Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Praktis Sistem Bahasa 1

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Budak lelaki itu nyaris-nyaris dihanyutkan oleh air sungai jika dia tidak _____________ pada dahan pokok.

a)

bertaut

b)

berpimpin

c)

berpaut

d)

berharap

2.

Rata-rata pendapatan pekebun dan peladang terjejas dengan ____________ harga kelapa sawit sejak akhir-akhir ini.

a)

penyingkatan

b)

penurunan

c)

pengurangan

d)

pengubahan

3.

Bagi melancarkan perjalanan program tersebut, beberapa indivifu akan dilantik sebagai ____________ untuk membantu eksekutif program.

a)

setiausaha

b)

urus setia

c)

ibu bapa

d)

kakitangan

4.

Jawatan Pengarah Eksekutif Syarikat Sepakat akan ____________ oleh En Hamid.

a)

disusun atur

b)

dikemas kini

c)

dikenal pasti

d)

diambil alih

5.

Sebelum tetamu itu pulang, _____________ telah memberikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.

a)

ketua darjah

b)

tuan rumah

c)

bidan terjun

d)

orang harapan

6.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Pilih jawapan yang betul.

**************


Malik tergamam bila dimaklumkan yang cerpen ciptaannya dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan menulis cerpen peringkat sekolah.

a)

bila dimaklumkan bahawa

b)

apabila dimaklumkan yang

c)

apabila dimaklumkan bahawa

d)

Tiada kesalahan

7.

Pulau itu adalah di antara pulau yang diiktiraf tercantik di negeri Johor.

a)

ialah antara pulau

b)

adalah antara pulau

c)

ialah di antara pulau

d)

Tiada kesalahan

8.

Tiada siapa pun yang boleh menafikan kepentingan internet pada zaman ini.

a)

siapa pun yang dapat

b)

sesiapa pun yang dapat

c)

sesiapa pun yang boleh

d)

Tiada kesalahan

9.

Pemakanan seimbang dapat menjamin hidup yang sihat kerana tubuh memperolehi semua zat-zat yang diperlukan.

a)

memperoleh semua zat

b)

memperolehi semua zat

c)

memperoleh semua zat-zat

d)

Tiada kesalahan

10.

Suhaila menerima surat dari datuknya bagi memaklumkan yang neneknya akan pergi ke Brunei pada bulan Mei.

a)

dari datuknya bagi memaklumkan bahawa

b)

daripada datuknya bagi memaklumkan yang

c)

daripada datuknya bagi memaklumkan bahawa

d)

Tiada kesalahan

11.

Semua seluarya sudah menjadi ____________ kerana badannya sudah berisi.

a)

ketat

b)

besar

c)

singkat

d)

longgar

12.

Buah-buahan tempatan sungguh ____________ dan berpatutan pula harganya.

a)

kelat

b)

enak

c)

manis

d)

masam

13.

Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah _____________.

a)

tajam

b)

kasar

c)

kesar

d)

tumpul

14.

Abang Zaki mengambil gambar kami ____________ menggunakan kamera Nikon.

a)

di

b)

pada

c)

dengan

d)

kepada

15.

Nadia memasukkan sampah ______________

a)

di

b)

ke

c)

pada

d)

dengan

16.

Sarah membeli baju kurung daripada butik terkenal itu _____________ ibunya di kampung.

a)

akan

b)

untuk

c)

kepada

d)

daripada

17.

Projek perumahan itu sudah terbengkalai _____________ tiga tahun yang lalu.

a)

dari

b)

sejak

c)

hingga

d)

sampai

18.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _____________>

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

19.

Sebelum ke sekolah, Kamal akan mengambil sekurang-kurangnya sekeping roti sebagai _____________.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut busuk

d)

perut kosong

20.

Suraya dan Suhana __________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai ayam disambar helang

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai katak di bawah tempurung

d)

bagai melepaskan batuk ke tangga