wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 2 BM PT3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

______ berita yang terkini dan menarik telah menyebabkan TV3 terus mendapat sambutan penonton.

a)

lebaran

b)

paparan

c)

hamparan

d)

hantaran

2.

Ahmad datang ke sekolah dengan ______ sahaja kerana sambutan hari guru diadakan di sekolahnya pada hari itu.

a)

melenggang

b)

melenggok

c)

melencong

d)

melancong

3.

Encik Salleh ______ dengan panggilan Pak Su dalam kalangan anak buahnya.

a)

merdu

b)

rapat

c)

manja

d)

mesra

4.

mangsa kemalangan itu ______ di dalam keretanya sebelum diselamatkan oleh anggota bomba.

a)

terkepit

b)

tersepit

c)

terhimpit

d)

terkapit

5.

Pemuda itu masih lagi ______ walaupun terbukti dialah yang melakukannya.

a)

bertapi-tapi

b)

berura-ura

c)

berbisik-bisik

d)

beriak-riak

6.

Hari kemerdekaan disambut ______ di seluruh negara dengan pelbagai acara yang menarik.

a)

riang

b)

megah

c)

hormat

d)

meriah

7.

Wanita itu baik orangnya ______ dia tidak pernah menyakiti hati orang lain.

a)

tetapi

b)

sekalipun

c)

malahan

d)

sungghpun

8.

“Izinkan ______ mengubati penyakit tuan puteri, tuanku,” sembah Awang Belanga kepada sultan.

a)

patik

b)

hamba

c)

saya

d)

beta

9.

Penduduk kampung itu bekerjasama membaiki rumah keluarga Ah Seng yang _______ dihempap oleh pokok tumbang semalam.

a)

runtuh

b)

kemek

c)

penyek

d)

sumbing

10.

Jabatan Pelajaran Negeri telah menghantar surat penghargaan ________ sekolah-sekolah yang berjaya meraih kecemerlangan.

a)

terhadap

b)

untuk

c)

pada

d)

kepada

11.

Seluruh dunia ______ oleh kerajinan dan ketekunan penduduk negara Jepun membangunkan negara mereka.

a)

terpegun

b)

terpukau

c)

tergamam

d)

tercengang

12.

Hasil daripada ______ yang diterima daripada orang ramai, peniaga sering menaikkan harga barang.

a)

soal siasat

b)

kaji selidik

c)

temu ramah

d)

maklum balas

13.

Filem arahan sutradara terkenal itu ______ persoalan tentang kepentingan menjaga alam kita.

a)

menjelaskan

b)

merakamkan

c)

melakarkan

d)

menyampaikan

14.

Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah memberikan sokongan untuk memelihara ______ bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

a)

keadaan

b)

kebesaran

c)

kedudukan

d)

ketempatan

15.

Mereka _______ cerita yang didengar daripada orang lain sehingga cerita itu menjadi lebih panjang.

a)

mereka-reka

b)

berdolak-dalih

c)

mengubah-ubah

d)

menokok-tambah

16.

Kain songket itu ______ dengan begitu teliti agar hasilnya kemas, berkualiti dan indah.

a)

dianyam

b)

dijahit

c)

disulam

d)

ditenun

17.

Pengetua menyampaikan ______ kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan.

a)

ugutan

b)

amaran

c)

amanat

d)

petunjuk

18.

Naziah tetap bersabar ______ pelbagai cemuhan dilemparkan oleh penduduk kampung terhadapnya.

a)

ketika

b)

biarpun

c)

lantaran

d)

sementara

19.

Tugas sebagai penyelam memerlukan kudrat dan ______ yang tinggi, terutamanya ketika berada di dasar laut.

a)

daya usaha

b)

daya tahan

c)

daya saing

d)

taman daya

20.

Majlis Perbandaran Kangar akan menjalankan operasi menangkap anjing-anjing ______ esok.

a)

liar

b)

buas

c)

ganas

d)

garang