NEW
Font size
Worksheets24/11/20SEJARAH Tktn 1 (BAB 1)-OBJEKTIF (Cg dilla&Cg Fattah)
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Antara berikut yang manakah merupakan definisi sejarah mengikut Kamus Dewan?
Cerita tentang seseorang
Penyelidikan yang mendalam
Kajian tentang keturunan
Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa yang telah lalu
Sejarawan yang menyelidik rekod-rekod lalu telah memuatkan dapatan kajian mereka dalam bentuk buku, monograf atau makalah.
Apakah yang dimaksudkan dengan monograf?
Pengajaran dan nilai
Pendapat dan idea
Karangan dan rumusan
Huraian dan rencana
"Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia, dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu"
Kata-kata di atas adalah pandangan daripada seorang sejarawan. Siapakah sejarawan tersebut?
E.H. Carr
Herodotus
Ibn Khaldun
Khoo Kay Kim
Zaman Sebelum Masihi (SM) ialah zaman ______________________
sebelum kelahiran Nabi Isa A.S
semasa kelahiran Nabi Isa A.S
Bermula setelah satu dekad Nabi Isa lahir
Bermula selepas berkahirnya zaman Masihi
Rajah tersebut menunjukkan satu artifak loceng gangsa yang dijumpai di Kampung Pencu, Muar, Johor.
Apakah kepentingan penemuan artifak tersebut?
Bukti kewujudan zaman logam
Bukti hubungan perdagangan dengan kerajaan Funan
Bukti kebijaksanaan masyarakat prasejarah
Bukti adanya pengaruh Hindu Buddha
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh sumber primer?
Antara berikut, yang manakan merupakan ciri yang membezakan sumber primer dan sekunder?
Sumber primer ialah fakta yang bersifat asli manakala sumber sekunder ialah fakta yang ditokok tambah
Sumber primer ialah fakta yang telah diolah manakala sumber sekunder ialah fakta yang belum diolah
Sumber primer ialah fakta yang telah diterbitkan manakala sumber sekunder ialah fakta yang belum diterbitkan.
Sumber primer ialah fakta yang telah ditafsir manakala sumber sekunder ialah fakta yang belum ditafsir
Berikut merupakan beberapa proses kaedah bertulis. Susun proses tersebut mengikut urutan yang betul.
I Mendapat dan mengesahkan sumber
II Menganalisis
III Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh
IV Mengenalpasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh, atau institusi
III,I, IV dan II
II, !, IV dan III
IV, I, III dan II
!V, I, II dan III
Rajah menunjukkan daun lontar yang menyumbangkan fungsi penting dalam proses kaedah bertulis sejak zaman dahulu kala.
Antara bahan penulisan berikut, yang manakah berfungsi sama seperti daun lontar?
Pen
Pemadam
Pembaris
Kertas
Mengapakah kaedah arkeologi sangat penting untuk mengkaji kehidupan masyarakat zaman prasejarah?
Kaedah arkeologi mudah dan murah
Bahan-bahan arkeologi tahan lama dan tidak mudah rosak
Kaedah ini adalah untuk mencari bukti melalui proses cari gali
Masyarakat prasejarah tidak merekod apa-apa tentang kehidupan mereka
Berdasarkan gambar di atas, apakah kaedah yang paling sesuai digunakan untuk mengkaji sumber sejarah tersebut?
Bertulis
Kajian saintifik
Pandang dengar
Arkeologi
Berdasarkan takrifan sejarah yang dikemukakan oleh para sejarawan, apakah rumusan takrifan sejarah tersebut?
I Fakta yang benar
II Penting dan bermakna
III Direka berdasarkan pengalaman
IV Boleh ditafsir dan ditokok tambah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah punca perbezaan pendapat antara sejarawan Barat dengan sejarawan tempatan?
Perbezaan bangsa dan budaya
Perbezaan bahan sejarah
Perbezaan pentafsiran sejarah
Perbezaan kaedah pengkajian sejarah
Pilih gambar yang menunjukkan sumber sekunder
Mengapakah kita perlu mempelajari sejarah?
Mengenal asal-usul
Menuntut keadilan
Mengagumkan orang asing
Menggalakkan perbezaan pendapat
