wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Ting 1 Bab 3

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud zaman Prasejarah?

a)

Zaman manusia hidup menggunakan batu sahaja

b)

Zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan

c)

Zaman purba

d)

Zaman manusia hidup tanpa pakaian

2.

Zaman Batu terbahagi kepada tiga tahap kecuali

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Logam

3.

Mengapakah zaman Paleolitik dianggap zaman yang paling mencabar?

a)

Mereka menggunakan teknologi batu serba ringkas

b)

Mereka menggunakan peralatan besi dan gangsa

c)

Mereka menggunakan mata lembing untuk memburu

d)

Mereka mula hidup bercucuk tanam

4.

Dalam perkembangan Zaman Prasejarah di Asia Tenggara, Zaman Hoabinhian merujuk kepada zaman..

a)

Mesolitik

b)

Paleolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

5.

Yang manakah lokasi Zaman Prasejarah terletak di Malaysia?

a)

Gua Chauviet

b)

Catal Huyuk

c)

Lenggong

d)

Gua Tabon

6.

Rangka manusia yang ditemukan di X berusia antara 11000 hingga 10,000 tahun dan menjadi bukti penting tentang kewujudan manusia prasejarah di negara ini. Di manakah X?

a)

Gua Niah

b)

Gua Cha

c)

Lenggong

d)

Jenderam Hilir

7.

Mayat dikebumikan bersama- sama pelbagai peralatan. Mengapakah manusia prasejarah bertindak sedemikian?

a)

Menggambarkan kedudukan seseorang semasa hidup

b)

Mempercayai kehidupan selepas mati

c)

Membuktikan keunikan amalan ritual

d)

Memberikan penghormatan terakhir

8.

Berikut merupakan kegiatan ekonomi manusia Zaman Logam KECUALI

a)

Pertanian

b)

Penternakan

c)

Mengutip hasil hutan

d)

Perdagangan

9.

Apakah tanggungjawab pemimpin dalam organisasi sosial pada zaman Logam?

a)

Membentuk aturan kehidupan untuk masyarakat

b)

Memberi makanan kepada masyarakat

c)

Menghukum masyarakat yang bersalah

d)

Menyediakan tempat kediaman masyarakat

10.

Apakah tujuan manusia zaman Pesejarah di Malaysia membuat lukisan gua?

a)

Mengisi masa lapang

b)

Menyampaikan maklumat tentang kehidupan mereka

c)

Aktiviti ritual

d)

Mencantikkan dinding gua

11.

Antara berikut, apakah peralatan yang dijumpai sebagai bukti kegiatan penanaman padi di Pahang?

a)

Pisau Tembeling

b)

Loceng gangsa

c)

Tulang mawas

d)

Parang

12.

Di manakah Loceng Gangsa ditemui?

a)

Raub, Pahang

b)

Sungai Tembeling, Pahang

c)

Lembah Bernam, Selangor

d)

Kampung Pencu Muar, Johor