wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Total questions: 18

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Lili tidak berminat untuk pulang ke kampung?

a)

Dia ingin menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.

b)

Dia ingin mengulang kaji pelajaran di rumah

c)

Dia tidak mahu berjauhan dengan ibunya

d)

Dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan datuknya

2.

Di manakah letakknya kampung nenek Lili?

a)

Setiu, Terengganu

b)

Sitiawan, Perak

c)

Dungun, Terengganu

d)

Telok Intan, Perak

3.

Lili pulang ke kampung dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur. Bagaimanakah Lili menghabiskan masa di dalam bas?

a)

Tidur

b)

Membaca buku

c)

Melihat pemandangan di luar

d)

Bermain permainan di dalam telefon bimbit

4.

Semasa di dalam bas, Lili duduk bersebelahan dengan seorang gadis India. Siapakah nama gadis tersebut?

a)

Rajkumari

b)

Leela

c)

Geetha

d)

Shanti

5.

Apabila Lili tiba di Kampung Sentosa, dia berasa sangat teruja akan ________________________

a)

suasana sunyi dan sepi

b)

bertemu dengan neneknya

c)

sikap masyarakat di kampung

d)

keindahan alam di kampung

6.

Mengapakah Geetha amat mengagumi datuk Lili?

a)

Datuk mampu merawat pelbagai penyakit secara moden

b)

Datuk mampu merawat pelbagai penyakit secara tradisional

c)

Datuk mampu merawat semua penyakit secara moden

d)

Datuk mampu merawat semua penyakit secara tradisional

7.

Datuk menggambarkan kekecewaannya kerana......

a)

pesakitnya semakin banyak yang tidak dapat diselamatkan

b)

pesakitnya telah beralih kepada perubatan moden

c)

pesakitnya telah beralih kepada perubatan tradisional

d)

pesakitnya lebih mempercayai perubatan tradsional

8.

Mengapakah masyarakat kampung masih berbalah?

a)

Mereka berbalah sama ada mahu mendirikan surau atau membina kubah di atas bangunan masjid yang sedia ada.

b)

Mereka berbalah sama ada mendirikan masjid yang ada kubah atau masjid yang tiada kubah.

c)

Mereka berbalah sama ada mahu mendirikan masjid atau membina kubah di atas bangunan surau yang sedia ada.

d)

Mereka berbalah sama ada mendirikan surau yang ada kubah atau surau yang tiada kubah.

9.

Ketika dalam perjalanan pulang dari kedai, Lili melihat suatu peristiwa, iaitu tiga orang lelaki sedang dikejar oleh dua orang lelaki yang menghayun parang. Siapakah lelaki-lelaki yang dikejar itu?

a)

Anak-anak Che Jah yang selalu mencuri harta ibu dan bapanya sendiri

b)

Anak-anak Che Mah yang selalu mencuri harta jirannya

c)

Anak-anak Che Kiah yang selalu mencuri harta ibu dan bapanya sendiri

d)

Anak-anak Che Tah yang selalu mencuri harta jirannya

10.

Lili membaca dua daripada belasan artikel yang ditulis oleh Danel hingga tamat. Artikel yang dibaca oleh Lili bertajuk...

a)

Pemuda Jadi Pekebun Pisang Berjaya di Tenom dan Perihal Pisang

b)

Remaja Jadi Pekebun Durian Berjaya di Tenom dan Perihal Durian

c)

Pemuda Jadi Pekebun Durian Berjaya di Tenom dan Perihal Durian

d)

Remaja Jadi Pekebun Pisang Berjaya di Tenom dan Perihal Pisang

11.

Ketika dalam perjalanan ke bandar, Danel dan Lili berbual-bual tentang banyak perkara dan dari situlah Danel tahu bahawa Lili mampu bercakap dalam bahasa...

a)

Mandarin

b)

Jepun

c)

Perancis

d)

Korea

12.

Ketika berjalan setelah turun dari bas, tiba-tiba _________iaitu anak Che Jah telah menangkap dan meletakkan pisau tajam di leher Lili.

a)

Raqif

b)

Haziq

c)

Rafiq

d)

Haqif

13.

Siapakah watak Seman di dalam novel ini?

a)

Suami Che Jah yang sangat baik hati dan penyayang terhadap anak-anaknya.

b)

Suami Che Jah yang sangat panas baran dan sering mendera anak-anaknya.

c)

Suami Che Kiah yang sangat panas baran dan sering mendera anak-anaknya.

d)

Suami Che Kiah yang sangat baik hati dan penyayang terhadap anak-anaknya.

14.

Salah seorang pesakit datuk ialah Hamimah. Hamimah seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat. Lili mengambil peluang untuk menceritakan isu _______________________ yang berlaku di kampung itu.

a)

kubah surau

b)

keganasan rumah tangga

c)

kemiskinan penduduk kampung

d)

penculikan

15.

Masyarakat kampung bising berkaitan kubah yang telah dicuri. Mereka menuduh ______________ yang mencuri kubah untuk membeli dadah.

a)

suami Che Kiah

b)

anak Che Kiah

c)

suami Che Jah

d)

anak Che Jah

16.

Lili berasa gembira kerana cadangannya dan Danel telah diterima oleh penduduk kampung. Apakah cadangan mereka?

a)

membina masjid

b)

membina surau

c)

memasang kubah masjid

d)

memasang kubah surau

17.

Siapakah nama sebenar datuk?

a)

Haji Abdul Rahman

b)

Haji Rahman

c)

Haji Abdul Rahim

d)

Haji Rahim

18.

Mengapakah jendela dibina menghadap jalan?

a)

Memudahkan penduduk kampung melihat tetamu yang datang dari arah jalan.

b)

Memudahkan penduduk kampung melihat jiran yang datang dari arah jalan.

c)

Memudahkan penduduk kampung melihat ketua kampung yang datang dari arah jalan.

d)

Memudahkan penduduk kampung melihat pengganas yang datang dari arah jalan.