NEW
Font size
WorksheetsKBAT: INTEGER
Total questions: 10
Worksheet time: 50mins
Rumah Yu Hao berada di tingkat 8. Dia turun 3 tingkat untuk mengambil buku yang tertinggal di dalam keretanya dan naik 12 tingkat untuk menghantar buku itu ke rumah Jia Le. Di tingkat berapakah rumah Yu Hao?
Tingkat 14
Tingkat 15
Tingkat 16
Tingkat 17
Puteri ada 65 buah buku. Dia ingin menyusun buku-buku itu ke dalam beberapa buah kotak. Setiap kotak boleh diisi dengan tujuh buah buku. Berapakah bilangan kotak yang minimum yang diperlukannya untuk menyusun kesemua buku itu?
7 kotak
8 kotak
9 kotak
10 kotak
Seorang pekerja dibayar RM12 sejam untuk berkebun di sebuah ladang. Jika dia berkerja selama 8 jam 40 minit sehari, berapakah upah yang diterimanya dalam tempoh 25 hari bekerja?
RM 2 600
RM 2 450
RM 2 400
RM 2 540
Tinggi sebatang pokok buluh pada suatu pagi Isnin ialah 12 cm. Ketinggiannya bertambah sebanyak 2 cm setiap hari sehingga pokok itu mencapai ketinggian 20 cm pada hari Jumaat. Berapakah tinggi, dalam cm, pokok itu pada hari Rabu dalam minggu yang sama?
16 cm
18 cm
28 cm
30 cm
Pada bulan Januari, Syarikat Daya Ceria menjual 95 buah pasu seramik dan 81 buah pasu kaca. Pada bulan Mac, syarikat itu menjual 210 buah pasu, dengan keadaan 107 buah daripadanya ialah pasu seramik. Berapakah lebihnya pengeluaran pasu kaca pada bulan Mac berbanding bulan Januari?
12
14
22
26
Pada waktu pagi, suhu di puncak gunung ialah – 8 oC . Suhu di kaki gunung adalah 7 oC lebih tinggi. Pada waktu tengah hari, suhu di puncak dan kaki gunung masing-masing meningkat sebanyak 5 oC dan 3 oC. Cari beza suhu di puncak gunung dan kaki gunung pada waktu tengah hari.
4 oC
5 oC
6 oC
7 oC
Nevashini meminjam RM22 daripada Sufi untuk membeli sebuah buku kerja pada hari Isnin. Dia memulangkan RM3 kepada Sufi setiap hari mulai keesokan harinya. Pada hari apakah dia dapat memulangkan semua wang kepada Sufi?
Ahad
Isnin
Selasa
Rabu
Rossafikah telah menetapkan sasaran untuk menabung sekurang-kurangnya RM1 000 dalam tempoh 3 bulan untuk membolehkannya membeli jam tangan kesukaannya. Wang simpanannya pada bulan April ialah RM300 dan bulan Mei, RM60 kurang daripada simpanan bulan April. Simpanan pada bulan Jun pula adalah dua kali ganda simpanan bulan Mei. Adakah Rossafikah berjaya membeli jam tangan yang dihajatinya?
YA
TIDAK
Nawwarah mempunyai 30m tali reben. Dia ingin membalut 16 kotak hadiah. Setiap kotak hadiah memerlukan 2m tali reben. Adakah tali reben tersebut mencukupi untuk mengikat kesemua kotak hadiah tersebut?
YA
TIDAK
Bilangan pelajar dalam kelas 1 UKM adalah seramai 27 orang. Yuhi ingin membahagikan pelajar-pelajar tersebut kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 orang pelajar. Berapakah kumpulan pelajar yang maksimum yang boleh dibentuk oleh Yuhi?
4 kumpulan
5 kumpulan
6 kumpulan
7 kumpulan
