Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

morfologi sintaksis

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Perkataan yang manakah yang kata dasarnya terdiri daripada kata akar?


I-Perjuangan

ii Pelantar

III Pelatuk

iv Pengawet

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

2.

Pernyataan yang manakah benar tentang alomorf?

a)

Variasi fonem dan morfofonem yang mendukung makna tertentu.

b)

Bunyi yang membezakan makna hasil daripada proses pengimbuhan.

c)

Kelainan ejaan disebabkan oleh sesuatu bunyi yang hadir dalam sesuatu perkataan.

d)

Kelainan morfem yang berlaku paa huruf awal dalam kata dasar yang menerima imbuhan.

3.

Perkataan yang manakah mengandungi dua proses pembentukan kata pada kata dasarnya?

a)

berkelakuan

b)

keterlanjuran

c)

menyesuaikan

d)

menyatupadukan

4.

Perkataan yang berikut mengandungi kata dasar daripada kata terbitan kecuali

a)

Pengetua

b)

Keberangkatan

c)

Mengedepankan

d)

Berkelengkapan

5.

perkataan tembak, conteng, buang sekiranya menerima awalan meN.. , apakah yang akan berlaku pada perkataan-perkataan tersebut?


i-mengubah bentuk kata

ii-mengekal makna kata

iii- mengekalkan golongan kata

iv - mengubah golongan kata

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

6.

"kerana kejujuran, dia dihargai..


Apakah golngan kata bagi kata dasar pada perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di atas?

a)

kata kerja

b)

kata nama

c)

kata adjektif

d)

kata adverba

7.

Pasangan kata yang manakah yang mengekalkan golongan kata apabila menerima imbuhan?

a)

bertujuan, keinginan

b)

kebesaran, merupakan

c)

pembinaan, memperkecil

d)

perbandaran, penguburan

8.

Pasangan perkataan yang manakah mengalami perubahan golongan kata setelah menerima imbuhan?

a)

belajar, kerajinan

b)

ketua, membesar

c)

pengasuh, ustazah

d)

secantik, keagamaan

9.

Ayat yang manakah yang mengandungi apitan ke....-an sebagai kata nama?

a)

Alas meja itu ketumpahan gulai.

b)

Perangai lelaki itu agak kebudakan.

c)

Wanita itu kesedihan sejak peristiwa itu.

d)

Banglo di atas bukit itu kediaman rasmi menteri.

10.

Kumpulan kata yang berikut merupakan kata nama terbitan kecuali

a)

manisan, pelaut, kekasih

b)

kelakuan, keadaan, kementerian

c)

ketinggalan, keguguran, kebanjiran

d)

pelaksanaan, perniagaan, pernyataan

11.

Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja aktif tak transitif berpelengkap?

a)

Anjing itu berkeliaran di situ sejak tadi.

b)

Dia berjimat cermat demi masa depannya.

c)

Mereka berutus surat sejak dua tahun yang lalu.

d)

Orang tua itu memang berusaha dengan bersungguh-sungguh.

12.

Yang manakah ayat yang tidak mengandungi kata kerja aktif dan kata kerja pasif?

a)

Artis itu menafikan bahawa dirinya telah dilamar.

b)

Kakak saya sering membelek-belek gambar suaminya.

c)

Budak itu menangis apabila dia diejek rakan-rakannya.

d)

Penghuni pusat pemulihan yang melarikan diri kena tahan semula.

13.

Yang manakah kata kerja terbitan yang kata dasarnya terdiri daripada kata kerja keadaan?

a)

mencurigakan, berkesudahan

b)

memutuskan, bersendirian

c)

meyakinkan, berkesedaran

d)

meleraikan, berterusan

14.

Dalam ayat yang manakah kata kerja tak transitif mempunyai keterangan?


I Kumpulan itu berjalan ke hulu.

II Bayi itu tidur nyenyak malam tadi.

III Dahulu hidupnya bergelumang dengan dosa.

IV Kini banyak negara mundur berkiblat ke Barat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

15.

Pasangan kata yang manakah yang kedua-duanya ialah kata adjektif?


I Ringan, habis

II Lampau, tahan

III Gemuruh, alim

IV Hidup, sederhana

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Ayat yang manakah yang mengandungi kata adjektif gabungan deria pandang dan dengar?

a)

Kehidupan di kampung amat tenteram.

b)

Udara pada waktu pagi sungguh bersih..

c)

Bilik tetamu dirumah baharu itu selesa benar.

d)

Ikan keli yang baharu ditangkap itu hanyir sungguh.

17.

Yang manakah ayat yang mengandungi kata berapitan ke...-an yang membentuk kata adjektif?

a)

Kekosongan jawatan itu masih belum diisi.

b)

Kami menunggu kepulangan bapa dari kampung.

c)

Kain tudung yang dipakai oleh gadis itu kekotoran.

d)

Perangainya yang kebudakan itu kurang kami senangi

18.

Yang manakah ayat yang mengandungi kata bilangan ordinal?

a)

Kedua-dua pelajar itu berjaya dengan cemerlang.

b)

Adik mendapat nombor tiga dalam peperiksaan akhir tahun.

c)

Dalam pertandingan malam tadi, Ahmad mendapat tempat yang kedua.

d)

Dia telah menulis enam buah novel yang kesemuanya mendapat sambutan.

19.

Kumpulan kata terbitan yang manakah yang kesemuanya boleh berfungsi sebagai kata tugas?

a)

selain, terlalu, mengenai

b)

seratus, terpenting, sehari

c)

sesudah, berkenaan, semenjak

d)

termasuk, tersebut, merupakan

20.

Ayat yang manakah yang mengandungi perkataan yang menerima -nya sebagai kata pembenda dan penekan?

a)

Sebaik-baiknya kamu buatlah dahulu supaya mereka dapat melakukannya kemudian.

b)

Sesungguhnya Tuhan lebih menyayanginya dan usahlah ditangisi akan pemergiannya itu.

c)

Sebenarnya dia menyedari bahawa dia sepatutnya dapat menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain.

d)

Nyamannya udara di atas bukit itu menyebabkan di biasanya ke sana untuk menghirup udara segar.

21.

Yang manakah ayat yang mengandungi kata adverba?


I Budak itu bercakap perlahan.

II Lelaki itu bertengkar sebelum keluar.

III Pengetahuannya tentang tatabahasa luas melaut.

IV Minuman itu saya beli dari kedai di hujung kampung itu.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

22.

Yang manakah ayat yang menggunakan kata nafi dengan betul ?

I Budak lelaki itu bukan pergi ke sekolah.

II Lelaki tua itu masih tidak boleh membaca.

III Budak itu bukan pandai tetapi dia bernasib baik.

IV Bas pelancong itu tidak dari utara tetapi dari selatan.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Yang berikut merupakan aspek yang dikaji dalam sintaksis kecuali

a)

Makna ayat

b)

Binaan ayat

c)

Bentuk ayat

d)

Struktur ayat

24.

S+P+Ket


Yang manakah ayat yang menepati binaan di atas?

a)

Bapa saya masih diluar negeri

b)

Kereta di tepi jalan itu sudah rosak

c)

Lelaki tua itu memang baik lagi pemurah

d)

Baju kotor itu belum berbasuh sejak semalam

25.

Hancur lebur hati ibu kandungnya bagai tidak bersisa.

Apakah subjek bagi ayat di atas?

a)

Hati ibu

b)

Hancur lebur

c)

Ibu kandungnya

d)

Hati ibu kandungnya

26.

Yang manakah ayat yang subjeknya mempunyai penerang?

a)

Mereka ke Johor Bahru sejak semalam.

b)

Dia dan adiknya pandai bermain piano.

c)

Kereta baharu di bawah pokok itu kereta abang.

d)

Kakak saya membeli kain songket buatan Terengganu.

27.

-Menjadi judul dalam ayat

-menjadi unsur yang diterangkan

-konstituennya diisi oleh frasa nama


Pernyataan di atas menerangkan ciri

a)

Objek

b)

subjek

c)

predikat

d)

keterangan

28.

Yang manakah ayat terbitan?

a)

Orang itu belum berkahwin lagi.

b)

Saya pikul beban itu bersendirian.

c)

Kain batik itu buatan Terengganu

d)

Air itu berwarna kekuning-kuningan.

29.

Yang manakah ayat yang terbina lebih daripada dua klausa?

a)

Gadis itu bertemu jodohnya pada usia yang agak lewat juga.

b)

Orang itu berhenti, menoleh ke kiri, ke kanan, terus melintas.

c)

Buku terbaharunya itu diterbitkan oleh Penerbit Mawar Emas.

d)

Dua orang pekerja asing itu mengecat bangunan dengan cat buatan tempatan.

30.

Dua buah kereta Proton di tepi jalan itu ditimpa pokok.

Unsur itu dalam subjek ayat di atas ialah

a)

dua buah

b)

Proton

c)

kereta

d)

dua