wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENANDA WACANA 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Kami daripada keluarga yang miskin. _____, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.

a)

Sebaliknya

b)

Sungguhpun demikian

c)

Tambahan pula

d)

Lantaran itu

2.

Badrul selalu ponteng sekolah. _____ ibu bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

a)

Sebaliknya

b)

Sungguhpun demikian

c)

Tambahan pula

d)

Lantaran itu

3.

Danish suka menonton rancangan dokumentari, ______ yang berkaitan dengan haiwan.

a)

sebaliknya

b)

sungguhpun demikian

c)

tambahan pula

d)

lantaran itu

4.

Amirul tidak pergi ke sekolah. ______ dia melepak di pusat permainan video.

a)

Sebaliknya

b)

Sungguhpun demikian

c)

Tambahan pula

d)

Lantaran itu

5.

Saya tidak dapat melihat dengan jelas ______ pada waktu malam.

a)

lebih-lebih lagi

b)

seterusnya

c)

justeru

d)

walau bagaimanapun

6.

Jalan itu agak sunyi. ______ itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke banglo Dato' Kamal.

a)

Lebih-lebih lagi

b)

Seterusnya

c)

Justeru

d)

Walau bagaimanapun

7.

Peperiksaan Akhir Tahun semakin hampir. _____, kita perlu rajin membuat ulang kaji.

a)

Lebih-lebih lagi

b)

Seterusnya

c)

Justeru

d)

Walau bagaimanapun

8.

Guru besar menyampaikan ucapan alu-aluan. ______ beliau merasmikan majlis tersebut.

a)

Lebih-lebih lagi

b)

Seterusnya

c)

Justeru

d)

Walau bagaimanapun

9.

Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. _____ harga barangan juga murah.

a)

Malah

b)

Lagi pun

c)

Sejak itu

d)

Oleh itu

10.

Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. ______, dia sering termenung dan kelihatan murung.

a)

Malah

b)

Lagi pun

c)

Sejak itu

d)

Oleh itu

11.

Ibu bapa saya tiada di rumah ketika itu. ______, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan bermain di luar rumah.

a)

Malah

b)

Lagi pun

c)

Sejak itu

d)

Oleh itu

12.

Farzanah mendapat tawaran belajar di luar negara. _____, perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

a)

Malah

b)

Lagi pun

c)

Sejak itu

d)

Akhir sekali

13.

______ kemudahan internet merupakan satu keperluan dalam kehidupan kita.

a)

Konklusinya,

b)

Pada waktu yang sama,

c)

Pada era globalisasi ini,

d)

Bertitik tolak dengan kenyataan di atas,

14.

______ peperiksaan SPM 2020 akan ditundakan sehingga awal tahun depan.

a)

Jika dilihat dari sudut lain,

b)

Bak kata orang tua-tua,

c)

Menyedar hakikat di atas,

d)

Sebagaimana yang kita sedia maklum,

15.

_______, kita mestilah tekun berusaha sekiranya kita ingin berjaya dalam kehidupan.

a)

Pendek kata

b)

Namun begitu

c)

Baru-baru ini

d)

Dalam konteks ini