wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

hubungan etnik bab 4

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud atau definisi perlembagaan?

a)

Dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi.

b)

Dokumen yang ditulis oleh raja sebagai undang-undang sesebuah negara.

c)

Undang-undang untuk kerajaan tempatan sahaja.

d)

Undang-undang adat untuk setiap negeri.

2.

Apakah suruhanjaya yang ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Suruhanjaya Pilihan Raya

b)

Suruhanjaya Pencegah Rasuah

c)

Suruhanjaya Reid

d)

Suruhanjaya Cobbold

3.

Antara berikut, yang manakah merupakan unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan?

a)

Usahawan bumiputera

b)

Perkhidmatan sosial

c)

Pemerintahan Beraja

d)

Pemillikan saham

4.

Jus soli merupakan pemberian kerakyatan yang mudah

a)

BETUL

b)

SALAH

5.

Malayan Union ditubuhkan oleh British apabila pertama kali datang ke Tanah Melayu

a)

BETUL

b)

SALAH

6.

Perkara yang terkandung dalam Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah ialah:

a)

Agama rasmi Sabah adalah agama Kristian.

b)

Agama tradisi masyarakat Kadazan merupakan agama rasmi.

c)

Melarang semua agama diamalkan dengan bebas.

d)

Tidak memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi negeri

7.

Malayan Union ditentang kuat oleh orang Melayu kerana:

a)

Penduduk peribumi diberikan keistimewaan.

b)

Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa.

c)

Raja-raja Melayu berkuasa dalam urusan pentadbiran negeri.

d)

Pemberian hak kerakyatan yang berbeza kepada kaum-kaum lain.

8.

Dalam Perkara 160(2), orang Melayu ialah mereka yang:

a)

cakap dalam pelbagai bahasa, memakai songkok dan mengikut adat istiadat

b)

menganut agama Islam, memakai songkok, dan bercakap dalam bahasa Melayu

c)

menganut agama Islam, meraikan sambutan Hari Raya Puasa dan bercakap Bahasa Melayu

d)

menganut agama Islam, bercakap dalam bahasa Melayu dan mengikut adat Melayu

9.

Perjanjian Malaysia dibuat pada tahun 1957 antara Tanah Melayu,Sabah & Sarawak

a)

BETUL

b)

SALAH

10.

Perlembagaan Tanah Melayu hanya dokumen perundangan bukan Kontrak Sosial

a)

BETUL

b)

SALAH

11.

Antara berikut merupakan intipati dalam Perjanjian London KECUALI:

a)

Pembentukan persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat

b)

pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hakhak yang sah milik kaum-kaum lain

c)

pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar perdana menteri

d)

pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam

12.

menurut konsep Raja Berperlembagaan, Yang Dipertuan Agong menurut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Perjanjian Malaysia dibuat pada tahun 1963 disepakati antara pemimpin Tanah Melayu dan?

a)

Pahang & Terengganu

b)

Sabah & Sarawak

c)

Johor & Singapura

d)

Brunei & Indonesia

14.

Berikut adalah antara bentuk "Perlembagaan" awal yang wujud di Tanah Melayu, KECUALI:

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

c)

Batu Bersurat Terengganu

d)

Batu Bersurat Kedah dan Pattani

15.

Pembubaran Malayan Union telah digantikan dengan penubuhan __________

a)

Malaysia

b)

Persekutuan Tanah Melayu 1948

c)

Persekutuan Tanah Melayu 1957

d)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

16.

__________________

adalah sebuah isntitusi beraja yang disesuaikan dengan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

a)

Monarki

b)

Presidesi

c)

Raja Berparlimen

d)

Raja Berperlembagaan

17.

"Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan, namu tidak menghalang pembelajaran atau bahasa-bahasa lain kecuali bagi kegunaan rasmi". Hal ini boleh disahkan melalui _________ dalam Persekuatuan:

a)

Perkara 3

b)

Perkara 153

c)

Perkara 152

d)

Perkara 8

18.

Perkara-perkara berikut ditetapkan dalam Perjanjian London sekiranya hendak menggubal perlembagaan, KECUALI:

a)

A. Jawatan ketua negara YDPA diwujudkan.

b)

B. Sistem kewarganegaraan yang berbeza.

c)

C. Pembentukan kerajaan pusat yang kuat.

d)

D. Kedudukan raja-raja Melayu dipelihara.

19.

Pilih pernyataan yang BUKAN merujuk kepada tujuan diskriminasi perlindungan dibuat.

a)

A. Diskriminasi perlindungan diberikan kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka dipertahankan daripada ditenggelami golongan majoriti.

b)

B. Diskriminasi perlindungan berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan yang memaksa rakyatnya patuh kepada perlembagaan dan undang-undang.

c)

C. Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan sebelumnya.

d)

D. Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan untuk memperbaiki taraf kehidupan masyarakat yang mundur.

20.

Perkara 165 dalam Perlembagaan Malaysia memasukkan Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah. Manakah yang SALAH tentang 20 Perkara bagi Sabah?

a)

A. Sabah bersetuju bahasa soal kewangan dikawal oleh kerajaan pusat yang melibatkan semua negeri.

b)

B. Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi negeri.

c)

C. Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tetapi memohon supaya bahasa Inggeris terus digunakan.

d)

D. Sabah bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi soalan tentang keluar atau masuk dikawal oleh Sabah sendiri.