik peluh
makan suap
jalan buntu
kacang hantu
Kecemerlangan Johari dalam peperiksaan telah menjadi _______ orang kampungnya.
buah hati
buah mulut
buah tangan
buah fikiran
Ain mengambil sikap _______ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu.
atas pagar
pilih kasih
hentam kromo
berpeluk tubuh
Pekerja itu sering ditipu oleh majikannya kerana dia _______ .
buta huruf
besar hati
keras kepala
huruf buta
Aida suka membaca, maka dia digelar _______.
pekak badak
ulat buku
puteri lilin
buta huruf
Kevin _______. Dia suka membocorkan rahsia orang.
telinga kuali
mulut tempayan
tangan panjang
makan hati
Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh kerabat diraja Perak.
bertegang urat
berputih tulang
bermandi peluh
berjimat cermat
Berita penangkapan pegawai kerajaan yang _______itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama.
makan suap
makan angin
makan tuan
makan hati
Ramlah mendapat _______apabila dipilih sebagai pemenang utama peraduan itu
mata duitan
buah tangan
gaji buta
durian runtuh
Pandangan golongan _______ perlu diambil kira terlebih dahulu bagi menggelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.
gagah perkasa
kurus kering
cerdik pandai
tinggi lampai
Zainal _______ kerana menolong Mak Siti Mengangkat bakul yang berat itu.
ringan mulut
ringan tangan
ringan lidah
ringan kepala
Pemuda itu sanggup _______ demi menyelamatkan budak yang hampir dilanggar kereta itu.
sabung ayam
sakit hati
sabung nyawa
sakit mata
_______ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham.
Perang mulut
Pilih kasih
Pening lalat
Parang panjang
Pemuda-pemuda di desa itu _______ di bawah cahaya matahari menyabit padi yang sudah masak di sawah.
mandi bunga
makan garam
mandi peluh
mandi kerbau
Kudin yang telah menjadi _______ Jepun amat ditakuti oleh penduduk Kampung Permai.
tali barut
tali tangsi
tebal telinga
ringan tulang
Malik menanam sayur di tanah yang lausnya hanya _______ di hujung kampung untuk menyara hidupnya.
retak seribu
sekangkang kera
sehelai sepinggang
makan angin
Sekiranya Sharul ada, tentu kita _______ kerana ada saja kelakar yang dibuatnya.
tak kering gusi
makan hati
telinga lintah
tin kosong
